My Blog List

Sunday 6 October 2013

Utusan, ROS Anjing Umno : NGO Buat Laporan Polis Terhadap Tony Pua






Utusan, ROS Anjing Umno : NGO Buat Laporan Polis Terhadap Tony Pua

KUALA LUMPUR 6 Okt - Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Publisiti DAP Tony Pua berhubung kenyataannya yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan akhbar Utusan Malaysia sebagai ‘'anjing UMNO' ekoran isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini.
 
Lima NGO yang terlibat ialah Sekreteriat NGO Negeri Selangor, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Gerakan Bersatu 69 (PGB69).
 
Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, sebagai seorang pemimpin Tony Pua tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan biadap apabila menggelar akhbar tempatan Utusan Malaysia dan ROS sebagai 'anjing UMNO.'
 
"Tidak seharusnya seorang pemimpin membuat kenyatan sedemikian. Cuba cari kata-kata yang baik supaya rakyat Malaysia tidak terhina dengan perkataan anjing," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.


Sehubungan itu. Abdul Rani yang juga merupakan Pengerusi Sekreteriat NGO Negeri Selangor mendesak pihak berkuasa supaya dapat menjalan siasatan ke atas Tony Pua.
 
"Panggil Tony Pua untuk disoal siasat, kenapa beliau mengeluarkan kenyataan begitu?," tegas beliau.
 
Sementara itu, Presiden IRIMM, Amir Amsaa Hj Alla Pitchay mendesak Tony membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan biadapnya itu.
 
"Itu adalah tindakan biadap, kami sebagai NGO desak beliau mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.
Pertikaian dan penyelewengan telah berlaku dalam DAP, kritikan terhadap Utusan Malaysia dan ROS adalah tindakan biadap, mereka (ROS diwujudkan) adalah untuk meneliti pertubuhan yang ada dalam negara," tegas beliau.


Tambah Amir, Tony tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan itu sedangkan isu-isu yang dikaitkan adalah berpunca dari dalaman parti DAP itu sendiri malah kewujudan ROS bertujuan untuk memantau setiap pertubuhan yang ada dalam negara.



No comments:

Post a Comment