My Blog List

Saturday, 23 November 2013

Wanita Indonesia Buat Laporan Polis Dipukul dan Dirogol Oleh Pemandu YB Wanita


Mengikut maklumat yang diterima dan saya yakin kesahihannya, malam tadi di Cheras telah berlaku satu kes pukul dan rogol secara bergilir yang dilakukan oleh seorang pemandu kepada seorang YB wanita yang mewakili satu parlimen di Lembah Klang. 

Saya tidak mahu menyebut nama YB berkenaan disini. Saya yakin anda akan tahu dengan sendirinya dalam masa terdekat.

Kejadian tersebut melibatkan seorang pembantu rumah wanita warga Indonesia. Difahamkan wanita tersebut telah diselamatkan oleh orang ramai dan telah dibawa ke sebuah Balai Polis dalam Daerah  Cheras untuk membuat laporan polis. 

Selain dirogol, paspot, wang tunai, dan telefon bimbit wanita berkenaan juga turut diambil oleh perogol. 

Tidak mustahil kes ini sekali lagi akan menimbulkan perbalahan dalam hubungan Malaysia-Indonesia. 

Kita tunggu episod selanjutnya....

Bagaimana kau nak perjuangkan nasib wanita di Malaysia jika orang yang bekerja dengan kau sendiri pun mengkhianati wanita ?

BONGKAR !!! #RED BEAN ARMY #RBA ALIH ISU PENGUNDI BANGLA......



anda lihat gambar di atas,kerana malu dan nak tutup penipuan mereka,mereka nak tutup pula isu pengundi bangla.padahal mereka yang mulakan dulu termasuk anwar ibrahim.sungguh keji perbuatan mereka.lepas ni salahkan UMNO yang mulakan dulu.tiada bukti UMNO jugak kena !!!

Thursday, 21 November 2013

Berkat Berkawan Dengan Syaitan, Pas Pun Dah Pandai Main Chai



Dalam Malaysia ini tidak ada parti-parti politik yang ahli-ahli mereka setia kepada parti, sayang parti, patuh pada perintah parti dan pemimpin, hormat pada arahan parti dan hormat arahan pemimpin, melainkan ahli-ahli parti Pas.

Itu tidak ada siapa yang boleh pertikai....sikap taksub dan sayang pada parti dan pemimpin dikalangan ahli-ahli Pas lain macam. Sebab itu ahli Pas mudah ditipu pemimpin mereka. Pemimpin kata beri derma, mereka pun berilah habis duit gaji. Pemimpin kata bukan saya yang pegang spender crocodile putih dan itu fitnah Umno. Maka bergeraklah ahli-ahli ke seluruh pelusuk negara membawa cerita bahawa video spender putih adalah fitnah Umno.

Dulu kita tidak akan boleh dengar orang Pas burukkan orang Pas, samada musim biasa atau musim pemilihan parti. Dulu kita tidak akan dengar orang Pas berebut nak jadi calon atau berebut nak jawatan. Dulu di hari pemilihan kita tidak akan dengar atau melihat chai-chai diedarkan di hari pemilihan Pas. Dulu kita tidak akan dengar orang Pas belasah presiden mereka. Jangan kata belasah, jentik atau cuit pun tak.

Tetapi kini tidak lagi....semua itu sudah terpahat dalam lipatan sejarah. Pas kini tidak seperti Pas dulu. Pas kini semenjak berkawan dengan syaitan seperti yang diakui Nik Aziz dulu telah berubah 180 darjah.

Jika dulu Pas hanya untuk islam sahaja, kini Pas For All. Kristian, hindu, buddha atau yang tidak ada agama pun kini boleh bersama Pas.

Kini kita boleh lihat bagaimana orang Pas meroyan apabila tidak dapat jawatan. Lihat apa yang terjadi di Kelantan selepas PRU 13 yang lepas. Tidak ada lagi perjuangan menegakkan islam atau perjuangan fisabillillah seperti dulu. Perjuangan kini adalah perjuangan merebut jawatan.

Kini Presiden Pas boleh dibelasah sesuka hati oleh orang-orang mereka sendiri. Lihat apa yang terjadi dalam kes kerusi Dun Kota Damansara selepas PRU 13 yang lepas.

Kini ulama dalam Pas menjadi bahan kutukan dan cacian dalam Pas kerana mempertahankan matlamat perjuangan Pas sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Kini kempen pemilihan Pas dicemari dengan kutuk-mengutuk dan memburuk-burukkan sesama mereka. Mat Sabu sendiri akui pemilihan Pas kali ini adalah yang paling teruk.

Kini dihari pemilihan Pas chai-chai mula bertebaran dikalangan perwakilan agar memilih calon-calon tertentu sebagai pemimpin.

Semuanya kerana apa ?

Tidak lain tidak kerana mulut sendiri dan kerana doa sendiri....

Allah Maha Kaya...di dunia lagi Allah dah bayar tunai satu persatu kepada golongan munafik seperti Pas.

Gambar dibawah menunjukkan chai-chai yang diedarkan sempena pemilihan Pemuda Pas yang berjalan hari ini. Berita lanjut boleh baca di sini




Hancur Umno

Hancur BN

Doa makan diri...Pas kini sedang menuju kehancuran....

Tanjung Pagar rapat ke pagar wehhhhhhhh.....

Tuesday, 19 November 2013

Kereta Lebih 12 Tahun: Baca Betul-Betul dan Fahami Apa Yang Diperkatakan Oleh Timbalan Menteri Pengangkutan




Sejak semalam kecoh dilaman-laman cyber mengutuk, menghentam dan membelasah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berhubung kenyataannya tentang kereta yang berusia 12 tahun ke atas tidak selamat berada di atas jalan raya. 

Jika pembangkang yang hentam, yang kutuk atau yang belasah kita tak perlu nak hairan, kerana itu memang tugas mereka untuk putar belitkan sebarang kenyataan daripada pemimpin BN. Yang agak pelik dan hairan sikit bila media-media cyber pro BN sendiri yang turut sama membelasah beliau. 

Kenapa perlu kita nak belasah beliau ? 

Yang membelasah beliau itu dah baca habis ke apa kenyataan atau ayat yang keluar dari mulut Timbalan Menteri Pengangkutan itu ? 

Baca bagi habis dulu, perhatikan setiap patah perkataan dan fahami betul-betul. Jangan kerana dengar cerita pembangkang, dan kita pun baca secara rawak sahaja, ambil perkataan bahagian kepala dan ambil perkataan bahagian ekor, kemudian turut sama belasah. 

Berikut adalah kenyataan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang disiarkan oleh Berita Harian,
SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan telitisebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di sini hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baharu.

Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

Boleh tunjukkan kepada saya bahagian mana dalam berita diatas yang beliau katakan kereta berusia 12 tahun ke atas tidak dibenarkan berada diatas jalan raya ? 

Terang-terang beliau berkata JPJ selaku agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan PERLU MEMBUAT PERTIMBANGAN TELITI sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan. Keputusan perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. 

Maknanya, beliau meminta JPJ membuat pertimbangan yang betul-betul teliti sebelum buat keputusan dan keputusan perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. Jangan biarkan rakyat terus susah hati atau bimbang dengan kereta mereka yang berusia lebih 12 tahun. Jika selamat kata selamat, jika tak selamat kata tidak selamat dan apa hujahnya....


Kesimpulannya Timbalan Menteri berkenaan pun boleh dikatakan tidak gembira dengan cadangan Miros. Sebab itu beliau minta JPJ buat pertimbangan, buat kajian atau buat pemeriksaan betul-betul terlebih dulu terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Miros, kerana cadangan itu secara kasarnya dilihat tidak logik. Beliau dah kata pada asasnya itu satu penemuan yang baharu. Maknanya perlukan kajian yang lebih mendalam. Bukannya terus menguatkuasakan apa yang dicadangkan oleh Miros. 

Timbalan Menteri berkenaan pun ada rakyat juga di kawasan yang beliau wakili. Jangan ingat beliau pun suka-suka sahaja nak buat keputusan yang boleh mendatangkan impak buruk yang teruk kepada kerajaan dan kepada beliau sendiri. 

Dulu pun pernah timbul cadangan agar kenderaan-kenderaan yang lanjut usia menjalani pemeriksaan di Puspakom untuk memastikan tahap keselamatan sesebuah kenderaan. Namun perkara tersebut dibantah oleh orang ramai dan cadangan tersebut terkubur begitu sahaja. 

Kita kena baca betul-betul dulu apa yang beliau perkatakan. Jangan kita pula yang teruja dengan gendang yang dipalukan oleh pembangkang dan kita menari ikut rentak mereka. Kalau begitu seronoklah mereka...

Dalam kes ini kita kenalah ada belas kasihan sikit kepada Timbalan Menteri Pengangkutan. Jangan main belasah beliau dan samakan beliau dengan raja lawak Pas, Mahfuz Omar. Beliau tak kata pun yang kerajaan nak haramkan kereta berusia 12 tahun di jalan raya. Beliau hanya minta JPJ buat pertimbangan teliti terhadap cadangan pihak Miros...

Monday, 18 November 2013

                            DAP = ALONG berpolitik....?????






   KUALA LUMPUR 18 Nov. - DAP telah memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut di Sarawak iaitu Fong Pau Teck (gambar), demikian diumumkan oleh Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.
Kok Wai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan Fong yang banyak kali mengingkari arahan parti.
"Kegagalan Pau Teck untuk membayar sumbangan bulanan yang mandatori kepada parti dan juga kegagalan menyelesaikan tunggakan hasil kenaikan dalam elaun bagi anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak, merupakan satu tindakan membelakangkan arahan parti," katanya.
Dengan itu, Kok Wai berkata, jawatankuasa itu mendapati Pau Teck adalah contoh tidak baik bagi parti dan tidak boleh dimaafkan dan dengan itu jawatankuasa disiplin sebulat suara memutuskan untuk memecat beliau daripada parti.
Pau Teck diberi 14 hari untuk merayu secara rasmi terhadap keputusan parti itu.
Jika rayuannya ditolak, bilangan wakil DAP di Dewan Undangan Negeri itu akan berkurang daripada 12 kepada 11. DAP juga memenangi enam kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sebelum itu, pada September, ADUN DAP bagi Luyang di Sabah, Hiew King Cheu meninggalkan parti dan meneruskan sebagai wakil bebas kerana tidak sebulu dengan pemimpin-pemimpin lain DAP di negeri itu.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, pemecatan Pau Teck perlu dilakukan bagi membuktikan parti itu tegas dalam soal disiplin ahlinya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata, kegagalan Pau Teck membayar sumbangan bulanan kepada parti merupakan perkara serius yang tidak pernah berlaku dalam sejarah DAP.
Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan komen Pau Teck gagal apabila beliau menerusi khidmat pesanan ringkas hanya membalas 'no comment'.


Read more: http://www.puake.net/#ixzz2l3t8rbwl

Sunday, 17 November 2013

KANTOI !!! WAYANG ANWAR IBRAHIM KONONNYA RAPAT DENGAN YUSUF AL-QARDAWI DIDEDAHKAN 



Wayang sudah mula.Siapa akan kina tipu lagi.Picayalah,bila mereka post ini gambat pasti meleka plan sesuatu punya.Ini dua olang sama saja.Wa talak picaya punya ini dua olang.Macam mana ulama boleh kawan sama ini gay.Sudah bilapa kali meleka jumpa.Ini qaradawi talak nasihat sama ini anwar ka.? Dia hantam bontot ma.Patut in qaradawi kasi nasihat sama ini anwar. 


Bukan kawan sama dia.Wa rasa lepas ini misti anwar ala bikin satu plan baik punya.Lu kasi tengok ha.. Al-qaradawy post itu gambar jam 4:42 PM waktu Malaysia.Anwar pula post sejam selepas itu pada pukul 5:38 PM.Dia memang sudah tunggu punya.Ini plan ma.Wayang sudah mula.Kasi ready apa magic ini dua olang mau bikin. ha ha ha.. -Sebastian Phiu

NAK LIHAT GAMBAR SEBENAR ???



BONGKAR !!! CEC DAP TIDAK SAH !!! KENAPA NAK ADAKAN KONVENSYEN ??? WAJIB BACA



DAP dijadualkan mengadakan Konvensyen di peringkat negeri pada bulan hadapan.Mengikut perlembagaan parti di bawah Fasal 15(6),konvensyen yang dijadualkan di semua negeri itu hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).Bagaimanapun,DAP dijangka terpaksa menangguh konvensyen tersebut memandangkan parti itu masih mempunyai masalah dengan perlantikan CEC.Ini berikutan aduan yang dibuat kepada ROS oleh ahli seumur Hidup DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang,Goh Swee Huat mengenai pemilihan semula pada 29 September lalu yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan.Swee Huat menyatakan bahawa aduan tersebut dibuat bagi mewakili ramai ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan tindakan kepimpinan pusat mengabaikan perlembagaan parti.Apa yang kita tahu ialah Pemilihan CEC DAP hanya melibatkan pengiraan sebanyak lebih kurang 2,000 undi.Pun begitu,DAP dilihat begitu sukar untuk menguruskannya.Sejak pemilihan awal pada Disember lalu,DAP terus mengalami pertikaian. 

Pertamanya kerana keputusan pemilihan tidak memperlihatkan gambaran parti berbagai bangsa seperti yang dilaungkan kerana selain bangsa Cina,bangsa lain langsung tidak terpilih memegang jawatan tinggi.Justeru,DAP telah mengumumkan pengiraan semula undi atas alasan kesilapan komputer.Namun,masalah tetap timbul apabila didapati seramai 753 perwakilan yang majoritinya dari bangsa India telah tidak menerima notis mesyuarat dan tidak dapat membuang undi.Akibatnya,DAP terpaksa membuat pemilihan semula yang mana telah menyaksikan ‘kehilangan’ lebih ramai lagi perwakilan.Walaupun tiada dari perwakilan yang ‘hilang’ itu membuat aduan,tetapi timbul pula aduan yang DAP telah bertindak tanpa mengikut perlembagaan dengan mengadakan pemilihan di dalam Kongres Khas dan bukan Kongres Kebangsaan seperti sepatutnya.Apa yang menarik ialah DAP telah menggunakan kos yang tinggi untuk mengadakan pemilihan semula tersebut di Hotel One World serta menggunakan khidmat konsultan bagi mengira undi. 

Nampaknya,setelah begitu banyak masa dan wang dihabiskan,pemilihan CEC masih juga belum muktamad.Jika perkara semudah ini juga DAP tidak dapat uruskan dengan cekap dan bersih,bagaimana kita mengharapkan DAP dapat menguruskan negara dengan cekap dan bersih juga ??? Seperti biasa,DAP cuba mengambil sikap degil dengan mengabaikan aduan ahli dan juga siasatan ROS.Parti itu dilihat cuba untuk meneruskan Konvensyen peringkat negeri sepertimana yang dijadualkan.Sudah tentu ini akan mengundang lebih banyak masalah di mana keputusan Konvensyen itu juga nanti tidak boleh digunapakai kerana ia diadakan di bawah pengurusan CEC yang tidak sah.Rakyat kini menunggu sejauh mana DAP ingin berlagak degil seolah-olah mereka mampu mengatasi undang-undang dan perlembagaan.Jika perlembagaan parti pun hendak dilanggar,bagaimana DAP mampu bercakap soal keadilan,kesaksamaan dan ketelusan ??? Terbukti bahawa DAP adalah sebuah parti yang berperwatakan samseng.Tidak hairanlah parti ini sering membela penjenayah dan sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang.Apakah logik kita mengharapkan parti samseng dapaat menjadi kerajaan yang baik ??? Logiknya,tempat samseng ialah di dalam penjara,bukan di atas takhta.