My Blog List

Tuesday 26 November 2013

Kerajaan Diminta Bertindak - Remaja Melayu Jadikan KK Mart Lubuk Utama Mendapatkan Minuman Keras...



Sudah lama sebenarnya saya mahu mengulas mengenai penjualan minuman keras secara terbuka yang semakin menjadi jadi di Malaysia ini. Penjualan minuman keras yang pada pendapat saya amat merugikan negara kerana dengan penjualan minuman keras yang meluas telah merosakkan minda anak muda yang ada hari ini. Setakat ini belum ada lagi desakan dari mana mana pihak akan pekara ini melainkan hanya berlagu didalam media sosial sama ada di facebook dan juga Twiiter dan itupun datangnya dari luahan perseorangan.

Saya nak merujuk kenyataan dibawah ini:

Kerajaan disaran supaya mengkaji semula kewujudan kedai dan restoran 24 jam dalam usaha menangani masalah obesiti dan membendung peningkatan kes jenayah di negara ini.
Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Sulaiman Abdul Manan berkata, kajian itu perlu meliputi aspek sosial masyarakat, keselamatan dan kesihatan.
"Perkara ini kita kena adakan satu kajian. Kenapa harus kita mengadakan kedai 24 jam ini? Kalau kita lihat di luar negara tak ada pun kedai makan 24 jam, yang ada pun mungkin 7Eleven. Jadi kerajaan kena teliti semula," 

Bagaimana Obesti mendapat tempat oleh pegawai kerajaan berbanding penjualan minuman keras yang secara terbuka dan semakin menjadi jadi waktu ini? Adakah kedai makan yang beroperasi 24 jam lebih mendatangkan kerosakkan pada tubuh badan berbanding kedai yang menjual minuman keras 24 jam sehari?

Dulu kita dapat lihat penjualan minuman keras melalui kedai serbaneka 7 Eleven yang wujud diseluruh kawasan. Kini KK Super Mart lebih hebat dalam penjualan minuman keras apabila bukan sahaja menjadi pesaing kepada 7 Eleven dalam penjualan minuman keras malah turut menjual pelbagai jenis minuman keras yang bermula dari harga RM 5 ringgit kepada yang bernilai RM 100 Ringgit ke atas.

Pemerhatian saya di 7 Eleven mendapati peremis berkenaan hanya menjual minuman keras jenis Beer dan tidak menjual arak jenis lain. Namun di KK Super Mart minuman keras yang dijual bukan sahaja Beer malah segala jenis macam Whiskey, Vodka dan lain lain turut dijual kepada pelanggan nya. 24 Jam kita dapat lihat premis KK Super Mart dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat sama ada Warganegara mahupun warga asing yang membeli minuman keras berkenaan...


Lebih malang lagi sejak wujudnya KK Super Mart yang menjual minuman Keras ini mengakibatkan lebih ramai anak anak muda membeli minuman tersebut. Puncanya kerana ianya beroperasi 24 jam tanpa limit dalam menjual minuman keras. Dan juga kerana jenis minuman keras yang dijual mempunyai pelbagai jenama sama ada pembeli boleh memilih untuk yang murah, sederhana ataupun mahal.

Remaja yang tidak mempunyai poket yang tebal sudah pastinya memilih untuk membeli Whiskey yang murah kerana ikut dari pengalaman saya sendiri minuman keras  murah ini hanya berharga RM 5 ke RM 15 sahaja bagi sebotol dan ianya lebih tinggi tahap khayal berbanding minuman keras jenis Beer. Malah minuman keras yang murah dijual di KK Super Mart ini paling laris dibeli oleh golongan muda.


Bohong jika saya katakan anak muda terutamanya anak Melayu tidak membeli minuman keras di KK Mart ini. Saya rasa anda semua mempunyai pengalaman melihat anak Melayu membeli minuman keras di KK Super Mart ini. Malah saya yakin anda juga pernah melihat KK Super Mart menjual minuman keras kepada anak Melayu. Semenjak kewujudan KK Super Mart anak anak muda lebih mudah untuk mendapatkan minuman keras tanpa mengira waktu kerana KK Super Mart menyediakan minuman keras 24 jam sehari.

Apakah pihak kerajaan Malaysia sedar pekara ini? Adakah kementerian yang bertanggungjawap tahu pekara ini? Adakah kita semua terus mahu menutup mata dengan apa yang berlaku? Tindakan sewajarnya perlu dilakukan dalam memberhentikan penjualan minuman keras di semua premis KK Super Mart seluruh negara.

Gesa Premis KK Super Mart Hentikan Penjualan Minuman Keras!

"Yang jual Cina,
Yang Mabok Melayu,
Yang Untung Cina,
Yang Rugi Melayu"

KANTOI !!! #MUKTAMARPAS59 !!! PENGARUH HEAVY METAL MELANDA PAS !!! VIDEO INSIDE !!!




tu dia.1 lagi kejadian di Muktamar PAS didedahkan.dulu bukan main lagi bantah konsert terutama metallica dan sebagainya kononnya melalaikan.sekarang dah terkena batang hidung sendiri.apa cerita ni ??? lain kali jangan tuduh orang lain macam-macam.sekarang lihat sendiri apa dah jadi




LIHAT VIDEO DI BAWAH










Sunday 24 November 2013

KANTOI !!! #MUKTAMARPAS59 !!! ZUL HAZMI BANTAI PAS KAW-KAW !!! AMIK UBAT 




tu dia... amik ubat.lain kali jangan pertikai kerja SPR.kan dah kena batang hidung sendiri.takkan tak boleh handle 1000 lebih kot.sampai naib presiden pun nak baru diumumkan smalam.ada macam yang tak kena jerr ??? malas nak ulas panjang-panjang.lain kali lihat dulu parti sendiri sebelum kritik parti lain atau SPR

Saturday 23 November 2013

Wanita Indonesia Buat Laporan Polis Dipukul dan Dirogol Oleh Pemandu YB Wanita


Mengikut maklumat yang diterima dan saya yakin kesahihannya, malam tadi di Cheras telah berlaku satu kes pukul dan rogol secara bergilir yang dilakukan oleh seorang pemandu kepada seorang YB wanita yang mewakili satu parlimen di Lembah Klang. 

Saya tidak mahu menyebut nama YB berkenaan disini. Saya yakin anda akan tahu dengan sendirinya dalam masa terdekat.

Kejadian tersebut melibatkan seorang pembantu rumah wanita warga Indonesia. Difahamkan wanita tersebut telah diselamatkan oleh orang ramai dan telah dibawa ke sebuah Balai Polis dalam Daerah  Cheras untuk membuat laporan polis. 

Selain dirogol, paspot, wang tunai, dan telefon bimbit wanita berkenaan juga turut diambil oleh perogol. 

Tidak mustahil kes ini sekali lagi akan menimbulkan perbalahan dalam hubungan Malaysia-Indonesia. 

Kita tunggu episod selanjutnya....

Bagaimana kau nak perjuangkan nasib wanita di Malaysia jika orang yang bekerja dengan kau sendiri pun mengkhianati wanita ?

BONGKAR !!! #RED BEAN ARMY #RBA ALIH ISU PENGUNDI BANGLA......



anda lihat gambar di atas,kerana malu dan nak tutup penipuan mereka,mereka nak tutup pula isu pengundi bangla.padahal mereka yang mulakan dulu termasuk anwar ibrahim.sungguh keji perbuatan mereka.lepas ni salahkan UMNO yang mulakan dulu.tiada bukti UMNO jugak kena !!!

Thursday 21 November 2013

Berkat Berkawan Dengan Syaitan, Pas Pun Dah Pandai Main Chai



Dalam Malaysia ini tidak ada parti-parti politik yang ahli-ahli mereka setia kepada parti, sayang parti, patuh pada perintah parti dan pemimpin, hormat pada arahan parti dan hormat arahan pemimpin, melainkan ahli-ahli parti Pas.

Itu tidak ada siapa yang boleh pertikai....sikap taksub dan sayang pada parti dan pemimpin dikalangan ahli-ahli Pas lain macam. Sebab itu ahli Pas mudah ditipu pemimpin mereka. Pemimpin kata beri derma, mereka pun berilah habis duit gaji. Pemimpin kata bukan saya yang pegang spender crocodile putih dan itu fitnah Umno. Maka bergeraklah ahli-ahli ke seluruh pelusuk negara membawa cerita bahawa video spender putih adalah fitnah Umno.

Dulu kita tidak akan boleh dengar orang Pas burukkan orang Pas, samada musim biasa atau musim pemilihan parti. Dulu kita tidak akan dengar orang Pas berebut nak jadi calon atau berebut nak jawatan. Dulu di hari pemilihan kita tidak akan dengar atau melihat chai-chai diedarkan di hari pemilihan Pas. Dulu kita tidak akan dengar orang Pas belasah presiden mereka. Jangan kata belasah, jentik atau cuit pun tak.

Tetapi kini tidak lagi....semua itu sudah terpahat dalam lipatan sejarah. Pas kini tidak seperti Pas dulu. Pas kini semenjak berkawan dengan syaitan seperti yang diakui Nik Aziz dulu telah berubah 180 darjah.

Jika dulu Pas hanya untuk islam sahaja, kini Pas For All. Kristian, hindu, buddha atau yang tidak ada agama pun kini boleh bersama Pas.

Kini kita boleh lihat bagaimana orang Pas meroyan apabila tidak dapat jawatan. Lihat apa yang terjadi di Kelantan selepas PRU 13 yang lepas. Tidak ada lagi perjuangan menegakkan islam atau perjuangan fisabillillah seperti dulu. Perjuangan kini adalah perjuangan merebut jawatan.

Kini Presiden Pas boleh dibelasah sesuka hati oleh orang-orang mereka sendiri. Lihat apa yang terjadi dalam kes kerusi Dun Kota Damansara selepas PRU 13 yang lepas.

Kini ulama dalam Pas menjadi bahan kutukan dan cacian dalam Pas kerana mempertahankan matlamat perjuangan Pas sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Kini kempen pemilihan Pas dicemari dengan kutuk-mengutuk dan memburuk-burukkan sesama mereka. Mat Sabu sendiri akui pemilihan Pas kali ini adalah yang paling teruk.

Kini dihari pemilihan Pas chai-chai mula bertebaran dikalangan perwakilan agar memilih calon-calon tertentu sebagai pemimpin.

Semuanya kerana apa ?

Tidak lain tidak kerana mulut sendiri dan kerana doa sendiri....

Allah Maha Kaya...di dunia lagi Allah dah bayar tunai satu persatu kepada golongan munafik seperti Pas.

Gambar dibawah menunjukkan chai-chai yang diedarkan sempena pemilihan Pemuda Pas yang berjalan hari ini. Berita lanjut boleh baca di sini




Hancur Umno

Hancur BN

Doa makan diri...Pas kini sedang menuju kehancuran....

Tanjung Pagar rapat ke pagar wehhhhhhhh.....

Tuesday 19 November 2013

Kereta Lebih 12 Tahun: Baca Betul-Betul dan Fahami Apa Yang Diperkatakan Oleh Timbalan Menteri Pengangkutan




Sejak semalam kecoh dilaman-laman cyber mengutuk, menghentam dan membelasah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berhubung kenyataannya tentang kereta yang berusia 12 tahun ke atas tidak selamat berada di atas jalan raya. 

Jika pembangkang yang hentam, yang kutuk atau yang belasah kita tak perlu nak hairan, kerana itu memang tugas mereka untuk putar belitkan sebarang kenyataan daripada pemimpin BN. Yang agak pelik dan hairan sikit bila media-media cyber pro BN sendiri yang turut sama membelasah beliau. 

Kenapa perlu kita nak belasah beliau ? 

Yang membelasah beliau itu dah baca habis ke apa kenyataan atau ayat yang keluar dari mulut Timbalan Menteri Pengangkutan itu ? 

Baca bagi habis dulu, perhatikan setiap patah perkataan dan fahami betul-betul. Jangan kerana dengar cerita pembangkang, dan kita pun baca secara rawak sahaja, ambil perkataan bahagian kepala dan ambil perkataan bahagian ekor, kemudian turut sama belasah. 

Berikut adalah kenyataan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang disiarkan oleh Berita Harian,
SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan telitisebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di sini hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baharu.

Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

Boleh tunjukkan kepada saya bahagian mana dalam berita diatas yang beliau katakan kereta berusia 12 tahun ke atas tidak dibenarkan berada diatas jalan raya ? 

Terang-terang beliau berkata JPJ selaku agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan PERLU MEMBUAT PERTIMBANGAN TELITI sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan. Keputusan perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. 

Maknanya, beliau meminta JPJ membuat pertimbangan yang betul-betul teliti sebelum buat keputusan dan keputusan perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. Jangan biarkan rakyat terus susah hati atau bimbang dengan kereta mereka yang berusia lebih 12 tahun. Jika selamat kata selamat, jika tak selamat kata tidak selamat dan apa hujahnya....


Kesimpulannya Timbalan Menteri berkenaan pun boleh dikatakan tidak gembira dengan cadangan Miros. Sebab itu beliau minta JPJ buat pertimbangan, buat kajian atau buat pemeriksaan betul-betul terlebih dulu terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Miros, kerana cadangan itu secara kasarnya dilihat tidak logik. Beliau dah kata pada asasnya itu satu penemuan yang baharu. Maknanya perlukan kajian yang lebih mendalam. Bukannya terus menguatkuasakan apa yang dicadangkan oleh Miros. 

Timbalan Menteri berkenaan pun ada rakyat juga di kawasan yang beliau wakili. Jangan ingat beliau pun suka-suka sahaja nak buat keputusan yang boleh mendatangkan impak buruk yang teruk kepada kerajaan dan kepada beliau sendiri. 

Dulu pun pernah timbul cadangan agar kenderaan-kenderaan yang lanjut usia menjalani pemeriksaan di Puspakom untuk memastikan tahap keselamatan sesebuah kenderaan. Namun perkara tersebut dibantah oleh orang ramai dan cadangan tersebut terkubur begitu sahaja. 

Kita kena baca betul-betul dulu apa yang beliau perkatakan. Jangan kita pula yang teruja dengan gendang yang dipalukan oleh pembangkang dan kita menari ikut rentak mereka. Kalau begitu seronoklah mereka...

Dalam kes ini kita kenalah ada belas kasihan sikit kepada Timbalan Menteri Pengangkutan. Jangan main belasah beliau dan samakan beliau dengan raja lawak Pas, Mahfuz Omar. Beliau tak kata pun yang kerajaan nak haramkan kereta berusia 12 tahun di jalan raya. Beliau hanya minta JPJ buat pertimbangan teliti terhadap cadangan pihak Miros...

Monday 18 November 2013

                            DAP = ALONG berpolitik....?????






   KUALA LUMPUR 18 Nov. - DAP telah memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut di Sarawak iaitu Fong Pau Teck (gambar), demikian diumumkan oleh Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.
Kok Wai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan Fong yang banyak kali mengingkari arahan parti.
"Kegagalan Pau Teck untuk membayar sumbangan bulanan yang mandatori kepada parti dan juga kegagalan menyelesaikan tunggakan hasil kenaikan dalam elaun bagi anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak, merupakan satu tindakan membelakangkan arahan parti," katanya.
Dengan itu, Kok Wai berkata, jawatankuasa itu mendapati Pau Teck adalah contoh tidak baik bagi parti dan tidak boleh dimaafkan dan dengan itu jawatankuasa disiplin sebulat suara memutuskan untuk memecat beliau daripada parti.
Pau Teck diberi 14 hari untuk merayu secara rasmi terhadap keputusan parti itu.
Jika rayuannya ditolak, bilangan wakil DAP di Dewan Undangan Negeri itu akan berkurang daripada 12 kepada 11. DAP juga memenangi enam kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sebelum itu, pada September, ADUN DAP bagi Luyang di Sabah, Hiew King Cheu meninggalkan parti dan meneruskan sebagai wakil bebas kerana tidak sebulu dengan pemimpin-pemimpin lain DAP di negeri itu.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, pemecatan Pau Teck perlu dilakukan bagi membuktikan parti itu tegas dalam soal disiplin ahlinya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata, kegagalan Pau Teck membayar sumbangan bulanan kepada parti merupakan perkara serius yang tidak pernah berlaku dalam sejarah DAP.
Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan komen Pau Teck gagal apabila beliau menerusi khidmat pesanan ringkas hanya membalas 'no comment'.


Read more: http://www.puake.net/#ixzz2l3t8rbwl

Sunday 17 November 2013

KANTOI !!! WAYANG ANWAR IBRAHIM KONONNYA RAPAT DENGAN YUSUF AL-QARDAWI DIDEDAHKAN 



Wayang sudah mula.Siapa akan kina tipu lagi.Picayalah,bila mereka post ini gambat pasti meleka plan sesuatu punya.Ini dua olang sama saja.Wa talak picaya punya ini dua olang.Macam mana ulama boleh kawan sama ini gay.Sudah bilapa kali meleka jumpa.Ini qaradawi talak nasihat sama ini anwar ka.? Dia hantam bontot ma.Patut in qaradawi kasi nasihat sama ini anwar. 


Bukan kawan sama dia.Wa rasa lepas ini misti anwar ala bikin satu plan baik punya.Lu kasi tengok ha.. Al-qaradawy post itu gambar jam 4:42 PM waktu Malaysia.Anwar pula post sejam selepas itu pada pukul 5:38 PM.Dia memang sudah tunggu punya.Ini plan ma.Wayang sudah mula.Kasi ready apa magic ini dua olang mau bikin. ha ha ha.. -Sebastian Phiu

NAK LIHAT GAMBAR SEBENAR ???



BONGKAR !!! CEC DAP TIDAK SAH !!! KENAPA NAK ADAKAN KONVENSYEN ??? WAJIB BACA



DAP dijadualkan mengadakan Konvensyen di peringkat negeri pada bulan hadapan.Mengikut perlembagaan parti di bawah Fasal 15(6),konvensyen yang dijadualkan di semua negeri itu hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).Bagaimanapun,DAP dijangka terpaksa menangguh konvensyen tersebut memandangkan parti itu masih mempunyai masalah dengan perlantikan CEC.Ini berikutan aduan yang dibuat kepada ROS oleh ahli seumur Hidup DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang,Goh Swee Huat mengenai pemilihan semula pada 29 September lalu yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan.Swee Huat menyatakan bahawa aduan tersebut dibuat bagi mewakili ramai ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan tindakan kepimpinan pusat mengabaikan perlembagaan parti.Apa yang kita tahu ialah Pemilihan CEC DAP hanya melibatkan pengiraan sebanyak lebih kurang 2,000 undi.Pun begitu,DAP dilihat begitu sukar untuk menguruskannya.Sejak pemilihan awal pada Disember lalu,DAP terus mengalami pertikaian. 

Pertamanya kerana keputusan pemilihan tidak memperlihatkan gambaran parti berbagai bangsa seperti yang dilaungkan kerana selain bangsa Cina,bangsa lain langsung tidak terpilih memegang jawatan tinggi.Justeru,DAP telah mengumumkan pengiraan semula undi atas alasan kesilapan komputer.Namun,masalah tetap timbul apabila didapati seramai 753 perwakilan yang majoritinya dari bangsa India telah tidak menerima notis mesyuarat dan tidak dapat membuang undi.Akibatnya,DAP terpaksa membuat pemilihan semula yang mana telah menyaksikan ‘kehilangan’ lebih ramai lagi perwakilan.Walaupun tiada dari perwakilan yang ‘hilang’ itu membuat aduan,tetapi timbul pula aduan yang DAP telah bertindak tanpa mengikut perlembagaan dengan mengadakan pemilihan di dalam Kongres Khas dan bukan Kongres Kebangsaan seperti sepatutnya.Apa yang menarik ialah DAP telah menggunakan kos yang tinggi untuk mengadakan pemilihan semula tersebut di Hotel One World serta menggunakan khidmat konsultan bagi mengira undi. 

Nampaknya,setelah begitu banyak masa dan wang dihabiskan,pemilihan CEC masih juga belum muktamad.Jika perkara semudah ini juga DAP tidak dapat uruskan dengan cekap dan bersih,bagaimana kita mengharapkan DAP dapat menguruskan negara dengan cekap dan bersih juga ??? Seperti biasa,DAP cuba mengambil sikap degil dengan mengabaikan aduan ahli dan juga siasatan ROS.Parti itu dilihat cuba untuk meneruskan Konvensyen peringkat negeri sepertimana yang dijadualkan.Sudah tentu ini akan mengundang lebih banyak masalah di mana keputusan Konvensyen itu juga nanti tidak boleh digunapakai kerana ia diadakan di bawah pengurusan CEC yang tidak sah.Rakyat kini menunggu sejauh mana DAP ingin berlagak degil seolah-olah mereka mampu mengatasi undang-undang dan perlembagaan.Jika perlembagaan parti pun hendak dilanggar,bagaimana DAP mampu bercakap soal keadilan,kesaksamaan dan ketelusan ??? Terbukti bahawa DAP adalah sebuah parti yang berperwatakan samseng.Tidak hairanlah parti ini sering membela penjenayah dan sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang.Apakah logik kita mengharapkan parti samseng dapaat menjadi kerajaan yang baik ??? Logiknya,tempat samseng ialah di dalam penjara,bukan di atas takhta.

GST: Dalam Masa Dua Hari Daripada Suatu Jenayah Terus Pusing Menjadi Sistem Cukai Yang Efisyen




Dibawah ini adalah ucapan Anwar Ibrahim pada 28 Oktober 2013.
KUALA LUMPUR - PR akan "lawan" habis-habisan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal bermula pada 1 April 2015.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR akan mengadakan bantahan ke seluruh negara mengenai pelaksanaan GST tersebut. 
Menurutnya, pelaksanaan GST itu adalah suatu jenayah apabila kerajaan masih membiarkan ketirisan dan rasuah terus berlaku sebaliknya membiarkan rakyat menanggung beban. 
"Pelaksanaan GST... kami akan turun membantah di seluruh negara. 
"Ini jenayah.. kami akan lawan habis-habisan," katanya pada perbahasan Bajet 2014, di Dewan Rakyat, hari ini. 

Selepas habis Anwar berucap timbul dakwaan bahawa Anwar pernah terlibat menyokong GST dalam satu ucapannya pada 1993. Menyedari bahawa ucapannya ada itu ada rekod atau rakaman , tiba-tiba dia terus buat kona baring. 

Apa pula yang dia kata semalam ???

GST yang dia labelkan sebagai jenayah dua hari lepas,tiba-tiba dipusingkan menjadi sistem percukaian yang efisyen. 

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen namun beliau menggesa kerajaan mengambilkira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.
“Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.

“Justeru, tak perlu kita apologetik, sekarang pun saya setuju dengan GST. GST memang masih efisyen dan ini telah pun diakui oleh professor dan pakar ekonomi tetapi harus ada prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum GST dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Bilik Taklimat Parlimen pada Rabu.

Keh....keh...keh...keh....

Kua...kua...kua...kua...kua.....

Kih...kih...kih...kih...kih...kih...kih....

Kesian machai-machai, blogger-blogger, facebooker-facebooker pencacai peliwat. Susah payah hentam Najib pasal GST....tiba-tiba Anwar kata GST sistem percukaian yang efisyen. Sumbat muka hangpa dalam tong najislah oiiiii.....

Kesian Hadi Awang berucap tersembur-sembur air liur sampai kering mulut dalam Parlimen dua hari lepas menghentam GST (sini) . Tiba-tiba Anwar kata GST sistem percukaian yang efisyen. 

Daripada dulu lagi aku dah cakap hangpa, Anwar ini seorang pembawa malapetaka. Dia masuk Umno habis jahanam Umno dengan politik wang dan amalan kronisme. Dia duduk dalam kerajaan negara pun hampir jahanam. Nasib baik Tun Dr M cepat tersedar. Orang yang bijak seperti Tun M pun boleh kena kelentong dengan Anwar. Apalah sangat setakat Haji Awang dan Nik Aziz ? Sekarang Pas pun dah semakin jahanam sejak bersama Anwar. Bagus....bagus....bagus....kita sokong. 

Friday 15 November 2013

Babi Pun Tak Sebodoh Ahli Parlimen DAP dan Malaysiakini



Berikut adalah kenyataan yang ahli parlimen DAP Kluang yang disiarkan Malaysiakini,

DAP: Hukuman mati S'pura diringankan, M'sia bila lagi? 
Malaysia perlu menyaingi Singapura dan mengakui bahawa hukuman mati mandatori untuk penyeludupan dadah amat kejam, menjatuhkan maruah dan tidak berperikemanusiaan, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong. 
Beliau memuji keputusan Mahkamah Tinggi Singapura semalam yang jarang berlaku kerana menggantikan kehidupan anak jati Sabah Yong Vui Kong selepas pindaan diluluskan November lalu, turut berharap Malaysia melakukan perkara yang sama kepada 964 pesalah yang berdepan hukuman mati. 
"Saya menyeru kerajaan Malaysia untuk mencontohi Singapura dan meminda undang-undang membolehkan hukuman mengikut budi bicara dalam kes-kes hukuman mati mandatori dengan tujuan jangka panjang untuk menghapuskan hukuman mati, " kata Liew DAP dalam satu kenyataan.

Yong Vui Kong yang berusia 25 tahun, sebelum ini bertindak sebagai keldai dadah dari Malaysia ke Singapura, hanya menerima hukuman penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan. Kini layak memohon parol pada tahun 2027, setelah berkhidmat 20 tahun di dalam penjara.

Apa punya bangang ni ? Barua DAP ni baru duduk Malaysia hari ini ke ? Orang yang bodoh macam ni pun boleh jadi ahli parlimen. Yang bercakap bodoh....media yang menyiarkan lagi bodoh. Babi pun tidak sebodoh mereka.

Di Malaysia dan berpuluh orang yang mahkamah lepaskan dari hukuman mati kerana kes dadah. Lain kali periksa fakta dulu sebelum bercakap wahai si bodoh....

Berita 1
Menangis terlepas tali gantung 
ALOR SETAR - Seorang penternak lembu bersyukur tidak terkira apabila berpeluang menyambut Aidiladha bersama keluarganya pada kali ini selepas dua tahun terpaksa beraya di penjara apabila dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan memiliki dadah semalam. 
Ahmad Fadzil Hamzah, 34, hanya mampu menekup muka dan menangis kegembiraan sebaik Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membebaskannya daripada tuduhan mengedar ganja, heroin dan morfin pada 5 Ogos 2011. 
Bapa kepada dua anak itu kemudian memeluk ibunya, Siti Doyah Ahmad, 65, yang turut mengalirkan air mata sebaik prosiding mahkamah selesai. 
Kosmo Online
Berita 2
Pemilik restoran terlepas hukuman mati 
PUTRAJAYA 1 Mac - Seorang pemilik restoran terlepas daripada hukuman mati di tali gantung hari ini setelah Mahkamah Rayuan di sini membenarkan rayuannya dengan menggantikan hukuman penjara 15 tahun atas kesalahan memiliki dadah. 
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Richard Malanjum yang mengetuai panel tiga hakim bersama Datuk Hashim Mohamed Yusof dan Datuk S. Augustine Paul memutuskan Cheah Yoon Lim bersalah memiliki dadah dan dihukum penjara 15 tahun serta sebatan 10 kali. 
Dengan keputusan itu, bermakna Yoon Lim terpaksa menjalani hukuman penjara untuk tempoh empat tahun lagi kerana dia telah ditahan enam tahun lalu, iaitu dari tarikh dia ditangkap pada 30 Oktober 1998. 
Utusan Online

Berita 3
Tiga termasuk dua wanita terlepas tali gantung 
KUANTAN: Kehadiran Aidilfitri kali ini mungkin adalah yang paling bererti buat seorang kerani firma guaman dan dua wanita apabila terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar kanabis, dua tahun lalu. 
Keputusan penghakiman yang dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mariana Yahya itu disambut dengan linangan air mata oleh Syed Abdul Halim Syed Samaldin, 42, Rozana Ayob, 37, dan Noor Farahana Md Radzi, 20. 
Keputusan itu turut disambut dengan linangan air mata dan katakata kesyukuran oleh beberapa anggota keluarga tertuduh yang turut berada di galeri awam mahkamah. 
Mstar Online

Berita 4
Warga Nigeria terlepas tali gantung, dipenjara sembilan tahun dan 10 sebatan 
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan 10 sebatan ke atas seorang penjual alat ganti kenderaan warga Nigeria atas kesalahan memiliki 2.5 kg syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang tahun lalu.  
Hakim Datuk Abdul Rahim Uda menjatuhkan hukuman itu di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap selepas Blessings Akanor, 48, mengaku salah di atas pertuduhan pilihan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan pada hari ini.

Lelaki itu dituduh memiliki dadah itu di kawasan tuntutan bagasi di KLIA pada jam 4 petang, 6 Julai 2011.  
Berita Harian Online

Cuba anda semak kat google, berpuluh lagi kes lain yang akan keluar yang mahkamah di negara kita meringankan hukuman dari hukuman gantung ke hukuman penjara berhubung kes dadah. 

Apa punya bodoh...dia boleh tanya bila Malaysia nak ikut Singapura ? Itulah kelas pemimpin-pemimpin pembangkang. Ulang sekali lagi...babi pun tak sebodoh itu...

Wednesday 13 November 2013

Amat Wajar Malaysia Boikot Sukan Sea Mayammar





Sami-sami Buddha Radikal mengadakan perarakan pada hari selasa bagi memprotes lawatan OIC untuk melihat sendiri nasib yang menimpa umat Islam Rohingya. Ini menunjukkan kepada masyarakat dunia sikap mereka yang enggan masyarakat antarabangsa mengetahui kisah penyembelihan keatas umat Islam Rohingya yang dilakukan mereka. 

Boikot sukan Sea Mayanmar 2013


Saya melihat isu ini perlu untuk pihak kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Belia dan Sukan dibawah Menterinya Yb Khairy Jamaluddin untuk membawa kepada Kabinet agar Kontijen Malaysia tidak menyertai Sukan Sea Mayammar 2013.

Mungkin sukan tidak bearti dalam politik ataupun Agama namun selaku Kerajaan Malaysia yang terang terangan merupakan sebuah kerajaan Islam harus dan wajar untuk memboikot sukan Sea Mayammar ini memadangkan Kerajaan Mayammar melalui etnik Buddha nya sehingga ke hari ini melakukan pembunuhan kejam ke atas umat Islam Rohinghya.

Pandangan saya jelas dalam pekara ini memandangkan Malaysia merupakan sebuah kerajaan yang cukup berpengaruh dalam memberikan satu tamparan kepada Kerajaan Junta Tentera Mayammar berhubung pembunuhan ke atas umat Islam Rohinghya....

HOT NEWS !!! PARTI AGAMA !!! NIK AMAR KECAM KARPAL TAPI MAHFUZ PUJI PULAK !!! FUYOOOO



Ramai yang tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Naib Presiden Pas,Mahfuz Omar yang memberikan ucapan terima kasih kepada Pengerusi DAP,Karpal Singh.Lidah rasmi parti itu,Harakah Daily melaporkan kenyataan Mahfuz yang memuji tindakan Karpal menjelaskan isu yang telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin Pas kerana menggesa pendaftaran parti itu dilucutkan.“Beliau tidak menyeru agar Pas dibubarkan pendaftaran. Perkara ini telah diputarbelitkan oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal,” katanya.Kenyataan Mahfuz itu dilihat senada dengan pendirian Penasihat DAP,Lim Kit Siang yang sebelum ini turut menyalahkan media kononnya telah memutarbelitkan kenyataan tersebut.Sedangkan sekiranya diteliti,kenyataan Karpal itu telah dilaporkan oleh media pro pembangkang seperti Malaysia Insider,Meloyakini dan Harakah Daily.Apakah ini bermakna, media pembangkang telah tersilap ‘SPIN’ kerana mengambil pendekatan untuk memutarbelitkan kenyataan Karpal ??? Atau sememangnya ia adalah merupakan pendekatan sebenar mereka yang suka memutarbelitkan isu bagi menipu pembaca ???

Sedangkan sekiranya media pembangkang benar-benar profesional dan berintegriti, mereka sewajarnya mendapatkan penjelasan sebenar Karpal terlebih dahulu sebelum melaporkan berita tersebut.Karpal sebelum ini dilaporkan telah menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan pendaftarannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latar belakang keturunan.Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.Ekoran kenyataan tersebut ramai di kalangan pemimpin Pas dari kumpulan ulama bingkas bangun mempertahankan parti itu dari kecaman Karpal Singh.Antaranya Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib,Ketua Penerangan Pas,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.Yang peliknya,Mahfuz adalah merupakan wakil tunggal kumpulan Liberal yang turut mempertikaikan kenyataan Karpal sebelum ini. 

Mula-mula dia kecam,kemudian selang beberapa hari,dia memuji dan berterima kasih kepada Karpal sambil meletakkan kesalahan tersebut pada orang lain.Hebat bukan ?? Sedangkan sekiranya kita lihat sejarah politik manusia bernama Karpal Singh ini,dia bukannya asing dalam membuat kenyataan yang berbaur perkauman dan sentiasa menyakitkan hari dan perasaan orang Melayu dan Islam.Contohnya dalam tahun tujuh puluhan dahulu, dia pernah menyelar Sultan Selangor dan menjadi ia satu isu yang hangat pada ketika itu.Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah berkata ‘Langkah Mayat Saya,Sekiranya Ingin Mendirikan Negara Islam”.Malah disebabkan sering mengeluarkan kenyataan yang biadab,peguam itu suatu ketika dahulu dikatakan pernah ditampar oleh seorang guru silat.Bagi meredakan kemarahan Pas,Karpal akhirnya terpaksa menggunakan khidmat Kit Siang untuk menjadi posmen bagi menyampaikan pesan kononnya dia tidak pernah bermaksud untuk merujuk kepada Pas bagi menyejukkan hati parti itu. 

Ini kerana,Karpal dan Kit Siang tahu orang Melayu Islam khususnya di dalam Pas akan segera melupakan ketelanjuran mulut celuparnya.Dan yang paling penting,tidak kira apa yang dikatakan,Melayu Islam Pas akan segera lembut hati dan memaafkannya sekiranya ada di kalangan pemimpin parti itu yang membelanya.Kepada pengikut,penyokong dan ahli Pas,sedarlah.Berhentilah dari terus dibodohkan dan tertipu dengan ‘KEIKHLASAN’ Karpal Singh dan DAP.

Saturday 9 November 2013

Kaedah Khas Pemilihan Pas 2013: Hari Ini Pas Telan Balik Kahak Hijau Mereka dan Ludah Atas Muka Sendiri


Pas sering memomokkan rakyat Malaysia bahawa mereka berjuang di jalan Allah. Mereka tidak gila kuasa dan tidak gila jawatan. Mereka sering membandingkan mereka dengan Umno. Mereka tidak gila kuasa, tidak gila jawatan, tetapi mereka gila otak sebab itu memfitnah dan mengkafirkan orang sesuka hati. Memfitnah dan mengkafirkan orang lain itu untuk apa jika bukan kerana nak kuasa dan jawatan ? 

Sekarang ini musim pemilihan Pas. Inilah masa terbaik untuk kita semua melihat bagaimana pemimpin Pas gila kuasa berebut-rebut jawatan. Sebelum ini Mat Sabu pernah berkata kempen pemilihan kali ini adalah yang paling teruk berdasarkan 35 tahun pengalamannya dalam Pas. Lihat disini.

Siapa Mat Sabu ini ? Orang Umno ke ? 

Sudah tentu bukan...dia adalah Timbalan Presiden Pas. Dia sendiri yang sahkan kempen pemilihan Pas itu buruk. Lagi orang Pas nak kata mereka tidak gila kuasa atau gila jawatan sepertimana yang mereka tuduh terhadap Umno selama ini ? 

Pas beritahu kita mereka parti Islam....parti yang memperjuangkan agama Allah. Rujukan mereka adalah Al Quran. Parti mereka dipimpin oleh golongan alim ulama, ustaz , tok guru dan yang sewaktunya. 

Betul ke ? 

Tak betul !

Jika Pas benar-benar parti yang mengamalkan ajaran islam, ikhlas berjuang di jalan Allah dan pemimpin mereka yang dikatakan alim ulama, ustaz, tok guru dan sebagainya, maka tidak akan berlaku sebarang pertandingan dalam pemilihan jawatan Pas. Semuanya akan dipilih melalui kaedah perundingan atau musyawarah. Betullah perlembagaan parti mereka menetapkan ada pemilihan, tetapi jika semua mereka mempunyai sekeping hati yang suci untuk berjuang di jalan Allah mereka boleh selesaikan semua itu melalui kaedah musyawarah. 

Namun itu tidak berlaku. Kenapa ?

Tidak lain tidak bukan kerana pemimpin Pas alim macamana sekali pun mereka tetap bernafsu dan gila jawatan. Sama sahaja seperti parti-parti lain. Islam...islam...islam...yang dilaungkan mereka selama ini hanyalah semata-mata alat untuk kepentingan politik mereka. Sebab itu daripada dulu saya sering guna istilah Pas melacurkan agama untuk kepentingan politik mereka. Kasihan penyokong-penyokong Pas. Bila pemimpin baca ayat-ayat Quran bahawa sesiapa yang menyumbang untuk jalan Allah maka akan diberikan ganjaran yang besar. Disambut dengan takbir dan diiringi dengan selawat maka berjalanlah kantung-kantung untuk mengutip wang daripada penyokong. Kononnya menderma ke jalan Allah. Padahal tiada bezanya antara pemimpin mereka dengan pemimpin Umno, MCA, MIC, DAP atau parti-parti lain yang mereka kutuk selama ini.


Dari satu sudut jika kita fikir betul-betul, sebenarnya Anwar Ibrahim jauh lebih mulia jika kita nak bandingkan dengan pemimpin-pemimpin Pas, walaupun Anwar itu seorang peliwat. Anwar sampai hari ini tidak berani bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak meliwat Saiful. Dia tak berani bersumpah dan tidak berani mempermainkan atau memperdagangkan nama Allah untuk kepentingan politik dia. Sebab dia tahu dia salah. Pas pula tanpa segan silu atau rasa bersalah terus menerus melacurkan agama dan nama Allah untuk kepentingan politik mereka. Pemimpin besar mereka dah terang-terang dengan spender putihnya yang semua orang tahu apa yang dibuatnya. Tetapi Pas sampai hari ini pun tanpa segan silu menjual mereka memperjuangkan islam. Jika betul perjuangkan islam pecat dulu Stopa Ali. Jangan tipu orang ramai dan diri sendiri kononnya itu semua tipu dan sebagainya. Pada diri sendiri dan pada parti sendiri pun kamu tak jujur bagaimana kamu nak jujur kepada rakyat Malaysia? Lagi nak bercakap pasal islam. 

Berbalik kepada kisah pemilihan Pas....

Hari ini Pas sendiri membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin mereka semuanya bernafsu dan semuanya gila jawatan. Laporan dari media rasmi Pas sendiri yang mengesahkan perkara ini.