My Blog List

Sunday, 5 January 2014

Rampasan Bible: Tidak Mustahil Ianya Satu Perancangan



Isu kalimah Allah kembali bergema gara-gara tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 300 naskah bible Bahasa Melayu dan Iban yang menggunakan kalimah Allah dalam kandungannya , dalam satu serbuan di Petaling Jaya minggu lepas. 

JAIS adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Jika di zaman pemerintahan BN di Selangor sebelum 2008, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Datuk Rahman Palil. Selepas PRU 2008, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Datuk Hasan Ali. Tahun 2012 apabila Hasan dipecat daripada Pas, orang yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, yang telah melantik dirinya sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap portfolio agama islam di Selangor. Tahun 2013 pula exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Sallehan Mukhyi, Adun Pas untuk kerusi Sabak. 

Dengan penerangan diatas saya harap semua jelas dan nyata bahawa JAIS adalah sebuah agensi dibawah Kerajaan Selangor, dan tidak ada kena mengena langsung dengan Kerajaan Persekutuan. 

Namun begitu apabila berlaku kes rampasan bible seperti diatas, ada pemimpin-pemimpin pak-khatan rakyat yang tiba-tiba menjadi lembu kenyang yang kebodohan menyalahkan Umno dan Kerajaan Persekutan. Tujuannya untuk mengelirukan orang ramai supaya nampak itu semua salah Umno. 

Lim Kit Siang selaku seorang yang lama dalam politik dan faham selok belok perundangan negara pun turut sama jadi bodoh menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana kehadiran anggota polis semasa JAIS melakukan rampasan. 

Sedangkan polis hadir adalah atas permintaan JAIS. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang sah tidak kira kerajaan negeri mana sekalipun dan diperintah oleh parti mana sekali pun, JAIS berhak meminta bantuan polis untuk melindungi mereka semasa menjalankan tugas. Jangan kata JAIS, orang yang bercerai laki bini pun ada yang bawa polis untuk pergi ambil anak dengan bekas isteri atau bekas suami. 

Mana-mana penguatkuasa bawa atau minta bantuan anggota polis semasa melakukan tugas mereka adalah perkara biasa. Bukan setakat untuk rampas bible, tangkap orang melakukan maksiat pihak penguatkuasa bawa polis juga. 

Pendapat saya selaku orang biasa yang meminati selok belok politik. Tidak mustahil apa yang berlaku di Selangor ini adalah satu perkara yang telah dirancang. Dan tidak mustahil juga dalang utama di sebalik perkara ini adalah DAP. Semuanya berkait dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam tempoh dua tahun lagi...


Pertama, Bagi saya BN sudah pasti mahu menamatkan isu kalimah Allah menjelang PRN Sarawak kerana  tidak mahu sokongan terhadap mereka terjejas. Manakala DAP yang bercita-cita merampas Sarawak sudah pasti mahu isu ini terus panas untuk memberi gambaran Umno dan BN semenanjung menganiaya orang-orang kristian. Mereka (DAP) mahu sentimen ini terus hidup. Kemudian ada pula seorang dua pemimpin BN di Sarawak yang beragama kristian, yang tidak tahan dengan soalan-soalan provokasi wartawan pro pembangkang, terus melatah dan bertindak seperti suara pembangkang. 

Kedua, rampasan itu dilakukan di Pejabat Persatuan Bible Malaysia. Bagaimana JAIS boleh tahu ada bible Bahasa Melayu tersimpan dalam pejabat berkenaan ? Dan kenapa dengan mudah-mudah sahaja persatuan bible boleh membenarkan JAIS memasuki pejabat mereka serta mencari bible berkenaan ? 

Ketiga, antara bible yang turut sama dirampas adalah bible dalam Bahasa Iban. Kenapa Iban sahaja ? Kenapa tidak ada bible dalam Bahasa Kadazan atau Bahasa Dusun yang turut sama diletakkan disitu supaya dirampas oleh JAIS ? Orang Iban adalah orang negeri mana ? Cukup satu bible Bahasa Iban yang dirampas, ianya sudah boleh dijadikan cerita kepada kaum Iban di seluruh Sarawak bahawa BN mengkhianati agama mereka...


Saya tak kata JAIS bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menjayakan lakonan berkenaan. Mungkin JAIS tidak sedar mereka dijadikan alat untuk permainan politik DAP. Mungkin ada pihak yang telah dipasang untuk menyalurkan maklumat kepada JAIS bahawa ditempat sekian-sekian ada sebanyak sekian-sekian bible Bahasa Melayu dan akan diedarkan kepada orang-orang melayu di sekian tempat. Mungkin pula si pengadu pandai lagi tambah cili supaya nampak pedas dan panas dengan harapan agar JAIS bertindak pantas bagi menghalang bible berkenaan diedarkan. 

Jika kita lihat kebelakangan ini kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dan juga paderi nampak seiringan dan mencabar kita. Begitu juga dengan tindakan mereka di Klang semalam. Semuanya mencabar kita. Mereka mahu kita melatah. Apabila kita melatah mereka yang akan kaut keuntungan. 

Jika dulu kita menyalahkan Menteri Dalam Negeri yang lepas dan menuduh beliau lembab, pondan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan menteri sekarang? Sebelum pemilihan Umno beliau begitu garang dan tegas sehingga hampir menyapu bersih undi setiap bahagian. Kini, apa dah jadi terhadap menteri tersebut ? Sudah hampir seminggu isu ini berlarutan tetapi belum nampak sebarang ketegasan lagi daripada beliau terhadap pihak-pihak yang memprovok dan juga tuduhan anggota polis terlibat dengan rampasan terbabit. 

Yang paling mustahak adalah isu kalimah Allah ini perlu diselesaikan segera. Kerana ianya mampu membawa kepada pergaduhan agama yang lebih besar. Apabila berlaku pergaduhan antara agama ianya boleh membawa kepada seribu satu masalah termasuklah keselamatan rakyat serta kemerosotan ekonomi negara. Tolonglah Menteri Dalam Negeri. Saya merindui ketegasan kamu sebelum ini. Atasilah masalah ini dengan segera. Bertindaklah setegas mungkin demi untuk keselamatan rakyat dan negara...

No comments:

Post a Comment