My Blog List

Tuesday 19 November 2013

Kereta Lebih 12 Tahun: Baca Betul-Betul dan Fahami Apa Yang Diperkatakan Oleh Timbalan Menteri Pengangkutan




Sejak semalam kecoh dilaman-laman cyber mengutuk, menghentam dan membelasah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berhubung kenyataannya tentang kereta yang berusia 12 tahun ke atas tidak selamat berada di atas jalan raya. 

Jika pembangkang yang hentam, yang kutuk atau yang belasah kita tak perlu nak hairan, kerana itu memang tugas mereka untuk putar belitkan sebarang kenyataan daripada pemimpin BN. Yang agak pelik dan hairan sikit bila media-media cyber pro BN sendiri yang turut sama membelasah beliau. 

Kenapa perlu kita nak belasah beliau ? 

Yang membelasah beliau itu dah baca habis ke apa kenyataan atau ayat yang keluar dari mulut Timbalan Menteri Pengangkutan itu ? 

Baca bagi habis dulu, perhatikan setiap patah perkataan dan fahami betul-betul. Jangan kerana dengar cerita pembangkang, dan kita pun baca secara rawak sahaja, ambil perkataan bahagian kepala dan ambil perkataan bahagian ekor, kemudian turut sama belasah. 

Berikut adalah kenyataan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang disiarkan oleh Berita Harian,
SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan telitisebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di sini hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baharu.

Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

Boleh tunjukkan kepada saya bahagian mana dalam berita diatas yang beliau katakan kereta berusia 12 tahun ke atas tidak dibenarkan berada diatas jalan raya ? 

Terang-terang beliau berkata JPJ selaku agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan PERLU MEMBUAT PERTIMBANGAN TELITI sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan. Keputusan perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. 

Maknanya, beliau meminta JPJ membuat pertimbangan yang betul-betul teliti sebelum buat keputusan dan keputusan perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. Jangan biarkan rakyat terus susah hati atau bimbang dengan kereta mereka yang berusia lebih 12 tahun. Jika selamat kata selamat, jika tak selamat kata tidak selamat dan apa hujahnya....


Kesimpulannya Timbalan Menteri berkenaan pun boleh dikatakan tidak gembira dengan cadangan Miros. Sebab itu beliau minta JPJ buat pertimbangan, buat kajian atau buat pemeriksaan betul-betul terlebih dulu terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Miros, kerana cadangan itu secara kasarnya dilihat tidak logik. Beliau dah kata pada asasnya itu satu penemuan yang baharu. Maknanya perlukan kajian yang lebih mendalam. Bukannya terus menguatkuasakan apa yang dicadangkan oleh Miros. 

Timbalan Menteri berkenaan pun ada rakyat juga di kawasan yang beliau wakili. Jangan ingat beliau pun suka-suka sahaja nak buat keputusan yang boleh mendatangkan impak buruk yang teruk kepada kerajaan dan kepada beliau sendiri. 

Dulu pun pernah timbul cadangan agar kenderaan-kenderaan yang lanjut usia menjalani pemeriksaan di Puspakom untuk memastikan tahap keselamatan sesebuah kenderaan. Namun perkara tersebut dibantah oleh orang ramai dan cadangan tersebut terkubur begitu sahaja. 

Kita kena baca betul-betul dulu apa yang beliau perkatakan. Jangan kita pula yang teruja dengan gendang yang dipalukan oleh pembangkang dan kita menari ikut rentak mereka. Kalau begitu seronoklah mereka...

Dalam kes ini kita kenalah ada belas kasihan sikit kepada Timbalan Menteri Pengangkutan. Jangan main belasah beliau dan samakan beliau dengan raja lawak Pas, Mahfuz Omar. Beliau tak kata pun yang kerajaan nak haramkan kereta berusia 12 tahun di jalan raya. Beliau hanya minta JPJ buat pertimbangan teliti terhadap cadangan pihak Miros...

No comments:

Post a Comment