My Blog List

Thursday 23 January 2014

PAKATAN RAKYAT TIDAK MENOLAK GST


SILA KLIK LIHAT DAN KLIK LINK DI BAWAH


Wednesday 22 January 2014

Kadir Jasin Wajar Kencing Dalam Tempurung Dan Tilik Wajahnya



Kita semua tahu sebelum ini bagaimana Kadir Jasin membelasah PM tanpa henti. Seperti yang saya katakan sebelum ini, difahamkan kerana kegagalan PM meletakkan beliau di kerusi Pengerusi Media Prima. 

Setelah perkara ini terdedah kepada umum,tiba-tiba Kadir Jasin muncul dalam satu wawancara di portal Malaysia Gazette, mengatakan yang beliau tidak anti PM. 

Aikkkkk….lain macam bunyinya itu….

Wawancara beliau dalam portal berkenaan sangat berbeza dengan tulisan-tulisan beliau di blognya selama ini. Dalam wawancara berkenaan ianya memaparkan wajah sebenar A Kadir Jasin, selaku tokoh kewartawanan negara, walaupun ada beberapa perkara yang tidak betul dinyatakan beliau. Manakala tulisan-tulisan beliau di blognya selama ini tidak menggambarkan kedudukan dia yang sebenar kerana dipenuhi dengan perasaan geram dan dendam. 

Mungkin dia dah berubah kot selepas rahsianya terbongkar ???? 

Saya tidak kata kita tidak boleh kritik kerajaan atau pemimpin. Saya sentiasa percaya dengan kritikan kerana itu yang akan membuatkan kita lebih maju dan membantu kita mencapai kejayaan. Cuma saya  kata hendak menyampaikan kritikan itu harus betul. Apatah lagi dengan kedudukan orang seperti Kadir Jasin. 

Kadir Jasin dalam wawancara berkenaan membandingkan pemerintahan PM sekarang dengan zaman pemerintahan Tun Dr M. 

Kehebatan Tun Dr M tidak ada siapa yang boleh pertikai. Namun begitu kita harus ingat perbezaaan zaman Tun Dr M dengan zaman Najib. 

Zaman Tun Dr M rakyat berapa juta, zaman sekarang rakyat berapa juta ?

Zaman Tun Dr M berapa subsidi yang kerajaan tanggung setahun, zaman sekarang pula berapa subsidi yang kerajaan tanggung ? 

Zaman Tun Dr M semua berita di akhbar NST boleh dikawal oleh Kadir Jasin, zaman sekarang siapa yang boleh kawal internet ?

Zaman Tun Dr M tidak ada internet untuk membolehkan orang seperti Kadir Jasin membelasah kerajaan dan PM, zaman sekarang Kadir Jasin pun jadi budak-budak membelasah PM dalam blog kerana tak dapat jawatan. 

Zaman Tun Dr M, Anwar Ibrahim bersama-sama Umno dan BN, zaman sekarang dia bersama pembangkang. 

Zaman Tun Dr M, Anwar terkurung dalam penjara, zaman sekarang Najib bertarung dengan Anwar di pentas politik. 

Membandingkan zaman pemerintahan Tun Dr M dengan zaman pemerintahan Najib satu perkara yang tidak patut kerana ianya dua situasi dan dua zaman yang berbeza. 

Contoh, bilangan jualan akhbar NST di zaman Kadir Jasin berkuasa di syarikat itu lebih banyak daripada bilangan jualan akhbar NST dizaman sekarang. Bukan sebab Kadir Jasin hebat yang menyebabkan jualannya tinggi. Sebabnya pada masa itu rakyat tiada pilihan lain untuk mendapatkan berita selain daripada membeli akhbar. Zaman sekarang pula rakyat tak payah beli akhbar untuk dapatkan berita. Semua dah ada gajet dalam poket masing-masing. Sebab itu jualan akhbar versi cetak makin lama makin merosot. 

Kadir Jasin cuba menggambarkan dirinya seolah-olah dia pejuang rakyat dan merasai kesusahan rakyat di bawah. Jangan cakap banyaklah, kalau diri sendiri pun naik kereta jaguar dan rumah pula di kawasan elit. Jangan cuba nak berlakon dan menggunakan rakyat marhaen sebagai alasan untuk menghalalkan tindakan dia membelasah PM kerana gagal dapat jawatan. 

Dalam wawancara berkenaan juga Kadir Jasin cuba membelasah blogger-blogger Umno kononnya blogger-blogger berkenaan menyerang beliau di blog-blog pembangkang. 

Cuba Datuk nyatakan blogger mana yang menyerang Datuk di blog pembangkang ? 

Setahu saya tidak ada. Kami tidak buat perkara-perkara itu. Yang kami tahu adalah Datuk yang selalu memberi peluru kepada pembangkang untuk menghentam kerajaan dan PM. 

Datuk lihatlah dibawah ini atau di sini


Apa yang Datuk tulis itu semua adalah berita bohong. PM tidak pernah ke Australia untuk menyambut tahun baru. Itu semua adalah pembohongan Datuk semata-mata. Untuk menghalalkan pembohongan Datuk itu, maka Datuk berselindung disebalik komen pembaca. Sebagai seorang tokoh kewartawan Datuk sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada blogger-blogger lain. Bukannya Datuk sendiri pun main tulis berita yang Datuk sendiri tak pasti atau tak tahu. 

Datuk kata kami (blogger-blogger) tidak pernah membantu kepimpinan Umno. Tak mengapalah…kami terima. Maklumlah kami semua ini bodoh….kami bukan tokoh kewartawanan….kami bukan bekas ketua pengarang akhbar. Tapi Datuk sendiri pula berapa banyak membantu kempimpinan Umno dalam blog Datuk sejak beberapa tahun ini ? 

Cermin diri sendiri dulu Datuk. Kalau tiada cermin pergi kencing dalam tempurung kelapa dan tilik wajah Datuk dalam air kencing. 

Ingat Datuk….ingat….Datuk bukannya maksum sangat. Tunggu ja….


Thursday 16 January 2014

Panas! Razak Mohd Noor dan Numix Engineering yang kuat RASUAH!


Hari ini gua nak share dekat lu orang satu kisah pasal peniaga yang kuat menganiaya orang. Gua rasa lu orang semua pernah baca pasal mamat conman ni.

Ini gua nak share pasal kisah seorang conman bernama Razak Mohd Nor dan syarikat beliau yang kuat merasuah. Ini bukan wa kata, tapi wa lampirkan salinan laporang yang dikeluarkan oleh Utusan Online:


SHAH ALAM 23 Dis. - Seorang pengurus jualan anak syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat tuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM259,250, daripada pengarah sebuah syarikat telekomunikasi, tiga tahun lalu. 

Mohamed Puhad Mohamed Liza, 32, pengurus jualan GITN Sdn. Bhd. mohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Husin. 

Bagi tuduhan pertama, lelaki itu yang telah berkhidmat selama 18 tahun, didakwa memperoleh suapan sekeping cek Public Bank Bhd. berjumlah RM44,590 daripada Abdul Razak Mohd. Noor iaitu pengarah urusan Numix Engineering Sdn. Bhd. 

Suapan itu diperoleh melalui Mohd. Nazrul Mohd. Amin yang merupakan pengarah Strata Baru Sdn. Bhd. sebagai upah kononnya membantu Numix Engineering mendapatkan jualan pemasangan rangkaian internet tanpa wayar VSAT Ku Band bagi April, Mei dan Jun 2010. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kedai makan di No. 2, Tingkat Bawah, Jalan Rugbi 13/30, Seksyen 13 di sini antara pukul 2 dan 7 petang, 2 Ogos 2010. 

Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, tertuduh didakwa memperoleh wang tunai keseluruhan berjumlah RM214,660 daripada individu sama bagi tujuan yang sama bagi bulan September, Oktober, November, Disember 2010 dan Januari 2011. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan menerusi pemindahan telegraf ke akaun Bank Islam (M) Bhd., milik tertuduh antara pukul 8 pagi dan 5 petang pada 22 Disember 2010 dan pukul 8 pagi hingga 5 petang, 23 Mei 2011 di Bank Islam Malaysia Bhd. di No. 32A, Tingkat 1, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7 di sini. 

Bagi kesemua tuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. 

Asmadi menetapkan jaminan RM35,000 bagi kesemua tuduhan dengan seorang penjamin dan syarat tertuduh melaporkan diri ke SPRM Putrajaya sebulan sekali dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah. 

Beliau turut menetapkan 28 Februari bagi pengurusan kes manakala 12 Mac untuk perbicaraan.

Untuk mengingatkan lu orang kembali akan kisah atau penganiayaan melampau yang pernah dibuat Razak Mohd Noor ni sila baca kembali artikel-artikel yang gua linkkan ni.

1. SIAPAKAH RAZAK MOHD NOR DAN NUMIX ENGINEERING NI SEBENARNYA? 

2.  PENDEDAHAN BERAPI! RAZAK MOHD NOR DAN NUMIX ENGINEERING YANG ZALIM

3. RAZAK NUMIX PARASIT PEKUNG YANG MENPERGUNAKAN UMNO 

4. PEJABAT RAZAK MOHD NOOR NUMIX ENGINEERING DICEKUP SPRM! 

5. RAZAK MOHD NOOR MEMPERGUNAKAN PEMBANGKANG UNTUK LEPAS TENGKUK SENDIRI


Sekarang lu orang sudah tahu siapa dia ni sebenarnya selepas lu orang baca tentang dia. Bukan setakat dia saja malah isteri dia Aishah Harun pun terlibat sama.Wa dapat tahu Aishah ini juga seorang kaki bomoh, ramai yang telah menjadi mangsa mereka.

Tapi gua pelik la der, orang yang bagi rasuah macam ni pun, TM atau Telekom Malaysia serta syarikat-syarikat lain masih mahu berurusniaga dengan dia? Ini bukan fitnah tau. Ini adalah fakta.

SPRM oh SPRM! Do something about it... kita kena bersihkan negara kita dari rasuah. Ini jenis melayu yang suka bunuh melayu yang lain. Laki bini ni pandai berlakon dan dalam masa yang sama mereka suka menganiaya orang lain.

Gua sekadar penyampai berita...bakinya terserah la pada pihak berkuasa serta orang-orang yang berurusan dengan manusia tidak bertanggungjawab ini.

"Kangkung" buktikan orang Melayu itu bodoh



"Kangkung" satu lagi agenda dari pihak DAP untuk memperlekehkan YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. Kerana "kangkung" itu lah juga orang Melayu sendiri bertindak memperlekehkan sesama bangsa. "Kangkung" satu fenomena baru yang di cetuskan oleh DAP.

Saya melihat gelagat gelagat pihak pihak Pakatan Rakyat yang memperlekehkan YAB PM Dato Sri Najib Tun Razak sejak beliau memberikan contoh tentang penurunan harga barangan semasa. "Kangkung" dijadikan contoh dan pihak pihak Pakatan Rakyat yang tidak senang dengan Najib Razak terus memperlekehkan usaha beliau dalam menjelaskan kepada rakyat bahawa setiap isu kenaikkan harga barangan bukan semuanya terletak dan diputuskan oleh kerajaan sebaliknya para peniaga, pemborong yang selalunya memainkan harga pasaran.

Saya tidak mahu mengulas mengenai harga barangan ataupun "Kangkung" tetapi saya mahu bercakap mengenai apa yang saya ketahui dan juga apa yang saya lihat keadaan hari ini yang mana kaum Chauvinist DAP menjadikan kaum Melayu dan Bumiputera sebagai alat propaganda mereka untuk melemahkan moral bangsa Melayu itu sendiri.


Ini yang berlaku hari ini yang kita dapat lihat ramai sudah orang orang Melayu menjadi pak turut kepada Chauvinist DAP dengan memperlekehkan pemimpin Melayu daripada UMNO. Mungkin kita merasakan ianya adalah pekara baru bahawa Chauvinist DAP mempergunakan Melayu padahal hakikat yang sebenar propaganda ini sudah lama diamalkan oleh Chauvinist DAP.

Sewaktu zaman Komunis mengganas di Tanah Melayu, pihak pasukan keselamatan terutama Polis dilabelkan "Anjing Kerajaan". Ianya berterusan dan rata rata Chauvinist DAP memberikan ludah kepada pihak Polis. Ini hakikat sebenar yang berlaku pada waktu itu kerana pihak Polis merupakan musuh utama Komunis dalam menggagalkan usaha mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai negara komunis.


"Anjing Kerajaan"menjadi modal Chauvinist pada waktu itu dan ianya telah berterusan sehingga ke hari ini tanpa orang Melayu sedar. Tak dinafikan ada bangsa Melayu yang sedar mengenai propaganda komunis, namun hari ini semakin ramai bangsa Melayu lupa akan ideologi komunis yag berterusan berselindung di sebalik nama parti DAP.

Hari ini Polis tidak lagi digelarkan sebagai "Anjing Kerajaan" sebaliknya mereka Cauvinist DAP menambah gelaran tersebut dengan menjadikannya "Polis Anjing UMNO". Nama UMNO digunakan oleh Chauvinist semenjak DAP ditubuhkan agar dapat menghasut bangsa Melayu melihat Polis itu adalah budak suruhan UMNO. Modus propaganda mereka ini sebenarnya telah berjaya hari ini apabila sentimen Melayu menghina Polis sudah kerap berlaku. Malah jika ada Chauvinist Cina yang menghina pihak Polis, penyokong Melayu Chauvinist mempertahankan penghinaan tersebut dan turut sama memperlekehkan pihak Polis.

Lihat sahaja sekarang ini apabila Chauvinist DAP menghina pemimpin Melayu terutama YAB Najib Razak. Yang menjadi tukang sorak adalah Melayu yang lupa bahawa Chauvinist DAP telah mempergunakan mereka untuk menghina pemimpin sendiri. Ini lah realiti hari ini yang mana orang Melayu lupa bahawa DAP adalah satu serpihan Komunis yang akan kekal sampai bila bila mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

YAB Najib Razak adalah bangsa Melayu, beliau membawa mesej kepada dunia bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang bukan dari dunia kelas ke tiga. Najib Razak pemimpin negara yang memberikan gambaran jelas kepada seluruh dunia bahawa orang Melayu boleh memimpin dan mentadbir sebuah negara. Mana mana negara lain tidak ada pemimpin yang berbangsa Melayu selain dari Malaysia, Brunei dan juga negara serumpun Indonesia.


Chauvinist DAP sedang bertepuk tangan melihat sesama Melayu terus berpecah belah. Chauvinist DAP terus bersorak riang kerana orang Melayu telah lupa akan penghinaan yang mereka Chauvinist DAP lakukan pada tanggal 5.5.2013. Chauvinist DAP mahu orang Melayu lupa akan agenda yang telah dilakukan DAP untuk menawan Malaysia ini sepertimana parti PAP menawan Singapura.

Melayu hari ini bodoh sejarah.......

Monday 13 January 2014

Pegawai media Pejabat Perdana Menteri & Pemandu terus menerus menipu Najib Razak



Selepas pilihanraya ke 13 kita dapat lihat UMNO parti Melayu yang mentadbir negara bagaikan layu tak berkesudahan walaupun mereka telah menang pilihanraya umum ke 13. Pihak Pakatan Rakyat yang di dominasi DAP yang tewas semakin garang mengucar kacirkan UMNO terutamanya menjatuhkan kreabiliti Presiden UMNO Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.

Semakin hari imej YAB Perdana Menteri semakin di perlekehkan oleh pihak Pakatan Rakyat yang mana beroperasi dengan pelbagai modus operandi antaranya isu kenaikkan harga barang dan juga perbelanjaan tinggi YAB PM. Pekara ini di lihat semakin menjadi jadi apabila YAB PM sendiri tidak mendengar dan mengetahui apa yang berlaku di bawah terutama keluh kesah rakyat dalam peningkatan kos sara hidup.

Imej YAB PM semakin tercalar akibat dari pihak Media Pejabat Perdana Menteri yang di lihat culas ataupun tidak melaporkan pekara yang sebenar tentang laporan yang di perolehi dari rakyat di lapangan dan dalam media sosial. Bertambah parah apabila pegawai PMO yang menjaga Facebook YAB PM telah melakukan satu persatu kesilapan dalam tugas mereka sehinggalah menyebabkan imej YAB PM terus di kecam oleh rakyat terutamanya pelayar Facebook.


Saya di fahamkan pegawai PEMANDU yang telah mengeluarkan kenyataan di Twitter "Former Prime Minister Najib Razak" telah pun di pecat akibat kesilapan yang di lakukan. Satu tindakan yang tepat di buat kerana ianya menjadi bahan tertawa oleh rakyat dan juga menjatuhkan reputasi YAB PM.

Namun demikian pegawai yang menjaga Facebook YAB PM yang telah gagal dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan YAB PM di serang dan di cerca akibat status Facebook pada 2 Januari 2014:


"Alhamdulillah, langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang saya umumkan Isnin lepas mendapat maklumbalas yang baik dari rakyat." - FB Najib Razak

Kenyataan di atas bukanlah satu kenyataan dari YAB PM sebaliknya pegawai Facebook PMO yang telah mengeluarkan kenyataan tersebut. Status tersebut telah menyebabkan ramai yang masuk meluahkan komen komen yang negaif kepada YAB PM kerana apa yang di nyatakan PM sepertimana di dalam FB tersebut adalah tidak benar dan tepat.  Tidak ada maklumbalas positif yang melebihi maklumbalas negatif berhubung status FB tersebut.

Saya ada menyuarakan pekara ini yang mana saya ingin tahu apa tindakan yang di ambil ke atas pegawai yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan saya mendapat satu maklumbalas yang pada anggapan saya tidak masuk akal dan tidak profesional dari seorang pegawai di Media pejabat Perdana Menteri.



Jadi kita tahulah bahawa media PMO menyatakan ada yang memberikan feedback kepada YAB PM bahawa 11 langkah penjimatan tersebut positif walaupun realitinya yang sebenar ianya adalah negatif dan YAB PM sendiri tidak menerima maklumbalas tersebut. Jika ianya ada Pro dan Kontra maka tidak wajar jika pegawai Facebook YAB PM mengeluarkan kenyataan "Rakyat berpuas hati dengan pengumuman 11 langkah yang di umumkan". Ini tidak ubah seperti sabotaj dari dalam untuk terus menjatuhkan kepimpinan YAB PM kerana PM Najib Razak tidak sebut perkataan tersebut.

Sahabat saya ada mengulas mengenai isu ini :

Jika Edelman yang kendalikan ETP Twitter dah ditamatkan, staf RTM digantung sebab kesilapan dll, kenapa pula mereka yang buat kesalahan di atas masih nak dikekalkan?

Difahamkan Dato Najib tak sebut perkataan di atas. Pihak yang memandai ini difahamkan datang dari satu outfit bawah pejabat yang terletak dalam bangunan warna coklat atas bukit di putrajaya. - klik disini


Benar dan setelah saya membuat semakan mendapati pegawai Facebook yang melakukan kesilapan tersebut belum lagi di ambil sebarang tindakan. Sebaliknya seorang kerani yang tidak terlibat telah di tukarkan ke tempat lain. Mengapa yang bersalah tidak di kenakan sebarang tindakan sebaliknya kerani yang tidak tahu apa apa di tukarkan?

Kita bukan mahu untuk pegawai tersebut di pecat tetapi jika beliau telah gagal dalam melakukan tugas adalah lebih baik menukarkan pegawai tersebut bagi memastikan kesilapan sebegini tidak lagi berlaku di kemudiaan hari. Imej YAB PM menjadi tanggungjawap media di pejabat Perdana Menteri dan Dato Tengku selaku ketua media pejabat PM perlu lebih peka dalam pekara ini kerana rakyat hari ini bukan lagi bodoh berpolitik. Rakyat semakin matang menilai dan membuat hukuman atas apa yang mereka rasakan tidak betul.

Pegawai pejabat Perdana Menteri (PMO) seharusnya memberikan laporan yang betul apa yang di suarakan dari rakyat. Usah lah pegawai PMO menipu YAB PM kita dengan cerita dan angka yang tidak benar kerana akhirnya yang menjadi mangsa adalah YAB PM kita.

Friday 10 January 2014

Hassan Malek Menteri KPDNKK Satu Bahan Ujikaji Makmal UMNO



Menteri KPDNKK Dato Sri Hassan Malik menafikan bahawa beliau mahu meletakkan jawatan Menteri yang di sandang beliau. Hangat pekara ini semalam apabila ianya di war warkan di laman media sosial yang seterusnya di jawap oleh Menteri berkenaan. Malah laporan Polis juga telah di buat bagi menafikan perletakkan jawatan Menteri oleh Pemuda UMNO Negeri Sembilan.

Kronologi isu berkenaan: 10 Januari 2014 Jumaat



Jam 9 pagi : Isu perletakkan jawatan Hassan Malek tersebar dan ianya menjadi lebih luas apabila pihak pihak pengamal media sosial menyebarkan berita tersebut.

Jam 12 tengahari : Datuk Seri Hasan Malek tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Penafian itu dilakukan oleh Pejabat Menteri tersebut dalam satu kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan kepada Bernama di sini hari ini.

"Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan komen yang dibuat dalam blog dan Facebook kononnya YB. Dato' Sri Hasan Bin Malek akan meletakkan jawatan.

"Perkara itu (perletakan jawatan) adalah tidak benar sama sekali," demikian menurut kenyataan itu



Jam 5 petang : Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini sebentar tadi menafikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meletakkan jawatan seperti mana tersebar di Facebook dan blog pagi tadi.


Laporan dibuat diketuai anak Datuk Seri Hasan Malek, Adly Effendy bersama beberapa pemimpin Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini.
Jam 8 malam : Buletin utama menyiarkan berita laporan Polis yang di buat dan penafian Hassan Malek beliau meletakkan jawatan Menteri KPDNKK

11 Januari 2014 Sabtu : Akhbar akhbar tempatan mengeluarkan berita laporan Polis dan juga penafian Hassan Malik Menteri KPDNKK bahawa beliau tidak meletakkan jawatan.

Itu serba ringkas kronologi yang di cetuskan oleh pengamal media sosial pada hari Jumaat 10 Jan 2014. Ianya juga di jawap dari setiap sudut oleh pihak Menteri Hassan Malik pada 10 Jan 2014 iaitu hari yang sama dan juga hari ini melalui akhbar akhbar tempatan.

Apa yang saya boleh rumuskan di sini bahawaUJIKAJI yang telah di lakukan ke atas Menteri KPDNKK Dato Sri Hassan Malek berjaya dengan begitu baik. Untuk pengetahuan semua terutama pihak UMNO dan juga kerajaan, 

Hassan Malek bukti Pemimpin berjawatan UMNO yang lebih sibuk mempertahankan kepentingan peribadi berbanding pucuk pimpinan, kerajaan dan juga istitusi Umno itu sendiri. Lihat bagaimana apabila keluar berita Hassan  Malek meletakkan jawatan ianya di balas serta merta yang mana Menteri itu sendiri menafikannya dan mengatakan ianya adalah Fitnah jahat. Rentetan daripada itu penyokong Hassan Malek di Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung penyebaran berita perletakkan jawatan yang di sandangnya.


Sekitar 30 orang hadir membuat laporan Polis yang turut sama membawa pelbagai sepanduk mengecam Fitnah yang di sebarkan mengenai perletakkan jawatan Hassan Malek. Begitu hebat jentera Hassan Malek mempertahankan khabar angin yang hanya bermain di alam media sosial. Malah kita dapat lihat bagaimana Hassan Malek dan jenteranya menafikan berita tersebut sehingga ianya di jadikan tajuk utama berita negara serta paparan akhbar akhbar tempatan.

Ini lah sebenarnya yang YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak harus sedar bahawa pemimpin yang di lantik oleh beliau tidak akan mempertahankan serangan pihak pihak pembangkang. Selama ini kita sendiri TIDAK dapat lihat jentera menteri mahupun timbalan menteri ataupun pimpinan bahagian yang bersungguh sungguh mempertahankan pucuk pimpinan, kerajaan dan juga institusi Umno itu. Jika ianya terpalit pada pimpinan itu sendiri juga ianya tidak akan di jawap sebegitu hebat namun jika ianya melibatkan JAWATAN yang di sandang maka siapa sahaja yang cuba menggugat tampuk kerusi tersebut akan di lawan habis habisan. Bukan kerana apa tetapi ianya kerana jawatan yang di sandang..




Sebagai contoh; Pembangkang menyerang Hassan Malek dengan bermacam macam tuduhan dan fitnah. Malah melabelkan menteri itu sebagai MENTERI AYAM dan pelbagai lagi gelaran. Pembangkang memainkan itu dan ini naik harga dan ada yang tidak di sebut oleh Hassan Malek namun ianya di SPIN pihak Pembangkang.


Tindakan Hassan Malek selaku Menteri KPDNKK ?


Hanya senyap dan sepi tanpa memikirkan bahawa kesan serangan pembangkang ke atas beliau bukan sahaja melibatkan beliau malah telah menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional serta YAB PM turut menjadi kecaman Rakyat.Penjelasan Hassan Malek sekadar melepaskan batuk di tangga. Malah fitnah pihak pembangkang juga tidak langsung di buat laporan polis oleh para penyokong Hassan Malek apatah lagi membawa spanduk spanduk kecaman ke atas fitnah yang di lemparkan oleh pihak Pakatan Pembangkang.


Saya mahu bertanya kepada semua.

Di waktu Dato Sri Najib di lemparkan pelbagai Fitnah oleh pihak pembangkang, di mana jentera yang sepatutnya melakukan tindakan sepertimana jentera Hassan Malek lakukan? Laporan Polis? Spanduk kecaman? Kenyataan Pemimpin UMNO dan Kerajaan?


Di waktu Datin Sri Rosmah di fitnah pembangkang di mana mereka ini? Di waktu menteri di fitnah pembangkang? Di waktu kerajaan di fitnah pembangkang? Di waktu pemimpin pembangkang menghina UMNO mana mereka ini yang sepatutnya membuat tindakan yang sama seperti apa yang berlaku pada Hassan Malek?

Justeru itu saya nak ingatkan kepada YAB PM Najib Razak, jangan kasihan kepada orang lain sedangkan orang lain tidak memberi kasihan kepada anda. Benar YAB PM cukup baik namun dalam keadaan hari ini,mana mana pemimpin , pegawai ataupun sesiapa sahaja yang di lantik untuk Kerajaan apabila GAGALmelaksanakan tugas maka ianya perlu di berikan hukuman. Ini lah yang perlu di lakukan YAB PM jika beliau masih waras menilai situasi sekarang ini yang mana imej beliau di lihat semakin tidak popular dari hari ke hari.


UJIKAJI yang di buat ini membuktikan bahawa pemimpin UMNO lebih mengutamakan jawatan yang di sandang berbanding semangat untuk mempertahankan pemimpin negara, Kerajaan dan juga Istitusi UMNO. Jadi adalah amat wajar untuk YAB PM membuat satu KEJUTANkepada semua agar masing masing mempunyai semangat jati diri yang kuat mempertahankan pemimpin Negara, Kerajaan dan Istitusi umno.

Wednesday 8 January 2014

Semoga Kadir Jasin Tidak Menjadi Budak-Budak Yang Tidak Mendapat Gula-Gula


Sewaktu saya menyewa di Kajang dalam pertengahan tahun 90an, saya berjiran dengan keluarga Abang X yang tinggal sebelah rumah saya. Beliau lebih awal tinggal disitu dan rumah itu rumahnya sendiri. 

Keluarga Abang X ini boleh dikatakan sebuah keluarga yang baik dan beriman. Isterinya cukup baik. Isteri saya sentiasa memuji isterinya kerana kebaikkannya itu. Dengan saya tidak pernah bertegur. Jika terjumpa di luar rumah pun dia akan tunduk. Ada kalanya saya pula naik segan. 

Setelah beberapa bulan berjiran, satu hari berlaku kejadian yang memelikkan. Isteri Abang X berjalan-jalan diluar rumah dengan tidak memakai tudung dan mulut terkumat kamit. Kemudian dia naik pula atas buaian dan bermain buai seperti kanak-kanak sambil menyanyi. Saya sungguh pelik melihat kejadian itu. Bila isteri saya pulang, saya ceritakan kejadian itu, dia tidak percaya dan menuduh saya berbohong. 

Keesokan hari dia tidak kelihatan. Selang beberapa hari dia ada balik. Dan keadaannya normal. Seminggu selepas itu dia jadi balik. Dengan tudung tidak mahu ke mana bermain buai sambil menyanyi. Kejadian itu turut dilihat beberapa orang termasuk kanak-kanak. Kebetulan isteri saya berada di rumah. Isteri saya menghampirinya dengan niat hendak menghentikan apa yang dia sedang lakukan. Kemudian isteri saya pula yang dimakinya. Kejadian dilihat oleh anak mereka. 

Pada malamnya Abang X memanggil saya dan meminta maaf diatas kejadianya pada petangnya. Beliau memberitahu saya bahawa isterinya adalah seorang pesakit psikatri. Ohhhh….barulah saya tahu kisah sebenar. Seorang yang baik dan mempunyai akhlak yang tinggi tidak mungkin akan bersikap sedemikian jika tidak ada sesuatu yang tidak kena. 

Selama ini jika bertentang muka dengan saya pun dia tunduk. Tudung tak pernah lekang dikepalanya setiap kali keluar rumah. Mana mungkin dia boleh menyanyi depan saya dengan kepala tidak bertudung selamba ja. Rupa-rupanya ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Itulah sebab dia jadi begitu. 

Saya bukan nak menulis kisah isteri Abang X, tetapi nak menulis kisah bekas Ketua Editor NSTP, Datuk Kadir Jasin. Beliau bukan calang-calang orang. Memulakan kerjaya di Bernama tahun 1969 hinggalah menjadi Ketua Editor NSTP. Menghasilkan bermacam-macam jenis buku. Dijemput menghadiri pelbagai jenis program atau forum sebagai penceramah. Senang cerita, Kadir Jasin ini bukan seorang yang biasa. Dia seorang yang hebat, seorang profesional dan berada pada kelasnya tersendiri. 

Antara blog yang menjadi blog wajib baca bagi saya adalah blog Kadir Jasin. Maklumlah dia otai dalam bidang penulisan. Untuk menjadi seorang penulis yang baik kita kenalah rajin belajar dengan orang-orang lama yang banyak pengalaman. 

Sebagai pelayar tetap blog Kadir Jasin kita boleh tahu cara penulisannya. Senang cerita, kita dah faham. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini tulisan di blog Kadir Jasin agak berbeza atau berlainan sama sekali dengan sebelum ini. Ada kalanya saya tertanya-tanya siapa yang menulis ini ? Adakah Kadir Jasin sendiri atau orang lain ? 

Sukar untuk saya percaya itu tulisan seorang bekas ketua editor, seorang wartawan yang banyak pengalaman, seorang yang profesional dalam bidang penyiaran. Makin lama tulisannya makin menjadi-jadi. Tulisan-tulisannya itu tidak menggambarkan sikap sebenar atau kedudukan Kadir Jasin. Seperti yang saya katakan tentang isteri bekas jiran saya. Bila saya menelaah balik tulisan Kadir Jasin satu persatu kesimpulan yang boleh dibuat adalah, beliau menulis dengan emosi untuk menghentam PM, seolah-olah melepaskan geram yang terpendam. 

Hasil dari bertanya khabar sana sini, difahamkan dia bertindak sedemikian kerana kecewa dan geram dengan PM apabila cubaannya melobi jawatan Pengerusi Media Prima gagal. 

Ohhhhhh…..itu rupa-rupanya. Benarlah telahan saya selama ini bahawa tulisan-tulisannya yang menghentam PM selama ini lebih kepada emosi. 

Jika selama ini saya jauh menyanjungi Kadir Jasin daripada menyanjungi sahabat blogger saya Parpukari dalam soal penulisan. Tetapi kini bagi saya Parpukari jauh lebih baik daripada Kadir Jasin. Segila-gila sahabat saya itu, beliau bukan seorang bekas wartawan kanan, atau bekas ketua editor. Tetapi apabila Kadir Jasin yang cukup gah dan hebat dalam bidang penyiaran dan pemberitaan boleh jadi bodoh seperti hari ini dihujung-hujung usianya, adalah satu penghinaan yang cukup besar kepada dirinya. Dia sendiri yang merendahkan darjatnya. 

Saya tak kata beliau tak boleh kritik PM. Boleh….tetapi dalam masa yang sama dia mesti jaga kedudukannya. Lihat sahaja Dollah Kok Lanas, dia sentiasa juga mengkritik kerajaan dan PM. Tetapi dia ada jalannya yang tersendiri dan dia tahu kedudukkannya. Apabila dia pandai menjaga kedudukkannya membuat orang mendengar atau lebih respek terhadap kritikannya. Sudahlah Datuk…janganlah jadi seperti budak-budak yang tak dapat gula-gula....

Monday 6 January 2014

"Former Prime Minister" - PEMANDU Mahu Najib Razak Berundur?



Amat memalukan Dato Sri Najib Razak dan ianya menjadi bahan ketawa seluruh dunia.

Keculasan pegawai PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa YAB PM Dato Sri Najib Razak "Former Prime Minister" sememangnya satu keceluparan yang tidak sewajarnya dilakukan. Ini menjadi bahan ketawa seluruh dunia dan juga satu hal yang telah memperlekehkan YAB PM Malaysia dimata pandangan umum.

Saya melihat apa yang dikeluarkan oleh PEMANDU itu sebenarnya merupakan cakap cakap dikalangan mereka pegawai di dalam PEMANDU itu sendiri saban hari. Pernah ada pegawai PEMANDU menyatakan bahawa kepimpinan Dato Sri Najib Razak tidak akan kekal lama kerana Najib Razak akan didesak untuk berundur seperti mana yang Pak Lah Perdana Menteri terdahulu alami. Hari ini ianya menjadi kenyataan dengan status Twitter milik PEMANDU dibawah Menterinya Dato Sri Idris Jala.

Apakah PEMANDU boleh dipercayai setelah apa yang berlaku hari ini? Pada saya Dato Sri Najib Razak perlu mengambil tindakan tegas diatas keculasan Dato Sri Idris Jala dan PEMANDU. Pekara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memecat pegawai PEMANDU yang mengeluarkan kenyataan "Former Prime Minister".

Tindakan kedua yang perlu dilakukan oleh YAB PM adalah dengan melakukan "POST MOTERM" ke atas PEMANDU kerana ianya semakin tidak relevan dengan keadaan Malaysia hari ini. Adalah wajar untuk unit PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala dimansuhkan dan tugas yang dilakukan diserahkan semula kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Saya melihat semakin meningkat gerakan untuk menjatuhkan kreabiliti YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak waktu ini dan ianya dibuktikan dengan keculasan pegawai pegawai sekeliling YAB PM itu sendiri. Omar Ong, Idris Jala, Media PMO semuanya merupakan pekara yang perlu dilakukan Post Moterm oleh YAB PM. Sabotaj dari dalam semakin menjadi jadi dan ini akan berterusan selagi YAB PM sendiri tidak mengambil tindakan drastik dalam pekara ini.

"Pegawai RTM yang menyiarkan suara sewaktu Timbalan Perdana Menteri berucap secara LIVE di PAU sudah diambil tindakan dan dipecat"

"Artis grafik RTM dipecat ekoran salah caption."

Jadi apa pula tindakan kepada mereka yang telah membuat keculasan ke atas YAB PM ini? Mereka ini wajib dipecat dan ianya perlu dilakukan seberapa segera sebelum sabotaj dari dalam bertambah parah....