My Blog List

Thursday 31 October 2013

EKSKLUSIF !!! PRKSUNGAILIMAU PENDEDAHAN SURAT 'AMANAT USTAZ AZIZAN' DIDEDAHKAN





Pendedahan surat yang dikatakan ‘Amanat Ustaz Azizan’ benar-benar merisaukan jentera Pas di Sungai Limau apabila dilihat semakin mendapat perhatian pengundi yang rata-rata merupakan sanak saudara kepada mantan Menteri besar Kedah itu.Surat yang ditulis oleh saudara ustaz Azizan,Haji Syukri Haji Ismail agar para penyokongnya untuk tidak mengundi Pas,PKR dan DAP kerana boleh di ibarat sebagai mengkhianati Islam.Ini kerana menurut Haji Syukri amanat tersebut diberikan kepadanya 3 minggu sebelum ini Ustaz Azizan menghembuskan nafasnya yang terakhir.Walaupun ada di kalangan pengikut Pas tegar yang mengatakan ia adalah merupakan propaganda kempen Bn/Umno,namun rata-rata mereka yang rapat dengan Ustaz Azizan pasti mengetahui sama ada surat tersebut benar atau palsu.

Ini kerana sebelum ini,Ustaz Azizan pernah berulang kali menyuarakan hasrat hatinya yang dikatakan terkilan dengan perjuangan Pas.Ini kerana sejak bergabung dengan PKR dan DAP,Pas dilihat mula menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.Contohnya isu kalimah Allah yang jelas membuktikan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu terpaksa tunduk dan akur dengan kehendak DAP dan PKR demi kerana sokongan masyarakat bukan Islam.Malah hanya kerana itu juga Pas sebelum ini terpaksa menggadaikan asas dan dasar perjuangan yang selama ini menjadi tonggak perjuangan semenjak parti itu ditubuhkan.Kesimpulannya, perjuangan Pas tidak lagi seperti awal penubuhannya yang mahu mengangkat Islam ke tahap yang tertinggi.

KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PERANGAI HADI AWANG DAN MAHFUZ BUAT MALU ORANG PAS DAN RAKYAT !!! MUAHAHAHAHA



KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PERANGAI HADI AWANG DAN MAHFUZ BUAT MALU ORANG PAS DAN RAKYAT !!! MUAHAHAHAHA


lihat gambar di atas.gambar ini menceritakan berkenaan hadi awang bersama calon PAS menabur benih padi.jap..jangan nak kencing rakyat sungai limau boleh tak ??? apa ni ??? musim ni ada kerr musim tabur benih sampai ke lutut ??? air pun dah banyak tu,nak tabur apa lagi ??? nak lagi gambar ???



bergaya nooohhh nampak sangat kencingnya.mana saya tahu mereka kencing rakyat ??? saksikan gambar di bawah



Wednesday 30 October 2013

EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KISAH SEBENAR ISU POTONG KAKI DAN SPIN PAS TERHADAP TPM DIDEDAHKAN !!!





EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KISAH SEBENAR ISU POTONG KAKI DAN SPIN PAS TERHADAP TPM DIDEDAHKAN !!!


semasa hayatnya beliau dicerca,dimaki,dilemparkan dengan pelbagai tuduhan,malah ada di kalangan mereka yang ingin ludah mukanya kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan yang tidak ‘mesra pakatan’.Itu belum lagi dikira sumpah seranah yang dilemparkan,ketika beliau mengambil keputusan untuk tidak mengiktiraf ‘Buku Jingga’yang dijadikan sebagai kitab rujukan tertinggi oleh pemimpin dan penyokong pakatan.Namun apabila beliau,telah meninggal dunia,nama Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak secara tiba-tiba menjadi harum bak kasturi dan menjadi sebutan di sana-sini.Malah sebarang kenyataan yang buruk yang dirasakan menghina akan segera mendapat pembelaan.Pelik bukan ??? Tetapi itulah realitinya,sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.Paling menarik mereka yang kononnya ingin membela dan mempertahankan maruah Allahyarham Azizan ini,adalah merupakan orang sama yang pernah mewujudkan gerakan bawah tanah untuk menjatuhkannya suatu ketika dahulu.

Hipokrit !!!! 

Itulah ayat yang paling sesuai dilabelkan kepada mereka-mereka ini.Masa hayat dihina dengan pelbagai cara,namun apabila telah meninggal dipuji dan di bela.Tapi yang menyedihkan pembelaan tersebut langsung tidak mencerminkan keikhlasan kerana ingin digunakan bagi menagih simpati pengundi.Terbaru Naib Presiden Pas,Mahfuz Omar cuba menjadi hero dengan mengeluarkan kenyataan kononnya mempertahankan Allahyarham Azizan.Dengan mata yang terbeliak dan riak muka yang dibuat-buat bengis Mahfuz cuba menggambarkan kemarahan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kencing manis.Menariknya apabila perkara itu dibangkitkan kepada penduduk di Kampung Dulang Besar,ramai yang hanya mampu senyum sumbing. 

“Pandai sungguh depa (mereka) ni main politik.Dulu masa Ustaz hidup,dok balun sakan.La ni bila dah takdaq (tidak ada) bukan main bela” ulas Pak Man yang ditemui.Muhyiddin sebelum ini dikatakan telah memberikan kenyataan berhubung pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen yang dilakukan oleh kerajaan adalah bagi mengurangkan penggunaan gula yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan komplikasi potong kaki.Namun apabila diteliti ia adalah merupakan satu fakta yang tidak boleh disangkal.Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir ketika mengulas berkata PAS mempolitikkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penyakit kencing manis bekas menteri besar Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.Sehubungan itu,kata Mukhriz,Timbalan Perdana Menteri tidak berniat langsung untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. “Saya berada di situ sewaktu beliau (Muhyiddin) berucap… Dia cuma sentuh mengenai Bajet 2014,kemudian membangkitkan isu pemansuhan subsidi gula dan antara lain mengenai masalah penyakit kencing manis.Penyakit kencing manis ini sangat berleluasa di negeri Kedah…itu sahaja niat beliau (Muhyiddin).Tidak ada langsung nak mengatakan apa pun selain daripada itu,” kata Mukhriz.itulah sebenarnya yang terjadi

EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KISAH BENAR !!! PAS BERTANDING DEMI POLITIK !!! BN BERTARUNG DEMI RAKYAT !!!










EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KISAH BENAR !!! PAS BERTANDING DEMI POLITIK !!! BN BERTARUNG DEMI RAKYAT !!!


sememangnya dari segi demokrasi,tidak ada apa salahnya untuk Pas bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil pada 4 November ini,tambahan pula kerusi itu kononnya adalah kubu kuat mereka.Tetapi biarlah hasrat untuk bertanding tersebut dibuat atas niat untuk membela nasib rakyat dan membawa kesejahteraan kepada mereka.Bagaimanapun masuk hari kelima kempen pilihan raya kecil itu ternyata Pas hanya bertanding semata-mata untuk tujuan politik.Pas memahami mereka bukan lagi sebuah parti yang menerajui kerajaan negeri Kedah dan mereka juga mengerti bahawa tidak banyak yang boleh mereka lakukan bagi membela nasib penduduk Sungai Limau.Malah mereka juga mengetahui tidak lagi mempunyai pemimpin sehebat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang mempunyai kekuatan tersendiri menarik orang ramai menyokong Pas dan sudah pasti pemimpin-pemimpin Pas Kedah juga mengetahui siapa yang menyebabkan Allahyarham hanya mampu bertahan sepenggal sahaja sebagai Menteri Besar.Namun Pas tetap mahu menguasai kerusi DUN Sungai Limau.Mereka akan melaksanakan ‘politik air liur’dengan membuat janji yang mereka sendiri amat memahami tidak mampu ditunaikan dan mengamalkan ‘politik tin kosong’ dengan menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah merekalah yang terbaik di muka bumi Allah ini. 

BN pula masuk ke gelanggang di DUN Sungai Limau bukan semata-mata untuk memperkukuhkan kuasa,BN tidak berada dalam kedudukan amat memerlukan kerusi tersebut untuk terus memerintah tetapi niat BN di bawah kepimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir hanya satu iaitu merangkul penduduk Sungai Limau untuk sama-sama menikmati kesejahteraan melalui arus pembangunan yang akan dilaksanakan.Bagi BN,sudah sampai masanya nasib penduduk Sungai Limau dibela secara ikhlas tanpa mengira fahaman politik yang mereka pegang.BN boleh sahaja membiarkan DUN Sungai Limau di bawah Pas dan BN juga sudah boleh merelakan sahaja penduduk kawasan itu terus terpedaya dengan mainan politik Pas.Tetapi BN adalah parti yang bertanggungjawab dan mahu melaksanakan amanah bagi membela nasib rakyat sebab itulah BN bersedia bertarung di DUN Sungai Limau. BN tidak boleh membiarkan penduduk Sungai Limau hanya sekadar pemerhati arus pembangunan yang melanda kawasan lain.Apatah lagi majoriti penduduk kawasan itu adalah orang Melayu dan beragama Islam. BN mahu memastikan kelompok itu dibela dan mendapat manfaat sama ada demi pembangunan fizikal mahupun spiritual.Sebab itulah BN tidak boleh membenarkan penduduk Sungai Limau terus terpedaya dengan mainan politik Pas.Pas berhujah,pertama, menyatakan penambahan kerusi BN di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran parti itu,sebaliknya kemenangan BN akan menyebabkan parti tersebut menjadi angkuh,kedua,mereka mahu mengekalkan kerusi tersebut kerana ingin menjadi pemantau kepada kerajaan demi kebaikan rakyat.

Motif 

Ketiga,jika Sungai Limau berada di tangan pembangkang,BN sebagai kerajaan akan berusaha merampasnya untuk Pilihan Raya Umum Ke-14,maka rakyat akan mendapat pelbagai nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memenangi hati rakyat.Keempat,kemenangan Pas akan menghantar mesej kepada kerajaan BN di pusat supaya jangan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang kononnya bagi mereka merugikan rakyat dan kelima, UMNO sudah diberi sebuah negeri,maka wajar sangatlah Sungai Limau (cuma sebuah DUN) diberi kepada Pas.Kesemua alasan ini membuktikan,Pas tidak mempunyai apa-apa agenda yang bertujuan mensejahterakan rakyat sebaliknya ia bermotif politik semata-mata.Memang benar,keputusan di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran kerajaan negeri tetapi apakah ini bermaksud Pas mahu membiarkan sahaja penduduk Sungai Limau berada dalam kedudukan sekarang yang dilihat ketinggalan dari segi arus pembangunan? Apakah Islam mengajar umatnya berada dalam keadaan sebegitu ??? Benarkah Pas boleh menjadi pemantau kepada kerajaan negeri sedangkan apa yang kita saksikan selama ini bukan sahaja di Kedah malah di seluruh negara,Pas dan pembangkang sentiasa sahaja mencari alasan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. 

Biarpun apa yang dilakukan oleh BN demi kebaikan rakyat,Pas dan pakatan pembangkang akan memutarbelitkan usaha itu demi meraih sokongan politik.Sekarang ini pun dalam kempen pilihan raya di Sungai Limau, pelbagai tuduhan mereka lemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri tanpa mengkaji apakah dakwaan mereka benar atau tidak,adakah ini pemantau yang dikehendaki dalam Islam ??? Alasan jika Sungai Limau terus berada dalam Pas ia akan membolehkan rakyat menikmati pembangunan kerana BN akan berusaha merampasnya dalam pilihan raya umum akan datang adalah hujah paling dangkal.Ini membuktikan Pas tidak berupaya melakukan apa-apa sebaliknya mengiktiraf keupayaan BN untuk melaksanakan pembangunan tetapi akhirnya Pas akan mengamalkan sikap ‘lembu punya susu sapi dapat nama’ dengan mendabik dada apa yang BN lakukan adalah hasil tekanan dan desakan mereka.Apabila Pas menyatakan mahu menjadikan kemenangan di Sungai Limau sebagai mesej rakyat kepada kerajaan BN di pusat,ia sekali gus menunjukkan parti itu terus dengan pendekatan politik ketinggalan zaman dan hakikatnya tidak mempunyai apa-apa agenda untuk membela nasib penduduk Sungai Limau.Sebaliknya mereka mahu ‘memperalatkan’ pengundi Sungai Limau demi kepentingan politik pakatan pembangkang.Hujah biarlah Pas terus menguasai kerusi DUN Sungai Limau memandangkan UMNO sudah menjadi kerajaan negeri menunjukkan Pas hanya mahukan kerusi itu semata-mata kerana politik tidak lebih daripada itu. 

Demikianlah sikap Pas,mereka mahu mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau atas tujuan politik dan bukan untuk membela nasib rakyat di situ.Atas sebab itulah pengundi-pengundi Sungai Limau harus memahami mainan politik Pas ini.Tidak salah untuk mereka terus memberi sokongan kepada gerakan politik Pas tetapi dalam soal pilihan raya bagi menentukan pemilihan seorang wakil rakyat bukan soal politik semata-mata yang harus diberi pertimbangan.Sebaliknya banyak sudut lain harus dipertimbangkan khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan dalam hidup.BN yang dipimpin oleh Mukhriz dengan ikhlas hadir menawarkan khidmat demi mengubah nasib rakyat Sungai Limau, oleh itu BN mengharapkan keikhlasan itu akan diterima dan disambut oleh penduduk kawasan berkenaan melalui tagline ’Berani Berhijrah’.Dalam Islam Allah sudah mengingatkan dalam surah Ar-Ra’d bahawa,Dia tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka Oleh itu penduduk Sungai Limau khususnya mereka yang masih berhasrat untuk mengekalkan Pas di kawasan itu ketepikanlah ketaksuban,hapuskanlah kebencian sebaliknya berfikiran terbukalah untuk menerima tawaran BN bagi mengubah nasib mereka.

Tuesday 29 October 2013

Pekerja Melayu MIMOS Bhd Dakwa SPRM Turut Terlibat?







Pekerja Melayu MIMOS Bhd Dakwa SPRM Turut Terlibat?

Hasil dari komen dalam isu Pekerja Wanita Mimos yang ditindas majikannya saya memperolehi semakin banyak maklumat yang sewajarnya disiasat oleh pihak SPRM. Antara komen yang mana menerangkan satu kecurigaan terhadap MIMOS:

Aku cadang agar sprm g siasat 
1. Kenapa import banyak foreigner ? India, pakistan, iran dan seangkatan dengannya ? Apa depa buat, mana outcome? Who is the third party getting this money?
2. Boleh share mana satu product dah market ?
3. High level 80% dari motorola located dalam very nice room ? Nape orang lama no value ke ? Boleh suruh sprm dtg periksa sendiri dan check profile. Those come from other company or orgnisation hard to survive since using kronism ? 
4. Not perform also can promoted ? Ini berdasarkan maklumat yg di kongsikan ? 
I proposed mimos convert to institute or university and lead by academician not by puppet that very low education and mentality .


22 October 2013 22:24
Tuan..... cuba check company2 keling ni yg telah mengaut duit RAKYAT MALAYSIA untuk membawa pekerja2 dari INDIA...
Total expeniture untuk outsoursing staff dari INDIA boleh mencapai angka RATUSAN JUTA RINGGIT MALAYSIA sepanjang 6 tahun perkhidmatan DATUK WAHAB ABDULLAH bersama 3 MIB di bawah
1. Nobelsys Services Sdn Bhd (Reg. No. 360107A)
2. UML Solution Sdn Bhd (Reg. No. 349456 K)
3. Century Software (M) Sdn. Bhd. (Reg No. 445590U)
4. Alsys MSC Technologies Sdm Bhd (Reg No. 614045M)

Company2 ni dikatakan nempunyai perhubungan dengan staf2 di bawah:
1. THILAI RAJ T. RAMANATHAN - Chief Technology Officer
2. SIVALINGAM MUTHUPALANIAPPEN - Senior Director
3. NAGENDRAN M. PERUMAL - Senior Director (Tapi dah cabut lari)
18 October 2013 14:18

SPRM tido lagi ka?

SPRM ni jelas tak relevan lagi dalam masalah yang berkaitan dengan rasuah dan salah guna rasuah. elok SPRM dibubarkan segera dan dilantik org2 baru...hampeh tahap hanjeng SPRM ni...
18 October 2013 08:43

Semakin hari semakin banyak komen komen yang mana mendedahkan bahawa wujud satu salah gunakuasa didalam MIMOS yang telah mengakibatkan aset milik rakyat berbilion ringgit keluar begitu sahaja. Luahan pekerja Melayu di MIMOS dalam pekara ini perlu diambil berat oleh pihak SPRM dan siasatan perlu dilakukan dengan segera serta hasil siasatan perlu didedahkan kepada khalayak umum.

Tapi saya yakin pihak SPRM hanya akan berpeluk tubuh dan hanya akan melihat sahaja apa yang berlaku didalam MIMOS Bhd. SPRM semakin lama semakin bisu barangkali sudah kenyang dengan nikmat yang mereka perolehi.

Monday 28 October 2013

Sungai Limau : Kubu Pas Atau Kubu Ustaz Azizan ?





Berdasarkan fakta dan angka hasil keputusan pilihanraya yang lepas-lepas di Dun Sungai Limau, nampaknya bukan satu perkara yang mudah untuk BN merampas kerusi berkenaan daripada Pas. 

Sejak tahun 1955 sejarah pilihanraya kawasan berkenaan menunjukkan Pas menguasainya sebanyak 9 kali dan BN sebanyak 4 kali. 

Arwah Ustaz Azizan mula memegang kerusi berkenaan sejak 1995 yang pada ketika itu dikenali dengan nama Dun Sala. Beliau menewaskan calon BN, Bahador Bin Omar dengan majoriti 196 undi. 

Tahun 1999 juga semasa Dun berkenaan dikenali sebagai Dun Sala, Ustaz Azizan sekali lagi menewaskan calon BN, Hidzir Bin Alias dengan majoriti 2621 undi. 

Tahun 2004 Dun berkenaan mula dikenali dengan nama Dun Sungai Limau. Ustaz Azizan mencatatkan hatrick, dengan menewaskan calon BN, Mohd Suhaimi Bin Abdullah dengan majoriti 1080 undi.

Tahun 2008 pula Ustaz Azizan menewaskan Basorri Bin Abu Hassan dengan majoriti 3212 undi. Manakala pada tahun 2013 Ustaz Azizan menewaskan calon BN yang juga sepupunya, Fazillah Bin Mohd Ali dengan majoriti 2774 undi. 

Jika diperhatikan keputusan diatas, undi majoriti yang dimenangi Ustaz Azizan tidak konsisten setiap tahun. Bermula dengan kemenangan kecil pada 1995, kemudian meningkat pada 1999, turun balik pada 2004, naik balik pada 2008, dan turun balik pada 2013. 

Jika kita jadikan trend diatas sebagai ukuran, maknanya Pas akan mencatat kemenangan yang lebih tinggi dalam PRK kali ini. Sebab majoriti mereka merosot dalam pilihanraya sebelum ini. Itu jika kita letak parti Pas sebagai ukurannya. Tetapi jika kita meletak calon sebagai ukuran suasananya mungkin berbeza. 

Mungkin kerusi berkenaan bukan kubu Pas, tetapi kubu Ustaz Azizan. Apa pun segalanya akan terjawab 4 November ini. Jika Pas menang, maknanya kerusi itu kubu Pas. Jika Pas kalah maknanya kerusi itu kubu Ustaz Azizan. 

Saya ingin berkongsi keputusan pilihanraya ke 12 dan ke 13 dengan anda bagi Dun Sungai Limau.

Monday 21 October 2013

MIMOS - Renovation For Life Tindas Anak Melayu





Sayani org lama dan telah berhenti setelah hampir 20 tahun dgn MIMOS. Sejak MIMOS dikopratkan tahun 2006 saya mengambil sikap tunggu dan lihat how the new management manage. Yg mula saya perasan new management ni mmg pilih kasih. Mereka memandang org-org lama lekeh, malas dan tak boleh buat kerja. Tulah persepti mereka yg amat ketara. Utk mengubah keadaan maka mereka bawa masuk specis2 Motorolla yg diberi gaji tinggi giler... belasan ribu hingga puluhan ribu. Konon dgn masuknya specis2 ni akan membantu meningkatkan innovasi dan produktiviti MIMOS sbg Leading Edge Technologi bertemakan Innovation for Life. Tapi malangnya selepas 6 tahun lebih APA YANG MEREKA HASILKAN? Makcik PC hahaha ? Net Tablet? WiWi? mana produk nya Dato Wahab? Yg sy nampak mereka pandai Main Wayang untuk hidup... konon boleh buat tu dan ni tapi hampeh! Net Tablet, Jenni semuanya di import dari Taiwan dan dgn kepakaran Jurureka Industri kulit baru dibuat supaya nampak cantik... lepas buat bila test hang selalu.... berapa ratus juta sudah spent utk membangunkan barang "tiruan" ni? Kena tipu Cina Taiwan je... ni tak termasuk pelbagai lagi pembaziran dalam pelbagai projek spt Centre of Excellence yg semuanya kantoi. Bagaimana pula dgn Wafer Fab yg berbillion spent tapi outputnya takde??? Last2 they spent millions on renovation MIMOS termasuk kantin... so I can saya the tagline Renovation for Life should be used instead of Innovation for Life sbb sepanjang saya berada dibawah Datok Wahab nije yg saya nampak... In conclision I can say that MIMOS is a FAILURE! Menghabiskan duit rakyat dan memang patut SPRM masuk... kesian MIMOS. Saya prefer leadership Datuk Dr Tengku Azzman yg lebih visionary, non-partition, and most of all TRANSPARENT!

18 October 2013 12:38

Komen yang dihantar ini membuatkan saya semakin menjadi risau dengan apa yang berlaku di dalam MIMOS Bhd. Dengan maklumat ini ternyata MIMOS sudah tidak lagi melakukan kerja mereka sebaliknya melakukan perniagaan yang hanya mengguntungkan keroni didalam MIMOS itu sendiri terutama India yang begitu berpengaruh didalam MIMOS sehinggakan Melayu dianak tirikan. Apa sudah jadi dengan MIMOS?

Memang tidak dinafikan sebenarnya MIMOS sekarang sudah lari daripada arah yg sebenarnya sebagai Research Institute. 
HR MIMOS sekarang sudah tidak lagi menjaga kepentingan dan kebajikan pekerja. 
Sebaliknya mereka akan mengambil tindakan yang keras kepada pekerja jika ada aduan-aduan yg bertentangan daripada policy Raj, CIO, pegawai kanan Datuk Wahab. 

Semakin ramai penyelidik-penyelidik telah berhenti daripada MIMOS gara-gara orang Motorala sahaja yang diberikan keutamaan. 
Datuk Wahab seperti menyerahkan tugas nya kepada CIO Raj dan tiada memainkan perananan di MIMOS. 
Jadi saya setuju pihak Jabatan Perdana Menteri perlu datang sebagai independent party untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

14 October 2013 15:02 

Jadi adalah wajar jika pihak Kerajaan melakukan pembersihan didalam MIMOS bagi mengelakkan lebih banyak lagi aliran wang negara keluar masuk ke poket keroni besar didalam MIMOS Bhd.

Saturday 19 October 2013

UMNO ELECTION 2013: Shafei retains Wangsa Maju division chief post








KUALA LUMPUR : Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah retained his Wangsa Maju division chief post after beating his contenders in the three-cornered fight today.

Shafei garnered 247 votes, defeating Zainal Nazeri Zainuddin (52) and Mohammad Azlan Abdullah (16).
 
 
Shafei later thanked the delegates for giving him the mandate and promised that he would improve the party's performance.
 
He said his lost in the 13th general election did not dampen his spirit to serve for the party.
 
 
"Our focus now is to win back Wangsa Maju in the next election. We hope that we can win the heart of our voters especially the young ones," he said.
 
Meanwhile, Datuk Hamdan Mohd Yusoff won the division's deputy-chief post while Abd Razak Muhamad won the division's vice-chief post.




Ubahsuai Kantin RM1 Juta Undang Komen Negatif Pekerja Melayu Di MIMOS Bhd








Ubahsuai Kantin RM1 Juta Undang Komen Negatif Pekerja Melayu Di MIMOS Bhd


Sudah ada gerakan berani oleh pekerja Melayu di MIMOS dengan apa yang menimpa seorang wanita pekerja disitu. Dalam artikel sebelum ini yang mana seorang wanita dikenakan tindakan oleh pihak MIMOS gara gara mengadu harga makanan yang mahal di kantin MIMOSKLIK DISINI.

Reaksi dari komen yang diterima membuka lebih banyak maklumat tentang keculasan yang berlaku didalam MIMOS. Rata rata komen yang diterima mengesahkan bahawa MIMOS waktu ini telah dikuasai golongan India yang begitu berpengaruh sehinggakan Adbul Wahab dilabelkan sebagai Boneka kepada India dalam MIMOS.

Salah satu komen yang menarik perhatian saya adalah berkaitan Kantin yang diubah suai sebanyak RM 1 juta. RM 1 Juta kos pengubahsuaian kantin MIMOS yang pada saya merupakan satu kos yang amat besar melibatkan sebuah kantin.

Siapa kontraktor yang perolehi projek ubah suai Kantin MIMOS? Adakah projek tersebut diberi terus kepada syarikat yang dilantik? Jika diberi terus adalah wajar untuk menjelaskan mengapa sehingga RM 1 juta kos pengubahsuaiannya walhalkan Kantin di MIMOS masih lagi dalam keadaan baik dan serba lengkap. Adakah satu unsur Keronisme dan salahguna kuasa berlaku dalam isu ubahsuai kantin bernilai RM 1 juta ini?

Ada satu komen yang menarik perhatian saya:

Sebagai bekas pekerja bertaraf eksekutif di MIMOS aku nak share info dengan para pembaca kenapa MIMOS nowadays sudah menjadi lebih jahanam sejak orang paling penting di MIMOS suatu masa dahulu, Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddi meninggalkan GLC ini. 

Ini semua gara2 Abdul Wahab Abdullah dengan kroni-kroni Motorola yang telah menguasai MIMOS. Aku resign dari MIMOS pun disebabkan Wahab Botak ni. 

Prof Mohamed Ridza Wahiddi inilah think-tank, genius dan permata Melayu yang hilang dari dunia korporat, Kenapa aku kata Prof Ridza Melayu Genius ???

- Dari tahun 2005 - 2011, beliau telah dipinjamkan dari UIA untuk MIMOS untuk mengetuai Cyber Security R&D for National Security (Keselamatan Negara) terutamanya Quantum Cryptography. 
- Prof Ridza jugalah yang membawa Dasar Keselamatan Siber Negara Lima Teras: ‘R&D for Self-Reliance’, National Cyber Security R&D Roadmap for Self-Reliance dan juga beliau yang bertanggungjawab dengan penubuhan state-of-the art makmal kuantum kriptografi (quantum cryptography) di MIMOS dan UIA.
- Ahli MIMOS Senior Leadership Team bagi tempoh Januari 2007 - Jun 2011.
- Memainkan peranan penting meletakkan MIMOS pada kedudukan ahli yang pertama di Asia dan paling aktif dalam World’s first Quantum Cryptography Standards yang ditubuhkan oleh European Telecommunications Standards Institute.
- Beliau anak Melayu pertama berjaya menunjukkan Bukti pertama konsep: Five Node Quantum Cryptography Network di Asia Tenggara. Jepun pun hanya berjaya menunjukkan rangkaian mereka pada bulan Oktober 2010.
- Anak Melayu pertama dijemput dan memberikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa mengenai Kuantum Optik dan Pengkomputeran Kuantum di Noida, India, 24-26 Mac 2011.
- Melayu Genius yang berjaya membolehkan MIMOS disahkan (certified) oleh Software Engineering Institute, Carnegie Mellon.
- Pemenang Anugerah MIMOS Best Innovator 2007.
- Pemenang Anugerah MIMOS Innovator Award 2011.
- Penerima Kehormat 2009 Asia Pacific Information Security Leadership Achievement oleh Software Engineering Institute, Carnegie Mellon.
- Pemenang Anugerah most outstanding ASEAN Chief Security Officers (CSO) tahun 2011.

Setelah beliau keluar dari MIMOS disebabkan Abdul Wahab Botak dan geng-geng Motorola, makmal kuantum kriptografi yang mempunyai jumlah aset bernilai RM21.5 juta telah ditutup. Ini telah merugikan MIMOS dan juga negara. Look at what happen today at MIMOS ???

Prof Ridza, we truly missed your leadership. MIMOS sekarang dah jadi harta mak bapak Abdul Wahab Botak dan geng-geng Motorola. 

16 October 2013 15:14


Komen yang diberikan oleh seorang bekas pekerja MIMOS ini menarik perhatian saya kerana sumber yang diperolehi dari kalangan pekerja MIMOS yang masih lagi berkhidmat juga mengesahkan bahawa Makmal Kuantum Kriptografi yang mana asetnya bernilai RM21.5 juta memang ditutup dan sehingga ke hari ini tidak digunakan. RM21.5 Juta yang merupakan satu nilai yang begitu besar telah tidak digunakan oleh pihak MIMOS dan sebaliknya mengeluarkan lebih banyak wang kepada pekara lain yang tidak berfaedah.

MIMOS dilihat bukan sahaja menindas pekerja Melayu malah telah banyak merugikan kerajaan hari ini dengan polisi polisi dan beberapa pekara pelik yang berlaku  terutamanya pengaruh seorang India bernama Raj. Adakah CEO MIMOS Abdul Wahad telah diblack mail oleh Raj sehinggakan setiap keputusan akan ditentukan oleh Raj?

Aakan kita dedahkan lagi pekara ini agar nasib pekerja Melayu di MIMOS terbela dan Abdul Wahab menjelaskan mengapa ramai pekerja Melayu yang ditindas didalam MIMOS.

Sunday 13 October 2013

Pekerja Melayu Di Syarikat Penuh Milik Kerajaan Ditindas



Pekerja Melayu Di Syarikat Penuh Milik Kerajaan Ditindas


Semakin hari semakin rakus nampaknya pegawai pegawai tinggi kerajaan dalam memeras ugut pekerja bawahan terutamanya bangsa Melayu sendiri. Pegawai atasan yang meraih gaji dengan angka belasan dan puluhan ribu tidak memperdulikan nasib pekerja bawahan yang bergaji seribu dua. Realitinya waktu ini banyak pegawai tinggi dalam kerajaan meraih hasil lumayan melalui proksi mereka yang terdiri daripada bangsa lain. Saya agak jijik dengan pegawai kerajaan sebegini kerana manusia jenis inilah yang merupakan bangsa Melayu yang merupakan penghisap darah bagi bangsa mereka sendiri.

Ada terima berita mengenai nasib pekerja Melayu disebuah syarikat penuh milik Kerajaan (SULIT) yang mana telah menjadi mangsa ditindas oleh pegawai atasan sendiri. Punca nya adalah cukup mudah iaitu pegawai atasan terlalu menjaga perasaan dan hati proksi (LEMBU) sehinggakan pekerja Melayu dianak tirikan.

Saya juga boleh katakan di tempat  syarikat penuh milik kerajaan (SULIT) sekarang ini sudah dikawal oleh bangsa pendatang iaitu India. (Warganegara India & Sri Lanka). Segala gala yang dibuat dalam menjalankan apa apa penugasan semuanya akan bergantung kepada bangsa ini yang menyebabkan pekerja Melayu disitu dipinggirkan dan menjadi tidak relevan walhalkan Syarikat milik Kerajaan itu milik Melayu dan bukannya India.

Belum masanya lagi untuk saya jelaskan syarikat tersebut dan apa isu utamanya. Namun saya menyampaikan berita kepada semua bahawa isu ini akan menyebabkan ada yang diberhentikan kerja dan ada yang akan terima ugutan.

Nasihat saya kepada team bekas MOTOROLA, siap sedia dengan apa yang akan didedahkan kelak. Anda hanya berkuasa dengan pangkat yang ada dan pangkat yang ada itu pun adalah ehsan dari orang Melayu. Ini tanah Melayu dan jangan jadikan pekerja Melayu seperti sampah....

Keterbukaan Proses Pemilihan Bukti Demokrasi Umno - Najib





Keterbukaan Proses Pemilihan Bukti Demokrasi Umno - Najib

KUALA LUMPUR 13 Okt - Jika ada politik wang sekali pun pada pemilihan parti kali ini tidak mempengaruhi perwakilan dan UMNO lulus ujian dengan cemerlang melaksanakan demokrasi yang segar dalam parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berkata demikian, transformasi yang dicetuskan pada 2008 itu terbukti berjaya menjadikan parti Melayu terbesar itu kini mendahului parti-parti lain dalam melaksanakan demokrasi terbuka.

"Kita berharap dapat menjadi model kepada parti lain kerana dulu ketika saya bincang dengan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) mengenai pindaan tak jangka suasana sambutan macam ini.

"Malam ini amat bersejarah bagi UMNO dan tujuan kita laksanakan transformasi ini amat tepat pada masanya," katanya pada sidang media.

Najib berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh Jawatankuasa Pemilihan yang diketuai Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan ibu pejabat parti bawah Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja, Datuk Ab Rauf Yusoh.

"Pemilihan kali ini bukan mudah untuk dilaksanakan kerana ia amat mencabar dan segala kelemahan akan diperbaiki pada pemilihan Majlis Tertinggi Sabtu depan yang ditunggu-tunggu ramai," katanya.

Pada pemilihan penggal sebelum ini yang menggunakan kaedah lama berdasarkan perwakilan, Khairy menewaskan dua calon, anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Wednesday 9 October 2013

Tunggakkan Cukai Tanah Cecah RM21 Juta: MB Tegur Rakyat Kelantan






Tunggakkan Cukai Tanah Cecah RM21 Juta: MB Tegur Rakyat Kelantan

KOTA BHARU 9 Okt - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hari ini menegur rakyat Kelantan kerana liat menjelaskan cukai tanah yang kini tunggakannya mencecah RM21 juta.
   
Beliau berkata sikap mereka amat dikesali kerana sukar membayar cukai namun mudah membeli rokok.
   
"Harga rokok naik lebih RM10 boleh dibeli, tetapi cukai tanah yang dibayar untuk tempoh setahun sekali sukar untuk menjelaskannya," katanya ketika menjawab soalan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
  
Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan Negeri berkata, kerajaan negeri menubuhkan dua jawatankuasa bertindak bagi mengutip tunggakan itu termasuk berbincang dengan pemilik tanah.
   
Beliau berkata pemilik tanah yang terbabit dengan hakisan pantai diminta menukar status tanah kerana tanah yang terhakis menjadi lautan tidak dikenakan cukai tanah.
 
Sementara itu, persidangan dewan turut dimaklumkan bahawa pelaksanaan fasa pertama pembinaan projek tebatan banjir di Rantau Panjang membabitkan RM300 juta dijangka bermula pada tahun depan.
   
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Hanifa Ahmad berkata Jabatan Pengairan dan Saliran telah menyiapkan tender projek itu dan sedang menunggu kelulusan kewangan.
   
Beliau berkata terdapat tiga komponen dalam pembinaan fasa pertama itu iaitu membina batas banjir, membina laluan air dan lencongan air Sungai Golok daripada
menenggelamkan Rantau Panjang.
   
"Jumlah keseluruhan pembinaan tebatan banjir itu dianggarkan berharga RM1.3 bilion yang meliputi tiga fasa sepanjang 50 kilometer dari Tumpat sehingga Rantau Panjang," katanya ketika menjawab soalan Muhamad Awang (PAS-Gual Periuk). 

Tuesday 8 October 2013

Ketua Pembangkang Melaka Letak Jawatan





Ketua Pembangkang Melaka Letak Jawatan


KUALA LUMPUR 8 Okt - Ketua Pembangkang Melaka, Goh Leong San mengumumkan perletakan jawatannya ekoran rakan dalaman parti menyoal pujian yang diberikan beliau kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Goh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Duyong berkata, kritikan oleh Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Lai Kuen Ban (Kota Laksamana) memaksa beliau meletakkan jawatan ekoran tidak lagi boleh mewakili pakatan pembangkang negeri.

Konflik dalaman pembangkang bermula selepas Goh menyampaikan usul berterima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau dipetik sebagai berkata, Idri seorang individu yang berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik.

Monday 7 October 2013

Laporan Audit : SPRM Buka 15 Kertas Siasatan






Laporan Audit : SPRM Buka 15 Kertas Siasatan


PETALING JAYA 7 Okt -  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 15 kertas siasatan berikutan laporan yang dikeluarkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.
 
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, SPRM akan meneliti secara serius kelemahan yang didedahkan oleh laporan itu.
 
"Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab SPRM untuk menyiasat kes rasuah, salah guna kuasa dan penyalah gunaan dana yang diketengahkan dalam laporan itu," katanya dalam satu kenyataan.
 
"SPRM, akan mengetuai pasukan ini, kita akan mengumumkan hasil dapatan, pelan tindakan serta tindakan selanjutnya yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pemalsuan," katanya.
 
Menurut Mustafar, SPRM telah menubuhkan satu pasukan khas dengan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan siasatan lanjut mengenainya.
 
selain daripada menjalankan siasatan, SPRM juga akan mengadakan perbincangan dengan jabatan terlibat untuk mendapatkan maklumat, bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sedang dijalankan.
 
Penubuhan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara merupakan langkah dalam usaha proaktif bagi membolehkan isu yang dibangkitkan tidak berulang.

Sunday 6 October 2013

Shabery Sokong Debat 6 Calon Naib Presiden UMNO









Shabery Sokong Debat 6 Calon Naib Presiden UMNO



KUALA LUMPUR 7 Okt - Penyandang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  mengalu-alukan cadangan supaya diadakan perbahasan serentak di kalangan keenam-enam calon Naib Presiden yang akan bertanding pada pemilihan Umno 19 Okt ini.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, ia perlu dibuat dalam bentuk forum yang membenarkan setiap calon mengemukakan pandangan masing-masing.

"Pihak Kementerian sudah mengatur program bual bicara di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan BernamaTV untuk semua calon naib presiden itu mengemukakan pandangan.

Bercakap kepada BernamaTV dari Cannes, Perancis, Ahmad Shabery yang berada di sana untuk mengetuai delegasi industri filem negara, berkata RTM akan menampilkan calon-calon itu secara serentak.

Bagi BernamaTV pula, ia akan menyiarkan perbahasan itu bermula 10 malam untuk dua malam berturut-turut, 15 dan 16 Oktober.

Ia didahului dengan tiga pencabar iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dan bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pada malam berikutnya, giliran ketiga-tiga penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Ahmad Shabery berkata BernamaTV, yang juga penyiar rasmi pemilihan UMNO 2013, telah mengadakan lintas langsung dan bual bicara serta  program bual bicara sejak 21 September lepas ketika majlis penyerahan borang oleh calon.

BernamaTV kini menyiarkan dua program iaitu Ruang Bicara dan Bicara Calon masing-masing selama satu jam dan setengah jam pada 10 malam dan 11 malam setiap hari. Temuramah termasuk calon ketua ketiga-tiga sayap.

Ruang Bicara menampilkan calon ketiga-tiga sayap, Pemuda, Wanita dan Puteri dan calon Majlis Tertinggi, diadakan setiap hari mulai 30 September.

Ia menampilkan dua atau tiga tetamu yang ditanya mengenai topik tertentu berkaitan politik, isu semasa dan ekonomi.

Program Bicara Calon pula memberi peluang kepada calon-calon ketiga-tiga sayap untuk  mengemukakan pandangan masing-masing apa yang mereka akan lakukan jika terpilih nanti.

Setakat ini sebanyak enam episod Ruang bicara telah disiarkan selain tiga episod Bicara Calon.

Kedua-dua program itu akan disiarkan sehingga hari pemilihan ketiga-tiga sayap parti pada 12 Oktober dan pemilihan majlis tertinggi pada 19 Oktober.

BernamaTV juga akan menyiarkan secara langsung proses pengundian di dua UMNO bahagian pada 12 dan 19 Oktober.

Ahmad Shabery juga menasihati calon-calon sayap parti supaya datang ke pejabat BernamaTV untuk merakam pandangan mereka.

BernamaTV dan RTM juga akan menjemput Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibual bicara pada 17 dan 18 Oktober ini.

Utusan, ROS Anjing Umno : NGO Buat Laporan Polis Terhadap Tony Pua






Utusan, ROS Anjing Umno : NGO Buat Laporan Polis Terhadap Tony Pua

KUALA LUMPUR 6 Okt - Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Publisiti DAP Tony Pua berhubung kenyataannya yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan akhbar Utusan Malaysia sebagai ‘'anjing UMNO' ekoran isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini.
 
Lima NGO yang terlibat ialah Sekreteriat NGO Negeri Selangor, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Gerakan Bersatu 69 (PGB69).
 
Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, sebagai seorang pemimpin Tony Pua tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan biadap apabila menggelar akhbar tempatan Utusan Malaysia dan ROS sebagai 'anjing UMNO.'
 
"Tidak seharusnya seorang pemimpin membuat kenyatan sedemikian. Cuba cari kata-kata yang baik supaya rakyat Malaysia tidak terhina dengan perkataan anjing," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.


Sehubungan itu. Abdul Rani yang juga merupakan Pengerusi Sekreteriat NGO Negeri Selangor mendesak pihak berkuasa supaya dapat menjalan siasatan ke atas Tony Pua.
 
"Panggil Tony Pua untuk disoal siasat, kenapa beliau mengeluarkan kenyataan begitu?," tegas beliau.
 
Sementara itu, Presiden IRIMM, Amir Amsaa Hj Alla Pitchay mendesak Tony membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan biadapnya itu.
 
"Itu adalah tindakan biadap, kami sebagai NGO desak beliau mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.
Pertikaian dan penyelewengan telah berlaku dalam DAP, kritikan terhadap Utusan Malaysia dan ROS adalah tindakan biadap, mereka (ROS diwujudkan) adalah untuk meneliti pertubuhan yang ada dalam negara," tegas beliau.


Tambah Amir, Tony tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan itu sedangkan isu-isu yang dikaitkan adalah berpunca dari dalaman parti DAP itu sendiri malah kewujudan ROS bertujuan untuk memantau setiap pertubuhan yang ada dalam negara.