My Blog List

Friday 6 December 2013

Ketua Menteri Melaka Dato Sri Idris Haron Perlu Muhasabah Diri





Agak kecewa sedikit dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka Dato Sri Idris Haron apabila menyatakan sedia untuk memberi kemaafan kepada pengundi Cina.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata bersedia untuk memaafkan masyarakat Cina di jika benar kekalahan beberapa kerusi di Melaka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disebabkan kerana tiada sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN).

"Kalau benar kemerosotan sokongan kepada BN boleh dituding jari kepada rakan kita yang berketurunan Cina, saya dengan hati terbuka memaafkan mereka dan ingin menganjurkan supaya marilah bersama-sama saya untuk kembali ke pangkal jalan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi pembangunan yang lebih kukuh. 
"Jadi di peringkat negeri Melaka, saya dengan rela hati jika mereka (pengundi Cina) mahukan kemaafan... saya akan berikan, yang lebih penting adalah ayuh bersama-sama kembali bersama BN. Marilah kita satukan pemikiran, hati dan tindakan kita untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih cemerlang ,"

lihat sini.........
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=sLR7H37W9cg

Saya sememangnya tidak bersetuju sekali dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka ini kerana kita semua tahu bahawa pengundi Cina pada Pilihanraya ke 13 yang lepas telah membuktikan bahawa mereka amat Rasis sama sekali. Malah di negeri Melaka sekalipun pola pengundian kaum Cina telah membuktikan bahawa bukan kepimpinan Dato Sri Najib Razak yang mereka mahukan tetapi adalah kuasa mentadbir negara yang menjadi idaman mereka puak puak Cina Chauvenist ini.

Adalah tidak masuk akal dan pastinya kenyataan Ketua Menteri Melaka ini ditertawakan oleh kaum Cina. Ketua Menteri Melaka sendiri pada awal pentadbirannya selaku Ketua Menteri bercakap soal puak puak Cina ini yang mahukan kuasa. Malah bekas Ketua Menteri Melaka yang terdahulu Dato Sri Ali Rustam juga turut melabelkan puak Cina sebagai mereka yang lupa diri dan pengkhianat.

Untuk apa kita Melayu dan Bumiputera yang kuat ini mahu terhegeh hegeh memberikan kemaafan buat mereka? Malah sehingga ke hari ini kaum Cina belum lagi menginsafi perbuatan mereka dan mereka masih lagi melakukan penghinaan demi penghinaan kepada orang Melayu dalam agenda mereka. Apakah semua itu Ketua Menteri Melaka tidak nampak?

Saya mengharapkan Ketua Menteri Melaka berpijak dibumi yang nyata dan terima hakikat bahawa kita hanya perlu fokus kepada pengundi Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu. Kepada pengundi Cina ini kita perlu biarkan kerana mereka sendiri yang memilih DAP dan Pakatan Rakyat. Tugas UMNO adalah fokus kepada Melayu dan Bumiputera dan jangan sesekali memberikan kelebihan lagi buat puak puak Cina Chauvenist ini.

UMNO perlu muhasabah diri, agenda bantu Melayu dan Bumiputera menjadi keutamaan pada kali ini kerana anda semua berkuasa ditampuk pentadbiran adalah kerana undi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. 

No comments:

Post a Comment