My Blog List

Monday 7 October 2013

Laporan Audit : SPRM Buka 15 Kertas Siasatan






Laporan Audit : SPRM Buka 15 Kertas Siasatan


PETALING JAYA 7 Okt -  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 15 kertas siasatan berikutan laporan yang dikeluarkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.
 
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, SPRM akan meneliti secara serius kelemahan yang didedahkan oleh laporan itu.
 
"Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab SPRM untuk menyiasat kes rasuah, salah guna kuasa dan penyalah gunaan dana yang diketengahkan dalam laporan itu," katanya dalam satu kenyataan.
 
"SPRM, akan mengetuai pasukan ini, kita akan mengumumkan hasil dapatan, pelan tindakan serta tindakan selanjutnya yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pemalsuan," katanya.
 
Menurut Mustafar, SPRM telah menubuhkan satu pasukan khas dengan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan siasatan lanjut mengenainya.
 
selain daripada menjalankan siasatan, SPRM juga akan mengadakan perbincangan dengan jabatan terlibat untuk mendapatkan maklumat, bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sedang dijalankan.
 
Penubuhan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara merupakan langkah dalam usaha proaktif bagi membolehkan isu yang dibangkitkan tidak berulang.

No comments:

Post a Comment