My Blog List

Wednesday 6 November 2013

Bil Eletrik Seri Perdana: Pembangkang Nak Bercakap Pasal Kemewahan ? Mari Saya Buktikan Siapa Yang Mewah


Bil Eletrik Seri Perdana: Pembangkang Nak Bercakap Pasal Kemewahan ? Mari Saya Buktikan Siapa Yang Mewah





Sudah menjadi kewajipan pembangkang untuk bertanya soalan di Dewan Rakyat setiap tahun berapakah kos bil eletrik di Kediaman Rasmi Perdana Menteri. Bila dapat jawapan maka mereka akan putar angka-angka yang diberikan untuk tujuan politik dan menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap PM. 

Tahun ini dalam jawapan di Dewan Rakyat, Menteri di JPM, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata kos bil eletrik untuk Kompleks Seri Perdana tahun 2012 adalah RM 2.2 juta. 

Kemudian mereka putar kata kos bil eletrik rumah PM 2 juta setahun. Sedangkan kos yang dinyatakan adalah kos bil eletrik bagi Kompleks Seri Perdana. Dimana dalam kompleks itu selain daripada terdapatnya Kediaman Rasmi PM ianya turut menempatkan pelbagai jenis dewan, bilik mesyuarat dan kediaman kakitangan. Dalam setahun berbagai-bagai jenis majlis yang diadakan di Kompleks tersebut. Bukan setakat itu sahaja, Seri Perdana juga dibuka untuk lawatan orang ramai dan pelancong. Sudah tentu untuk semua tujuan itu ianya menggunakan eleterik. Tak logik pula nak biarkan pelawat melawat Seri Perdana dalam keadaan gelap dan panas kerana lampu dan penghawa dingin dipadamkan. Lihat di sini

Mungkin ramai tidak tahu bahawa PM dan keluarga tidak terlalu mendiami Kediaman Rasmi berkenaan. Beliau banyak mendiami kediaman peribadinya di Jalan Duta. Mengikut satu sumber yang saya rujuk, dalam sebulan, 10 hari pun tak sampai PM tinggal di Seri Perdana. 

Kita tak perlu nak hairan berapa juta pun kerajaan bayar bil eletrik. Kepada siapa kerajaan bayar ? Sudah tentu kepada TNB...dan TNB itu syarikat mana ? Syarikat dari Amerika dan pekerja-pekerjanya orang asing ke ? Sudah tentu semuanya dari Malaysia. Jadi apa masalahnya Kerajaan Malaysia keluar duit mereka bayar kepada syarikat Malaysia ? Tidakkah itu akan membantu merancakkan lagi ekonomi ? 

Cuba kita bayangkan apa akan jadi kepada ekonomi negara jika kerajaan potong segala kos, tidak buat projek dan semua nak dibuat sendiri ? Tidakkah itu akan membantutkan ekonomi negara ? Bagaimana peniaga nak berniaga dan bagaimana rakyat nak bekerja. 

Di Selangor sendiri Anwar Ibrahim pun berkelahi dengan Khalid Ibrahim kerana katanya Khalid tidak membelanjakan wang, sebaliknya menyimpan wang sampai 2-3 bilion. 

Puak-puak sebelah sana cuba nak timbulkan persepsi kononnya PM seorang yang mewah, membazir wang rakyat dan sebagainya. Manakala mereka pula low profile atau zuhud, memahami keperitan dan kesusahan rakyat. 

Saya bagi contoh yang mudah sahaja di bawah ini....

Ini adalah Kenderaan Rasmi PM Malaysia. Proton Perdana buatan Malaysia. Inilah kereta yang digunakan oleh seorang PM yang mampu menjana hasil pendapatan negara lebih RM 200 bilion setahun. Inilah kereta yang digunakan PM yang kerajaannya mampu memberi pelbagai subsidi dan BR1M kepada rakyat. 


Manakala ini pula adalah Kenderaan Rasmi MB Kelantan. Inilah kereta yang digunakan oleh seorang MB yang hanya mampu menjana pendapatan negeri RM 500 juta setahun. Inilah kereta yang digunakan MB yang meminjam wang RM 600 juta daripada Kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan masalah air di negeri Kelantan. Inilah kereta yang digunakan MB yang kerajaannya mengutip wang daripada rakyat untuk membina lebuhraya. 

Lagi nak bercakap pasal kemewahan ???

Lagi nak bercakap pasal pembaziran ???

No comments:

Post a Comment