My Blog List

Wednesday, 8 January 2014

Semoga Kadir Jasin Tidak Menjadi Budak-Budak Yang Tidak Mendapat Gula-Gula


Sewaktu saya menyewa di Kajang dalam pertengahan tahun 90an, saya berjiran dengan keluarga Abang X yang tinggal sebelah rumah saya. Beliau lebih awal tinggal disitu dan rumah itu rumahnya sendiri. 

Keluarga Abang X ini boleh dikatakan sebuah keluarga yang baik dan beriman. Isterinya cukup baik. Isteri saya sentiasa memuji isterinya kerana kebaikkannya itu. Dengan saya tidak pernah bertegur. Jika terjumpa di luar rumah pun dia akan tunduk. Ada kalanya saya pula naik segan. 

Setelah beberapa bulan berjiran, satu hari berlaku kejadian yang memelikkan. Isteri Abang X berjalan-jalan diluar rumah dengan tidak memakai tudung dan mulut terkumat kamit. Kemudian dia naik pula atas buaian dan bermain buai seperti kanak-kanak sambil menyanyi. Saya sungguh pelik melihat kejadian itu. Bila isteri saya pulang, saya ceritakan kejadian itu, dia tidak percaya dan menuduh saya berbohong. 

Keesokan hari dia tidak kelihatan. Selang beberapa hari dia ada balik. Dan keadaannya normal. Seminggu selepas itu dia jadi balik. Dengan tudung tidak mahu ke mana bermain buai sambil menyanyi. Kejadian itu turut dilihat beberapa orang termasuk kanak-kanak. Kebetulan isteri saya berada di rumah. Isteri saya menghampirinya dengan niat hendak menghentikan apa yang dia sedang lakukan. Kemudian isteri saya pula yang dimakinya. Kejadian dilihat oleh anak mereka. 

Pada malamnya Abang X memanggil saya dan meminta maaf diatas kejadianya pada petangnya. Beliau memberitahu saya bahawa isterinya adalah seorang pesakit psikatri. Ohhhh….barulah saya tahu kisah sebenar. Seorang yang baik dan mempunyai akhlak yang tinggi tidak mungkin akan bersikap sedemikian jika tidak ada sesuatu yang tidak kena. 

Selama ini jika bertentang muka dengan saya pun dia tunduk. Tudung tak pernah lekang dikepalanya setiap kali keluar rumah. Mana mungkin dia boleh menyanyi depan saya dengan kepala tidak bertudung selamba ja. Rupa-rupanya ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Itulah sebab dia jadi begitu. 

Saya bukan nak menulis kisah isteri Abang X, tetapi nak menulis kisah bekas Ketua Editor NSTP, Datuk Kadir Jasin. Beliau bukan calang-calang orang. Memulakan kerjaya di Bernama tahun 1969 hinggalah menjadi Ketua Editor NSTP. Menghasilkan bermacam-macam jenis buku. Dijemput menghadiri pelbagai jenis program atau forum sebagai penceramah. Senang cerita, Kadir Jasin ini bukan seorang yang biasa. Dia seorang yang hebat, seorang profesional dan berada pada kelasnya tersendiri. 

Antara blog yang menjadi blog wajib baca bagi saya adalah blog Kadir Jasin. Maklumlah dia otai dalam bidang penulisan. Untuk menjadi seorang penulis yang baik kita kenalah rajin belajar dengan orang-orang lama yang banyak pengalaman. 

Sebagai pelayar tetap blog Kadir Jasin kita boleh tahu cara penulisannya. Senang cerita, kita dah faham. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini tulisan di blog Kadir Jasin agak berbeza atau berlainan sama sekali dengan sebelum ini. Ada kalanya saya tertanya-tanya siapa yang menulis ini ? Adakah Kadir Jasin sendiri atau orang lain ? 

Sukar untuk saya percaya itu tulisan seorang bekas ketua editor, seorang wartawan yang banyak pengalaman, seorang yang profesional dalam bidang penyiaran. Makin lama tulisannya makin menjadi-jadi. Tulisan-tulisannya itu tidak menggambarkan sikap sebenar atau kedudukan Kadir Jasin. Seperti yang saya katakan tentang isteri bekas jiran saya. Bila saya menelaah balik tulisan Kadir Jasin satu persatu kesimpulan yang boleh dibuat adalah, beliau menulis dengan emosi untuk menghentam PM, seolah-olah melepaskan geram yang terpendam. 

Hasil dari bertanya khabar sana sini, difahamkan dia bertindak sedemikian kerana kecewa dan geram dengan PM apabila cubaannya melobi jawatan Pengerusi Media Prima gagal. 

Ohhhhhh…..itu rupa-rupanya. Benarlah telahan saya selama ini bahawa tulisan-tulisannya yang menghentam PM selama ini lebih kepada emosi. 

Jika selama ini saya jauh menyanjungi Kadir Jasin daripada menyanjungi sahabat blogger saya Parpukari dalam soal penulisan. Tetapi kini bagi saya Parpukari jauh lebih baik daripada Kadir Jasin. Segila-gila sahabat saya itu, beliau bukan seorang bekas wartawan kanan, atau bekas ketua editor. Tetapi apabila Kadir Jasin yang cukup gah dan hebat dalam bidang penyiaran dan pemberitaan boleh jadi bodoh seperti hari ini dihujung-hujung usianya, adalah satu penghinaan yang cukup besar kepada dirinya. Dia sendiri yang merendahkan darjatnya. 

Saya tak kata beliau tak boleh kritik PM. Boleh….tetapi dalam masa yang sama dia mesti jaga kedudukannya. Lihat sahaja Dollah Kok Lanas, dia sentiasa juga mengkritik kerajaan dan PM. Tetapi dia ada jalannya yang tersendiri dan dia tahu kedudukkannya. Apabila dia pandai menjaga kedudukkannya membuat orang mendengar atau lebih respek terhadap kritikannya. Sudahlah Datuk…janganlah jadi seperti budak-budak yang tak dapat gula-gula....

Monday, 6 January 2014

"Former Prime Minister" - PEMANDU Mahu Najib Razak Berundur?



Amat memalukan Dato Sri Najib Razak dan ianya menjadi bahan ketawa seluruh dunia.

Keculasan pegawai PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa YAB PM Dato Sri Najib Razak "Former Prime Minister" sememangnya satu keceluparan yang tidak sewajarnya dilakukan. Ini menjadi bahan ketawa seluruh dunia dan juga satu hal yang telah memperlekehkan YAB PM Malaysia dimata pandangan umum.

Saya melihat apa yang dikeluarkan oleh PEMANDU itu sebenarnya merupakan cakap cakap dikalangan mereka pegawai di dalam PEMANDU itu sendiri saban hari. Pernah ada pegawai PEMANDU menyatakan bahawa kepimpinan Dato Sri Najib Razak tidak akan kekal lama kerana Najib Razak akan didesak untuk berundur seperti mana yang Pak Lah Perdana Menteri terdahulu alami. Hari ini ianya menjadi kenyataan dengan status Twitter milik PEMANDU dibawah Menterinya Dato Sri Idris Jala.

Apakah PEMANDU boleh dipercayai setelah apa yang berlaku hari ini? Pada saya Dato Sri Najib Razak perlu mengambil tindakan tegas diatas keculasan Dato Sri Idris Jala dan PEMANDU. Pekara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memecat pegawai PEMANDU yang mengeluarkan kenyataan "Former Prime Minister".

Tindakan kedua yang perlu dilakukan oleh YAB PM adalah dengan melakukan "POST MOTERM" ke atas PEMANDU kerana ianya semakin tidak relevan dengan keadaan Malaysia hari ini. Adalah wajar untuk unit PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala dimansuhkan dan tugas yang dilakukan diserahkan semula kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Saya melihat semakin meningkat gerakan untuk menjatuhkan kreabiliti YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak waktu ini dan ianya dibuktikan dengan keculasan pegawai pegawai sekeliling YAB PM itu sendiri. Omar Ong, Idris Jala, Media PMO semuanya merupakan pekara yang perlu dilakukan Post Moterm oleh YAB PM. Sabotaj dari dalam semakin menjadi jadi dan ini akan berterusan selagi YAB PM sendiri tidak mengambil tindakan drastik dalam pekara ini.

"Pegawai RTM yang menyiarkan suara sewaktu Timbalan Perdana Menteri berucap secara LIVE di PAU sudah diambil tindakan dan dipecat"

"Artis grafik RTM dipecat ekoran salah caption."

Jadi apa pula tindakan kepada mereka yang telah membuat keculasan ke atas YAB PM ini? Mereka ini wajib dipecat dan ianya perlu dilakukan seberapa segera sebelum sabotaj dari dalam bertambah parah....

Sunday, 5 January 2014

Rampasan Bible: Tidak Mustahil Ianya Satu Perancangan



Isu kalimah Allah kembali bergema gara-gara tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 300 naskah bible Bahasa Melayu dan Iban yang menggunakan kalimah Allah dalam kandungannya , dalam satu serbuan di Petaling Jaya minggu lepas. 

JAIS adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Jika di zaman pemerintahan BN di Selangor sebelum 2008, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Datuk Rahman Palil. Selepas PRU 2008, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Datuk Hasan Ali. Tahun 2012 apabila Hasan dipecat daripada Pas, orang yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, yang telah melantik dirinya sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap portfolio agama islam di Selangor. Tahun 2013 pula exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Sallehan Mukhyi, Adun Pas untuk kerusi Sabak. 

Dengan penerangan diatas saya harap semua jelas dan nyata bahawa JAIS adalah sebuah agensi dibawah Kerajaan Selangor, dan tidak ada kena mengena langsung dengan Kerajaan Persekutuan. 

Namun begitu apabila berlaku kes rampasan bible seperti diatas, ada pemimpin-pemimpin pak-khatan rakyat yang tiba-tiba menjadi lembu kenyang yang kebodohan menyalahkan Umno dan Kerajaan Persekutan. Tujuannya untuk mengelirukan orang ramai supaya nampak itu semua salah Umno. 

Lim Kit Siang selaku seorang yang lama dalam politik dan faham selok belok perundangan negara pun turut sama jadi bodoh menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana kehadiran anggota polis semasa JAIS melakukan rampasan. 

Sedangkan polis hadir adalah atas permintaan JAIS. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang sah tidak kira kerajaan negeri mana sekalipun dan diperintah oleh parti mana sekali pun, JAIS berhak meminta bantuan polis untuk melindungi mereka semasa menjalankan tugas. Jangan kata JAIS, orang yang bercerai laki bini pun ada yang bawa polis untuk pergi ambil anak dengan bekas isteri atau bekas suami. 

Mana-mana penguatkuasa bawa atau minta bantuan anggota polis semasa melakukan tugas mereka adalah perkara biasa. Bukan setakat untuk rampas bible, tangkap orang melakukan maksiat pihak penguatkuasa bawa polis juga. 

Pendapat saya selaku orang biasa yang meminati selok belok politik. Tidak mustahil apa yang berlaku di Selangor ini adalah satu perkara yang telah dirancang. Dan tidak mustahil juga dalang utama di sebalik perkara ini adalah DAP. Semuanya berkait dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam tempoh dua tahun lagi...


Pertama, Bagi saya BN sudah pasti mahu menamatkan isu kalimah Allah menjelang PRN Sarawak kerana  tidak mahu sokongan terhadap mereka terjejas. Manakala DAP yang bercita-cita merampas Sarawak sudah pasti mahu isu ini terus panas untuk memberi gambaran Umno dan BN semenanjung menganiaya orang-orang kristian. Mereka (DAP) mahu sentimen ini terus hidup. Kemudian ada pula seorang dua pemimpin BN di Sarawak yang beragama kristian, yang tidak tahan dengan soalan-soalan provokasi wartawan pro pembangkang, terus melatah dan bertindak seperti suara pembangkang. 

Kedua, rampasan itu dilakukan di Pejabat Persatuan Bible Malaysia. Bagaimana JAIS boleh tahu ada bible Bahasa Melayu tersimpan dalam pejabat berkenaan ? Dan kenapa dengan mudah-mudah sahaja persatuan bible boleh membenarkan JAIS memasuki pejabat mereka serta mencari bible berkenaan ? 

Ketiga, antara bible yang turut sama dirampas adalah bible dalam Bahasa Iban. Kenapa Iban sahaja ? Kenapa tidak ada bible dalam Bahasa Kadazan atau Bahasa Dusun yang turut sama diletakkan disitu supaya dirampas oleh JAIS ? Orang Iban adalah orang negeri mana ? Cukup satu bible Bahasa Iban yang dirampas, ianya sudah boleh dijadikan cerita kepada kaum Iban di seluruh Sarawak bahawa BN mengkhianati agama mereka...


Saya tak kata JAIS bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menjayakan lakonan berkenaan. Mungkin JAIS tidak sedar mereka dijadikan alat untuk permainan politik DAP. Mungkin ada pihak yang telah dipasang untuk menyalurkan maklumat kepada JAIS bahawa ditempat sekian-sekian ada sebanyak sekian-sekian bible Bahasa Melayu dan akan diedarkan kepada orang-orang melayu di sekian tempat. Mungkin pula si pengadu pandai lagi tambah cili supaya nampak pedas dan panas dengan harapan agar JAIS bertindak pantas bagi menghalang bible berkenaan diedarkan. 

Jika kita lihat kebelakangan ini kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dan juga paderi nampak seiringan dan mencabar kita. Begitu juga dengan tindakan mereka di Klang semalam. Semuanya mencabar kita. Mereka mahu kita melatah. Apabila kita melatah mereka yang akan kaut keuntungan. 

Jika dulu kita menyalahkan Menteri Dalam Negeri yang lepas dan menuduh beliau lembab, pondan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan menteri sekarang? Sebelum pemilihan Umno beliau begitu garang dan tegas sehingga hampir menyapu bersih undi setiap bahagian. Kini, apa dah jadi terhadap menteri tersebut ? Sudah hampir seminggu isu ini berlarutan tetapi belum nampak sebarang ketegasan lagi daripada beliau terhadap pihak-pihak yang memprovok dan juga tuduhan anggota polis terlibat dengan rampasan terbabit. 

Yang paling mustahak adalah isu kalimah Allah ini perlu diselesaikan segera. Kerana ianya mampu membawa kepada pergaduhan agama yang lebih besar. Apabila berlaku pergaduhan antara agama ianya boleh membawa kepada seribu satu masalah termasuklah keselamatan rakyat serta kemerosotan ekonomi negara. Tolonglah Menteri Dalam Negeri. Saya merindui ketegasan kamu sebelum ini. Atasilah masalah ini dengan segera. Bertindaklah setegas mungkin demi untuk keselamatan rakyat dan negara...

Thursday, 2 January 2014

Najib Razak Syok Sendiri Bila Terus Ditipu Pegawai Pejabat Perdana Menteri




Sapa yang advise pada PM bahawa rakyat beri maklum balas positif tentang 11 langkah pengurangan kos belanja yang diumumkan kerajaan? Malam ni keluar pulak berita TV3 kod apa yang PM ulas di FB. Apa tak sedar ke komen komen semua sejak pengumuman 11 langkah ni 80% rakyat kutuk pelaksanaan tersebut? Pemimpin dan ahli UMNO dan Bn sendiri pun jelek dengan 11 langkah itu dan boleh lihat luahan mereka tu semua.

Pegawai PMO bantu ke tidak bagi penjelasan yang sebenar kepada PM keluhan rakyat dibawah? PM masih lagi syok sendiri akibat pegawai PMO tidak melaporkan pekara yang sebenar. Siapa yang bagi cadangan pada PM untuk buat kenyataan ni? Ada sabotaj ke dari dalam PMO untuk menjatuhkan kreabiliti PM Dato Sri Najib? 

Rakyat kat bawah memperli 11 langkah yang diumumkan tempoh hari. 11 langkah yang diumumkan PM tempoh hari mendatangkan mual kepada rakyat kerana bukan itu yang rakyat mahukan sebaliknya isu poket mereka yang mereka mahu dengar.  Apakah PM dimomokkan oleh pegawai PMO sehingga tidak mengetahui luahan rakyat yang sebenar dibawah ini?

Tolong lah PM kita tu, tolong bagi nasihat dan suara rakyat dibawah yang sebenar. Jangan tipu PM kita. Bantu PM dengan menyatakan pekara sebenar bukannya membohong dan ambil culas isu rakyat.Cukup cukup guna angka 11 tu nak bodek PM. Pak Lah dulu pasal angka 13 lah tersungkur. Rakyat dah taknak terima benda benda merepek ni. Rakyat nak PM cakap apa yang PM dah janjikan.

"Kami mendengar masaalah anda tentang kos sara hidup" - Najib Razak kempen PRU13.

Saya yakin ada yang cuba sabotaj PM dari dalam agar rakyat semakin meluat dengan kepimpinan YAB PM Dato Sri Najib Razak sepertimana yang berlaku kepada PM terdahulu Pak Lah. Tranformasi perlu segera dilakukan PM dalam pekara ini bermula daripada pejabat Perdana Menteri terlebih dahulu....

Tuesday, 31 December 2013

Sambutan Ambang Tahun Baru dibatalkan, peserta perhimpunan rempuh pentas utama




KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta.
Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan.
Peserta perhimpunan sebelum itu bertindak membaling botol minuman ke arah penyanyi yang sedang membuat persembahan sambil melaungkan slogan reformasi.
Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram....

Friday, 27 December 2013

Keculasan Pegawai Atasan PDRM Menjadi Barua Chauvenist Beri Kesan Kepada Anggota Pangkat Rendah



Maruah pihak Polis semakin lama semakin dipijak pijak oleh puak puak Chauvenist ini. Semenjak 2008 semakin berani mereka Chauvenist ini bertindak biadap ke atas pasukan keselamatan terutamanya pihak PDRM. Gambar diatas merupakan kejadian yang terbaru berlaku di Pulau Pinang pada malam perayaan Krismas. Kenderaan Polis dijadikan mangsa oleh Chauvenist ini sehingga melakukan kerosakkan keatas kenderaan pasukan keselamatan itu.

Saya melihat kebiadapan ini semakin menjadi jadi dan pasukan Polis menjadi sasaran puak puak Chauvenist ini. Mengapa ini berlaku berulang ulang?

Tidak dinafikan pihak Polis sendiri juga perlu dipersalahkan kerana tidak mencerminkan peranan sebagai penguatkuasa undang undang. Sudah acap kali mereka Chauvenist ini melakukan kebiadapan dan sehingga ke hari ini yang kita ketahui hanyalah tangkapan dan pendakwaan dilakukan dan tidak ada susulan dari kejadian kejadian yang berlaku.

Saya amat mengharapkan agar pihak PDRM lebih drastik dalam menyedarkan puak puak Chauvenist ini. Tindakan wajar yang perlu dilakukan oleh PDRM bagi menyedarkan puak puak Chauvenist ini adalah tidak menjadi barua kepada mereka terutamanya ketua ketua perniagaan haram. Pihak kepimpinan PDRM di Bukit Aman mengetahui setiap kejadian yang berlaku ini dan adalah kewajipan mereka untuk menghentikannya agar anggota dan pegawai dibawahan tidak menjadi mangsa kebiadapan puak puak Chauvenist ini.

PDRM seharusnya sedar dengan menjadikan diri mereka barua kepada tauke tauke Cina perniagaan haram ini ianya membuatkan Chauvenist besar kepala dan tidka hormat kepada PDRM itu sendiri. Maruah PDRM dipijak pijak oleh Chauvenist ini hasil daripada kepimpinan PDRM diatas yang sanggup menggadaikan diri menjadi barua Chauvenist haram...

lihat link di bawah...

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=FObFWSJLons

Pegawai dan anggota dibawah yang menerima kesan dari apa yang telah digadaikan oleh kepimpinan atasan PDRM.


Wednesday, 25 December 2013

Pas Tidak Akan Sertai Perhimpunan Guling Kerajaan...Betul ke???




PAS menolak sebarang agenda mengguling Kerajaan Persekutuan dengan menganjurkan perhimpunan pada 31 Disember ini.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, PAS akan terus mengamalkan sistem demokrasi menerusi proses pilihan raya sebagai platform pengambilalihan kuasa pemerintahan di Negara ini.

“Kalau demokrasi negara kita tidak sempurna, kita akan tuntut dan lawan sampai ia menjadi agak sempurna.

"Kita tidak memilih jalan untuk mengguling kerajaan. Kalau parti politik macam PAS pun tidak pernah terfikir nak mengguling kerajaan luar daripada pilihan raya, apatah lagi pelajar.

“Kita bertegas nak ambil alih kuasa melalui proses pilihan raya dan demokrasi. Walaupun demokrasi yang berjalan tidak sempurna, kita akan perjuangkan supaya ia dapat menjadi lebih baik," katanya pada ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks PAS Pokok Sena, di sini baru-baru ini...


Mohamad Sabu merujuk kepada maklumat mengenai penganjuran perhimpunan pada 31 Disember ini yang bertujuan mengguling Kerajaan Barisan Nasional (BN) susulan isu kenaikan beberapa harga barang bermula tahun hadapan.

Sebelum ini, beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap laman sosial Facebook yang menghasut rakyat untuk hadir dan menyebarkan maklumat akan menggunakan bom pada Perhimpunan tersebut....