My Blog List

Friday 4 October 2013

MCA : Pakatan Alami Sindrom Burung Unta



MCA : Pakatan Alami Sindrom Burung Unta

UALA LUMPUR 4 Okt - Pakatan pembangkang dilihat seperti mengalami 'Sindrom Burung Unta' dan berkhayal apabila mengkritik kerajaan menyalahgunakan dana berdasarkan Laporan Ketua Audit 2012.

Anggota awatankuasa Pusat MCA Loh Seng Kok berkata, laporan audit tersebut turut menyaksikan perkara sedemikian berlaku di negeri-negeri dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

"Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan, bawah pemerintahan Pakatan, Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) dalam tempoh tiga tahun membelanjakan baki dana kerajaan dengan mengeluarkan antara tiga hingga empat bulan bonus kepada kakitangan.

"SSIC mengisytiharkan bonus kepada pekerja dari tahun 2009 hingga 2011 bersamaan perbelanjaan tiga tahun berjumlah RM887,620," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Tambah, dakwaan pembangkang itu ibarat 'mengata dulang paku serpih' kerana laporan yang dikeluarkan ketua audit menunjukkan salah urus Pakatan dan perlaksanaan pentadbiran yang lemah.

Menurutnya lagi, kerajaan Selangor sepatutnya menyiasat ketirisan yang berlaku di negeri tersebut melalui Jawatankuasa Khas bagi Kecekapan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (Selcat).

"Jika tindakan itu gagal diambil, ia hanya menunjukkan bahawa Pakatan hanya pandai bercakap dan menyalahkan orang lain," ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment