My Blog List

Saturday 9 November 2013

Kaedah Khas Pemilihan Pas 2013: Hari Ini Pas Telan Balik Kahak Hijau Mereka dan Ludah Atas Muka Sendiri


Pas sering memomokkan rakyat Malaysia bahawa mereka berjuang di jalan Allah. Mereka tidak gila kuasa dan tidak gila jawatan. Mereka sering membandingkan mereka dengan Umno. Mereka tidak gila kuasa, tidak gila jawatan, tetapi mereka gila otak sebab itu memfitnah dan mengkafirkan orang sesuka hati. Memfitnah dan mengkafirkan orang lain itu untuk apa jika bukan kerana nak kuasa dan jawatan ? 

Sekarang ini musim pemilihan Pas. Inilah masa terbaik untuk kita semua melihat bagaimana pemimpin Pas gila kuasa berebut-rebut jawatan. Sebelum ini Mat Sabu pernah berkata kempen pemilihan kali ini adalah yang paling teruk berdasarkan 35 tahun pengalamannya dalam Pas. Lihat disini.

Siapa Mat Sabu ini ? Orang Umno ke ? 

Sudah tentu bukan...dia adalah Timbalan Presiden Pas. Dia sendiri yang sahkan kempen pemilihan Pas itu buruk. Lagi orang Pas nak kata mereka tidak gila kuasa atau gila jawatan sepertimana yang mereka tuduh terhadap Umno selama ini ? 

Pas beritahu kita mereka parti Islam....parti yang memperjuangkan agama Allah. Rujukan mereka adalah Al Quran. Parti mereka dipimpin oleh golongan alim ulama, ustaz , tok guru dan yang sewaktunya. 

Betul ke ? 

Tak betul !

Jika Pas benar-benar parti yang mengamalkan ajaran islam, ikhlas berjuang di jalan Allah dan pemimpin mereka yang dikatakan alim ulama, ustaz, tok guru dan sebagainya, maka tidak akan berlaku sebarang pertandingan dalam pemilihan jawatan Pas. Semuanya akan dipilih melalui kaedah perundingan atau musyawarah. Betullah perlembagaan parti mereka menetapkan ada pemilihan, tetapi jika semua mereka mempunyai sekeping hati yang suci untuk berjuang di jalan Allah mereka boleh selesaikan semua itu melalui kaedah musyawarah. 

Namun itu tidak berlaku. Kenapa ?

Tidak lain tidak bukan kerana pemimpin Pas alim macamana sekali pun mereka tetap bernafsu dan gila jawatan. Sama sahaja seperti parti-parti lain. Islam...islam...islam...yang dilaungkan mereka selama ini hanyalah semata-mata alat untuk kepentingan politik mereka. Sebab itu daripada dulu saya sering guna istilah Pas melacurkan agama untuk kepentingan politik mereka. Kasihan penyokong-penyokong Pas. Bila pemimpin baca ayat-ayat Quran bahawa sesiapa yang menyumbang untuk jalan Allah maka akan diberikan ganjaran yang besar. Disambut dengan takbir dan diiringi dengan selawat maka berjalanlah kantung-kantung untuk mengutip wang daripada penyokong. Kononnya menderma ke jalan Allah. Padahal tiada bezanya antara pemimpin mereka dengan pemimpin Umno, MCA, MIC, DAP atau parti-parti lain yang mereka kutuk selama ini.


Dari satu sudut jika kita fikir betul-betul, sebenarnya Anwar Ibrahim jauh lebih mulia jika kita nak bandingkan dengan pemimpin-pemimpin Pas, walaupun Anwar itu seorang peliwat. Anwar sampai hari ini tidak berani bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak meliwat Saiful. Dia tak berani bersumpah dan tidak berani mempermainkan atau memperdagangkan nama Allah untuk kepentingan politik dia. Sebab dia tahu dia salah. Pas pula tanpa segan silu atau rasa bersalah terus menerus melacurkan agama dan nama Allah untuk kepentingan politik mereka. Pemimpin besar mereka dah terang-terang dengan spender putihnya yang semua orang tahu apa yang dibuatnya. Tetapi Pas sampai hari ini pun tanpa segan silu menjual mereka memperjuangkan islam. Jika betul perjuangkan islam pecat dulu Stopa Ali. Jangan tipu orang ramai dan diri sendiri kononnya itu semua tipu dan sebagainya. Pada diri sendiri dan pada parti sendiri pun kamu tak jujur bagaimana kamu nak jujur kepada rakyat Malaysia? Lagi nak bercakap pasal islam. 

Berbalik kepada kisah pemilihan Pas....

Hari ini Pas sendiri membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin mereka semuanya bernafsu dan semuanya gila jawatan. Laporan dari media rasmi Pas sendiri yang mengesahkan perkara ini.

No comments:

Post a Comment