My Blog List

Wednesday 25 September 2013

Kapasiti Pelajar Ke IKBN Akan Ditambah










Kapasiti Pelajar Ke IKBN Akan Ditambah





KUALA LUMPUR 26 Sept- Kapasiti kekosongan kemasukan pelajar ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) akan ditambah bagi membantu pelajar sekolah yang gagal melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
 
Menterinya Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini hanya 20 IKBN di seluruh negara yang mampu menampung 10000 tempat dan pihaknya telah melaksanakan pelan pembangunan untuk menambah 5000 lagi kekosongan.
 
"Kita telah keluarkan memo supaya setiap IKBN bergerak dalam kapasati penuh dan melaksanakan sistem dua 'syif' dalam sistem pengajaran dan pembelajaran dan pelaksanaan ini diyakini dapat membantu menambah tempat bagi menampung pelajar yang keluar dari sekolah.
 
"Dengan pelaksanaan sistem ini kita tidak perlu membina sebuah lagi IKBN dan ini semestinya akan menjimatkan kos," katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
 
Khairy menjelaskan, KBS juga telah mengaturkan kerjasama antara IKBN dan beberapa syarikat industri tertentu sebagai langkah mempertingkatkan korikulum pembelajaran di istitut itu.
 
"Salah satu IKBN telah membuat kerjasama dengan petronas untuk pastikan apa yang diajar di IKBN itu terus relevan dengan keperluan industri tempatan itu.
 
"Kita tidak mahu setiap kursus yang diajar hanya digubal oleh pegawai-pegawai pelajaran sahaja dan kita mahu kursus-kursus teknikal dan vokasional ini dibuat oleh industri sendiri supaya ianya seiring dengan keperluan tenaga pakar pada ketika ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment