My Blog List

Monday 28 October 2013

Sungai Limau : Kubu Pas Atau Kubu Ustaz Azizan ?





Berdasarkan fakta dan angka hasil keputusan pilihanraya yang lepas-lepas di Dun Sungai Limau, nampaknya bukan satu perkara yang mudah untuk BN merampas kerusi berkenaan daripada Pas. 

Sejak tahun 1955 sejarah pilihanraya kawasan berkenaan menunjukkan Pas menguasainya sebanyak 9 kali dan BN sebanyak 4 kali. 

Arwah Ustaz Azizan mula memegang kerusi berkenaan sejak 1995 yang pada ketika itu dikenali dengan nama Dun Sala. Beliau menewaskan calon BN, Bahador Bin Omar dengan majoriti 196 undi. 

Tahun 1999 juga semasa Dun berkenaan dikenali sebagai Dun Sala, Ustaz Azizan sekali lagi menewaskan calon BN, Hidzir Bin Alias dengan majoriti 2621 undi. 

Tahun 2004 Dun berkenaan mula dikenali dengan nama Dun Sungai Limau. Ustaz Azizan mencatatkan hatrick, dengan menewaskan calon BN, Mohd Suhaimi Bin Abdullah dengan majoriti 1080 undi.

Tahun 2008 pula Ustaz Azizan menewaskan Basorri Bin Abu Hassan dengan majoriti 3212 undi. Manakala pada tahun 2013 Ustaz Azizan menewaskan calon BN yang juga sepupunya, Fazillah Bin Mohd Ali dengan majoriti 2774 undi. 

Jika diperhatikan keputusan diatas, undi majoriti yang dimenangi Ustaz Azizan tidak konsisten setiap tahun. Bermula dengan kemenangan kecil pada 1995, kemudian meningkat pada 1999, turun balik pada 2004, naik balik pada 2008, dan turun balik pada 2013. 

Jika kita jadikan trend diatas sebagai ukuran, maknanya Pas akan mencatat kemenangan yang lebih tinggi dalam PRK kali ini. Sebab majoriti mereka merosot dalam pilihanraya sebelum ini. Itu jika kita letak parti Pas sebagai ukurannya. Tetapi jika kita meletak calon sebagai ukuran suasananya mungkin berbeza. 

Mungkin kerusi berkenaan bukan kubu Pas, tetapi kubu Ustaz Azizan. Apa pun segalanya akan terjawab 4 November ini. Jika Pas menang, maknanya kerusi itu kubu Pas. Jika Pas kalah maknanya kerusi itu kubu Ustaz Azizan. 

Saya ingin berkongsi keputusan pilihanraya ke 12 dan ke 13 dengan anda bagi Dun Sungai Limau.

No comments:

Post a Comment