My Blog List

Sunday 13 October 2013

Keterbukaan Proses Pemilihan Bukti Demokrasi Umno - Najib





Keterbukaan Proses Pemilihan Bukti Demokrasi Umno - Najib

KUALA LUMPUR 13 Okt - Jika ada politik wang sekali pun pada pemilihan parti kali ini tidak mempengaruhi perwakilan dan UMNO lulus ujian dengan cemerlang melaksanakan demokrasi yang segar dalam parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berkata demikian, transformasi yang dicetuskan pada 2008 itu terbukti berjaya menjadikan parti Melayu terbesar itu kini mendahului parti-parti lain dalam melaksanakan demokrasi terbuka.

"Kita berharap dapat menjadi model kepada parti lain kerana dulu ketika saya bincang dengan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) mengenai pindaan tak jangka suasana sambutan macam ini.

"Malam ini amat bersejarah bagi UMNO dan tujuan kita laksanakan transformasi ini amat tepat pada masanya," katanya pada sidang media.

Najib berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh Jawatankuasa Pemilihan yang diketuai Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan ibu pejabat parti bawah Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja, Datuk Ab Rauf Yusoh.

"Pemilihan kali ini bukan mudah untuk dilaksanakan kerana ia amat mencabar dan segala kelemahan akan diperbaiki pada pemilihan Majlis Tertinggi Sabtu depan yang ditunggu-tunggu ramai," katanya.

Pada pemilihan penggal sebelum ini yang menggunakan kaedah lama berdasarkan perwakilan, Khairy menewaskan dua calon, anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

No comments:

Post a Comment