My Blog List

Thursday 7 November 2013

DATUK SERI NOH OMAR PERLU JELASKAN PERKARA INI SEBELUM ISU INI MEMBESAR



Thursday, November 7, 2013

Datuk Seri Noh Omar Perlu Jelaskan Perkara Ini Sebelum Isu Membesar


Isu berhubung tindakan Datuk Seri Noh Omar membatalkan Mesyuarat Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Sepang telah beberapa minggu diperkatakan di negeri Selangor. Jika tidak dikendalikan betul-betul perkara ini boleh mendatangkan masalah kepada Umno.

Semalam saya turut menerima satu emel daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang ahli Umno di Bahagian Sepang. Juga menceritakan masalah yang sama dan disertakan dengan bukti-bukti yang saya kira ada asasnya.

Emel berkenaan bukan dihantar kepada saya seorang, turut dihantar kepada blogger-blogger lain. Blog MIK ada menyiarkan emel berkenaan semalam. Sila baca di sini

Bukan semalam baru saya tahu perkara ini. Dah hampir dua minggu saya mendengarnya. Dan saya yakin orang lain pun ada mendengarnya juga.

Walaupun dah berminggu-minggu perkara ini diperkatakan, namun begitu Datuk Seri Noh Omar selaku orang yang terlibat sehingga kini tidak menjawab perkara berkenaan. Apabila tidak jawab atau tidak jelaskan, maka semakin banyak spekulasi atau berita-berita yang tidak enak didengar bertebaran.

Inilah masalah yang kita selalu hadapi sejak dulu. Penyakit susah atau payah nak menjawab sesuatu  perkara atau isu yang timbul. Ada kalanya sehingga isu sudah jadi lunyai dikerjakan musuh atau pihak lain barulah kita terhegeh-hegeh nak menjawab.

Memandangkan kes di Sepang ini dah menjadi bualan umum dan bahan di media cyber, Datuk Seri Noh perlu tampil dan jawab, atau jelaskan apa perkara yang sebenar disebalik tindakannya itu. Jangan biar nasi sudah jadi bubur baru nak jawab.

Antara perkara yang menjadi bualan dan lawak jenaka di media cyber sekarang ini adalah seperti berikut,

1-Datuk Seri Noh tidak mempunyai kuasa membatalkan Mesyuarat Pemuda dan Puteri Sepang.

2-Fasal 14.4.3 yang digunakan untuk menghalang wakil Pemuda dan Puteri menghadiri mesyuarat bahagian, adakah betul ? Ini kerana menurut menurut Perlembagaan Umno fasal berkenaan adalah untuk Ketua Cawangan Umno.





Perkara ini kena jawab sebab ianya bukan sahaja melibatkan kredibiliti Umno, malah turut melibatkan kredibiliti Datuk Seri Noh sendiri. Beliau akan dilihat sebagai seorang Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang lemah kerana tidak tahu atau tidak faham Perlembagaan Umno. Sekarang di facebook banyak yang mengutuk Datuk Seri Noh. Ada yang kata beliau tidak cerdik, beliau gila kuasa dan sebagainya. Sebab itu perlu untuk Datuk Seri Noh menjawab perkara ini. Beliau mungkin ada asas atau alasan atau hujahnya yang tersendiri disebalik penggunaan fasal 14.4.3 itu. Kita (blogger-blogger) nak tolong jawab pun kita tak tahu apa jawapan yang sebenar.

Pilihanraya dah selesai, pemilihan Umno pun dah selesai. Sekarang kita dah masuk fasa baru. Jadi bukalah episod baru. Tinggalkan penyakit lama, iaitu penyakit malas menjawab, tak payah jawab, tak payah layan dan sebagainya kepada isu yang timbul. Makin lama kita biar ianya makin membesar. Jangan biar nasi dah jadi bubur dan bubur pun dah basi. Bila basi tempatnya dalam tong sampah. Maklumlah zaman sekarang teknologi semakin menggila dan semua orang ada teknologi yang gila itu dalam poket masing-masing...

No comments:

Post a Comment