My Blog List

Saturday 5 October 2013

Perwakilan Pemuda Diharap Buat Keputusan Tepat








Perwakilan Pemuda Diharap Buat Keputusan Tepat - Khairy


BUKIT MERTAJAM 5 Okt - Setiap perwakilan diminta untuk membuat keputusan teapat dalam memilih pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata, ianya adalah penting demi menjamin masa depan parti yang lebih cemerlang.

"Jangan main-main dengan undi kita.  Ini pilihan yang kita buat untuk empat tahun akan datang jadi jangan tersilap pilih kerana masa depan parti akan terjejas," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut Khairy, setiap calon yang bertanding pada pemilihan kali ini menunjukkan semangat kekeluargaan yang tinggi dan kempen yang dijalankan calon Pemuda dilihat dalam keadaan terkawal.

"Saya berharap minggu-minggu terakhir berkempen ini calon-calon dapat terus menjaga tertib kerana kita kena tahu rakyat di luar bukan hanya UMNO sedang menilai proses pemilihan parti kita.

"Mereka (orang luar) juga bukan hanya mahu melihat keputusan tetapi proses sama ada ia berjalan lancar tanpa cacat cela dengan kegiatan negatif dan Alhamdulilah setakat hari ini saya berpuas hati dengan cara kempen," katanya.

Jawatan Ketua Pemuda UMNO menyaksikan pertembungan lima penjuru diantara Khairy; Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Baru Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi; Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak; Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka; Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Abdul Karim Ali.    

No comments:

Post a Comment