My Blog List

Wednesday 8 January 2014

Semoga Kadir Jasin Tidak Menjadi Budak-Budak Yang Tidak Mendapat Gula-Gula


Sewaktu saya menyewa di Kajang dalam pertengahan tahun 90an, saya berjiran dengan keluarga Abang X yang tinggal sebelah rumah saya. Beliau lebih awal tinggal disitu dan rumah itu rumahnya sendiri. 

Keluarga Abang X ini boleh dikatakan sebuah keluarga yang baik dan beriman. Isterinya cukup baik. Isteri saya sentiasa memuji isterinya kerana kebaikkannya itu. Dengan saya tidak pernah bertegur. Jika terjumpa di luar rumah pun dia akan tunduk. Ada kalanya saya pula naik segan. 

Setelah beberapa bulan berjiran, satu hari berlaku kejadian yang memelikkan. Isteri Abang X berjalan-jalan diluar rumah dengan tidak memakai tudung dan mulut terkumat kamit. Kemudian dia naik pula atas buaian dan bermain buai seperti kanak-kanak sambil menyanyi. Saya sungguh pelik melihat kejadian itu. Bila isteri saya pulang, saya ceritakan kejadian itu, dia tidak percaya dan menuduh saya berbohong. 

Keesokan hari dia tidak kelihatan. Selang beberapa hari dia ada balik. Dan keadaannya normal. Seminggu selepas itu dia jadi balik. Dengan tudung tidak mahu ke mana bermain buai sambil menyanyi. Kejadian itu turut dilihat beberapa orang termasuk kanak-kanak. Kebetulan isteri saya berada di rumah. Isteri saya menghampirinya dengan niat hendak menghentikan apa yang dia sedang lakukan. Kemudian isteri saya pula yang dimakinya. Kejadian dilihat oleh anak mereka. 

Pada malamnya Abang X memanggil saya dan meminta maaf diatas kejadianya pada petangnya. Beliau memberitahu saya bahawa isterinya adalah seorang pesakit psikatri. Ohhhh….barulah saya tahu kisah sebenar. Seorang yang baik dan mempunyai akhlak yang tinggi tidak mungkin akan bersikap sedemikian jika tidak ada sesuatu yang tidak kena. 

Selama ini jika bertentang muka dengan saya pun dia tunduk. Tudung tak pernah lekang dikepalanya setiap kali keluar rumah. Mana mungkin dia boleh menyanyi depan saya dengan kepala tidak bertudung selamba ja. Rupa-rupanya ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Itulah sebab dia jadi begitu. 

Saya bukan nak menulis kisah isteri Abang X, tetapi nak menulis kisah bekas Ketua Editor NSTP, Datuk Kadir Jasin. Beliau bukan calang-calang orang. Memulakan kerjaya di Bernama tahun 1969 hinggalah menjadi Ketua Editor NSTP. Menghasilkan bermacam-macam jenis buku. Dijemput menghadiri pelbagai jenis program atau forum sebagai penceramah. Senang cerita, Kadir Jasin ini bukan seorang yang biasa. Dia seorang yang hebat, seorang profesional dan berada pada kelasnya tersendiri. 

Antara blog yang menjadi blog wajib baca bagi saya adalah blog Kadir Jasin. Maklumlah dia otai dalam bidang penulisan. Untuk menjadi seorang penulis yang baik kita kenalah rajin belajar dengan orang-orang lama yang banyak pengalaman. 

Sebagai pelayar tetap blog Kadir Jasin kita boleh tahu cara penulisannya. Senang cerita, kita dah faham. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini tulisan di blog Kadir Jasin agak berbeza atau berlainan sama sekali dengan sebelum ini. Ada kalanya saya tertanya-tanya siapa yang menulis ini ? Adakah Kadir Jasin sendiri atau orang lain ? 

Sukar untuk saya percaya itu tulisan seorang bekas ketua editor, seorang wartawan yang banyak pengalaman, seorang yang profesional dalam bidang penyiaran. Makin lama tulisannya makin menjadi-jadi. Tulisan-tulisannya itu tidak menggambarkan sikap sebenar atau kedudukan Kadir Jasin. Seperti yang saya katakan tentang isteri bekas jiran saya. Bila saya menelaah balik tulisan Kadir Jasin satu persatu kesimpulan yang boleh dibuat adalah, beliau menulis dengan emosi untuk menghentam PM, seolah-olah melepaskan geram yang terpendam. 

Hasil dari bertanya khabar sana sini, difahamkan dia bertindak sedemikian kerana kecewa dan geram dengan PM apabila cubaannya melobi jawatan Pengerusi Media Prima gagal. 

Ohhhhhh…..itu rupa-rupanya. Benarlah telahan saya selama ini bahawa tulisan-tulisannya yang menghentam PM selama ini lebih kepada emosi. 

Jika selama ini saya jauh menyanjungi Kadir Jasin daripada menyanjungi sahabat blogger saya Parpukari dalam soal penulisan. Tetapi kini bagi saya Parpukari jauh lebih baik daripada Kadir Jasin. Segila-gila sahabat saya itu, beliau bukan seorang bekas wartawan kanan, atau bekas ketua editor. Tetapi apabila Kadir Jasin yang cukup gah dan hebat dalam bidang penyiaran dan pemberitaan boleh jadi bodoh seperti hari ini dihujung-hujung usianya, adalah satu penghinaan yang cukup besar kepada dirinya. Dia sendiri yang merendahkan darjatnya. 

Saya tak kata beliau tak boleh kritik PM. Boleh….tetapi dalam masa yang sama dia mesti jaga kedudukannya. Lihat sahaja Dollah Kok Lanas, dia sentiasa juga mengkritik kerajaan dan PM. Tetapi dia ada jalannya yang tersendiri dan dia tahu kedudukkannya. Apabila dia pandai menjaga kedudukkannya membuat orang mendengar atau lebih respek terhadap kritikannya. Sudahlah Datuk…janganlah jadi seperti budak-budak yang tak dapat gula-gula....

No comments:

Post a Comment