My Blog List

Thursday 21 November 2013

Berkat Berkawan Dengan Syaitan, Pas Pun Dah Pandai Main Chai



Dalam Malaysia ini tidak ada parti-parti politik yang ahli-ahli mereka setia kepada parti, sayang parti, patuh pada perintah parti dan pemimpin, hormat pada arahan parti dan hormat arahan pemimpin, melainkan ahli-ahli parti Pas.

Itu tidak ada siapa yang boleh pertikai....sikap taksub dan sayang pada parti dan pemimpin dikalangan ahli-ahli Pas lain macam. Sebab itu ahli Pas mudah ditipu pemimpin mereka. Pemimpin kata beri derma, mereka pun berilah habis duit gaji. Pemimpin kata bukan saya yang pegang spender crocodile putih dan itu fitnah Umno. Maka bergeraklah ahli-ahli ke seluruh pelusuk negara membawa cerita bahawa video spender putih adalah fitnah Umno.

Dulu kita tidak akan boleh dengar orang Pas burukkan orang Pas, samada musim biasa atau musim pemilihan parti. Dulu kita tidak akan dengar orang Pas berebut nak jadi calon atau berebut nak jawatan. Dulu di hari pemilihan kita tidak akan dengar atau melihat chai-chai diedarkan di hari pemilihan Pas. Dulu kita tidak akan dengar orang Pas belasah presiden mereka. Jangan kata belasah, jentik atau cuit pun tak.

Tetapi kini tidak lagi....semua itu sudah terpahat dalam lipatan sejarah. Pas kini tidak seperti Pas dulu. Pas kini semenjak berkawan dengan syaitan seperti yang diakui Nik Aziz dulu telah berubah 180 darjah.

Jika dulu Pas hanya untuk islam sahaja, kini Pas For All. Kristian, hindu, buddha atau yang tidak ada agama pun kini boleh bersama Pas.

Kini kita boleh lihat bagaimana orang Pas meroyan apabila tidak dapat jawatan. Lihat apa yang terjadi di Kelantan selepas PRU 13 yang lepas. Tidak ada lagi perjuangan menegakkan islam atau perjuangan fisabillillah seperti dulu. Perjuangan kini adalah perjuangan merebut jawatan.

Kini Presiden Pas boleh dibelasah sesuka hati oleh orang-orang mereka sendiri. Lihat apa yang terjadi dalam kes kerusi Dun Kota Damansara selepas PRU 13 yang lepas.

Kini ulama dalam Pas menjadi bahan kutukan dan cacian dalam Pas kerana mempertahankan matlamat perjuangan Pas sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Kini kempen pemilihan Pas dicemari dengan kutuk-mengutuk dan memburuk-burukkan sesama mereka. Mat Sabu sendiri akui pemilihan Pas kali ini adalah yang paling teruk.

Kini dihari pemilihan Pas chai-chai mula bertebaran dikalangan perwakilan agar memilih calon-calon tertentu sebagai pemimpin.

Semuanya kerana apa ?

Tidak lain tidak kerana mulut sendiri dan kerana doa sendiri....

Allah Maha Kaya...di dunia lagi Allah dah bayar tunai satu persatu kepada golongan munafik seperti Pas.

Gambar dibawah menunjukkan chai-chai yang diedarkan sempena pemilihan Pemuda Pas yang berjalan hari ini. Berita lanjut boleh baca di sini




Hancur Umno

Hancur BN

Doa makan diri...Pas kini sedang menuju kehancuran....

Tanjung Pagar rapat ke pagar wehhhhhhhh.....

No comments:

Post a Comment