My Blog List

Monday 18 November 2013

                            DAP = ALONG berpolitik....?????






   KUALA LUMPUR 18 Nov. - DAP telah memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut di Sarawak iaitu Fong Pau Teck (gambar), demikian diumumkan oleh Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.
Kok Wai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan Fong yang banyak kali mengingkari arahan parti.
"Kegagalan Pau Teck untuk membayar sumbangan bulanan yang mandatori kepada parti dan juga kegagalan menyelesaikan tunggakan hasil kenaikan dalam elaun bagi anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak, merupakan satu tindakan membelakangkan arahan parti," katanya.
Dengan itu, Kok Wai berkata, jawatankuasa itu mendapati Pau Teck adalah contoh tidak baik bagi parti dan tidak boleh dimaafkan dan dengan itu jawatankuasa disiplin sebulat suara memutuskan untuk memecat beliau daripada parti.
Pau Teck diberi 14 hari untuk merayu secara rasmi terhadap keputusan parti itu.
Jika rayuannya ditolak, bilangan wakil DAP di Dewan Undangan Negeri itu akan berkurang daripada 12 kepada 11. DAP juga memenangi enam kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sebelum itu, pada September, ADUN DAP bagi Luyang di Sabah, Hiew King Cheu meninggalkan parti dan meneruskan sebagai wakil bebas kerana tidak sebulu dengan pemimpin-pemimpin lain DAP di negeri itu.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, pemecatan Pau Teck perlu dilakukan bagi membuktikan parti itu tegas dalam soal disiplin ahlinya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata, kegagalan Pau Teck membayar sumbangan bulanan kepada parti merupakan perkara serius yang tidak pernah berlaku dalam sejarah DAP.
Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan komen Pau Teck gagal apabila beliau menerusi khidmat pesanan ringkas hanya membalas 'no comment'.


Read more: http://www.puake.net/#ixzz2l3t8rbwl

No comments:

Post a Comment