My Blog List

Sunday 13 October 2013

Pekerja Melayu Di Syarikat Penuh Milik Kerajaan Ditindas



Pekerja Melayu Di Syarikat Penuh Milik Kerajaan Ditindas


Semakin hari semakin rakus nampaknya pegawai pegawai tinggi kerajaan dalam memeras ugut pekerja bawahan terutamanya bangsa Melayu sendiri. Pegawai atasan yang meraih gaji dengan angka belasan dan puluhan ribu tidak memperdulikan nasib pekerja bawahan yang bergaji seribu dua. Realitinya waktu ini banyak pegawai tinggi dalam kerajaan meraih hasil lumayan melalui proksi mereka yang terdiri daripada bangsa lain. Saya agak jijik dengan pegawai kerajaan sebegini kerana manusia jenis inilah yang merupakan bangsa Melayu yang merupakan penghisap darah bagi bangsa mereka sendiri.

Ada terima berita mengenai nasib pekerja Melayu disebuah syarikat penuh milik Kerajaan (SULIT) yang mana telah menjadi mangsa ditindas oleh pegawai atasan sendiri. Punca nya adalah cukup mudah iaitu pegawai atasan terlalu menjaga perasaan dan hati proksi (LEMBU) sehinggakan pekerja Melayu dianak tirikan.

Saya juga boleh katakan di tempat  syarikat penuh milik kerajaan (SULIT) sekarang ini sudah dikawal oleh bangsa pendatang iaitu India. (Warganegara India & Sri Lanka). Segala gala yang dibuat dalam menjalankan apa apa penugasan semuanya akan bergantung kepada bangsa ini yang menyebabkan pekerja Melayu disitu dipinggirkan dan menjadi tidak relevan walhalkan Syarikat milik Kerajaan itu milik Melayu dan bukannya India.

Belum masanya lagi untuk saya jelaskan syarikat tersebut dan apa isu utamanya. Namun saya menyampaikan berita kepada semua bahawa isu ini akan menyebabkan ada yang diberhentikan kerja dan ada yang akan terima ugutan.

Nasihat saya kepada team bekas MOTOROLA, siap sedia dengan apa yang akan didedahkan kelak. Anda hanya berkuasa dengan pangkat yang ada dan pangkat yang ada itu pun adalah ehsan dari orang Melayu. Ini tanah Melayu dan jangan jadikan pekerja Melayu seperti sampah....

No comments:

Post a Comment