My Blog List

Thursday 3 October 2013

PAS Nafi Ketandusan Pemimpin Muda







PAS Nafi Ketandusan Pemimpin Muda


KUALA LUMPUR 3 Okt- PAS menafikan dakwaan parti itu tidak menampilkan bakat kepimpinan muda.
Naib Presiden, Salahuddin Ayub berkata, PAS akan terus melahirkan kepimpinan baru bagi menggantikan posisi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Dalam Pilihan Raya Umum ke-14, saya yakin kita tidak lagi menyaksikan Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewarnai pilihan raya tersebut.
 
"PAS sendiri banyak melahirkan pemimpin melalui Dewan Pemuda dan boleh dikatakan 80% kepimpinan parti pada masa ini datangnya daripada sayap itu.
 
"Dakwaan mengatakan PAS tidak melahirkan bakat kepimpimpinan muda adalah tidak benar kerana terbukti Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan adalah Ahli Parlimen Temerloh dan orang nombor duanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz adalah Ahli Parlimen Pasir Mas," katanya ketika menghadiri forum "Survival PAS dalam arena politik Malaysia" yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.
 
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat bercanggah dengan pendirian Salahuddin apabila berkata PAS kurang menampilkan bakat kepimpinan muda dalam parti sambil meminta ruang yang lebih besar diberikan kepada sayap parti itu.
 
Menurut Suhaizan, Dewan Pemuda PAS masih kurang menjuarai isu berkaitan rakyat tetapi menggesa orang ramai turut melihat sumbangan sayap itu di peringkat parti dan pembangunan negara.
 
"Kegagalan PAS menampilkan bakat kepimpinan muda menyebabkan banyak golongan muda yang berbakat meninggalkan PAS untuk menyertai parti lain atau lebih senang untuk bergerak dalam badan bukan kerajaan (NGO).
 
"Istilah yang digunakan PAS dilihat terlalu eksklusif seperti usrah, tamrin, muqayyam dan lain-lain memberi jurang kepada generasi muda menyertai PAS.

No comments:

Post a Comment