My Blog List

Wednesday 25 September 2013

Tian Chua Gagal Batalkan Pertuduhan Lahad Datu






Tian Chua Gagal Batalkan Pertuduhan Lahad Datu


KUALA LUMPUR 26 Sept- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, gagal membatalkan pertuduhan yang dihadapinya berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu pada 1 Mac lalu. 
 
Tian Chua yang juga ahli Parlimen Batu, menghadapi pertuduhan  di bawah Akta Hasutan 1948 menyebut perkataan menghasut dengan membuat empat kenyataan berhubung isu Lahad Datu.
 
Empat kenyataan itu ialah:
 
* Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;
 
* Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno;
 
* Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan
 
* Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
 
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, Off Jalan Yew, Kuala Lumpur.
 
Sebelum  ini, Tian Chua berhadapan dengan tuduhan kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

No comments:

Post a Comment