My Blog List

Monday 30 September 2013

Bekas Pemimpin DAP Pertikai Status Melayu Zairil





Bekas Pemimpin DAP Pertikai Status Melayu Zairil

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mempertikaikan kekalahan tujuh calon 'Melayu Asli' yang bertanding pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP baru-baru ini.

Presiden KMPP yang juga bekas Pemimpin DAP, Rahmad Isahak berkata, salah seorang CEC, Zairil Khir Johari yang menang pada Kongres Khas DAP baru-baru ini tidak boleh dianggap sebagai mewakili kaum Melayu kerana mempunyai pertalian darah Cina daripada sebelah ibunya.
"Persoalannya, kalau DAP mampu membantu orang Melayu, bagaimana mungkin kesemua calon 'Melayu Asli' berkenaan boleh kalah?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Malaysiakini semalam.

Shahrizat Tidak Rela Pemimpin Wanita Berusia Dipersenda







Shahrizat Tidak Rela Pemimpin Wanita Berusia Dipersenda


KUALA TERENGGANU 30 Sept. - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta anggota pergerakan itu yang baharu agar tidak mempersenda dan mengetepikan mana-mana pemimpin berusia ke arah memperkasa parti, terutama dalam sayap berkenaan.

Beliau berkata Wanita UMNO, yang kini rata-ratanya diterajui pemimpin muda, harus tidak melupakan jasa dan bakti pemimpin berusia kerana mereka mempunyai idea serta pengalaman lebih luas.

"Saya tidak rela mana-mana pemimpin wanita yang berumur dipersendakan oleh golongan yang lebih muda kerana pengalaman dan jasa mereka terlalu banyak.

Mana-mana yang berpengalaman, berumur pun ada tempat dalam UMNO. Jangan sesekali ketepikan pemimpin yang berumur.

"Ini kerana struktur UMNOmemang sudah sedia cantik, Puteri jaga yang muda, kita (Wanita) jaga yang pertengahan dan berumur," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Merdeka Raya Semarak Kasih di sini hari ini.

Turut hadir isteri Menteri Besar Terengganu, Toh Puan Seri Nurliza Mahmud; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun; serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Wanita UMNO sehingga kini mempunyai keanggotaan 1.4 juta dengan 18,000 cawangan di seluruh negara.

Sementara itu, kesemua lapan bahagian pergerakan Wanita UMNO Terengganu mencapai kata sepakat untuk memberi sokongan penuh kepada Shahrizat, yang berdepan dua pencabar pada pemilihan parti Oktober ini.

Ketua Wanita UMNO Terengganu, Datuk Fatimah Hamat berkata, sokongan padu itu berdasarkan kebolehan dan keberkesanan Shahrizat menerajui pergerakan berkenaan.

"Sepanjang menerajui kepimpinan Wanita UMNO, beliau berjaya mengangkat martabat dan menambah penglibatan wanita meliputi pelbagai aspek serta aliran gerak kerja jentera dan petugas begitu teliti," katanya.

Fatimah, penyandang Ketua Wanita Bahagian Hulu Terengganu, menang tanpa bertanding begitu juga dua lagi iaitu Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, Senator Zaiton Mat Amin dan Engku Naimah Engku Taib (Besut).

Wanita UMNO Terengganu mempunyai 980 perwakilan dan lima bahagian lagi iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun, Kemaman serta Setiu akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Ketua Wanita bahagian.

Saturday 28 September 2013

Soal Kuota Pemimpin Tidak Berbangkit - Salleh Said












Soal Kuota Pemimpin Tidak Berbangkit - Salleh Said


KOTA KINABALU 28 Sept -  Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said berkata tidak ada kuota bagi mana-mana pemimpin atau negeri untuk menduduki jawatan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) yang menyaksikan ramai bertanding pada pemilihan parti kali ini.
 
Menurutnya, semua pemimpin layak bertanding dan ahli parti bebas membuat pilihan berdasarkan pertimbangan mereka demi kelangsungan perjuangan.
 
Beliau berkata pertandingan yang berlaku pada pemilihan kali ini adalah seiring dengan semangat pindaan perlembagaan parti yang memberi kebebasan dan peluang ahli membuat pilihan secara demokratik dan terbuka.
 
"Oleh itu, tidak timbul soal kuota atau hak bagi mana-mana pemimpin atau negeri kerana yang perlu difikirkan dan diutamakan adalah soal kepentingan nasional," katanya ketika ditemui selepas meraikan pemimpin Umno dari Semenanjung pada jamuan makan malam di sini semalam.
 
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman baru-baru ini, yang menyifatkan pertandingan dalam pemilihan kali ini harus dianggap atas semangat kekeluargaan.
 
Sambil menyatakan pemimpin yang bertanding jawatan Naib Presiden dan MT terdiri daripada kawan-kawan dan sahabat seperjuangan, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah optimis bahawa ahli Umno cukup matang dan bijak membuat pilihan tanpa dipengaruhi oleh sentimen kenegerian mahupun keperibadian.
 
Katanya, Umno Sabah berpendapat persaingan dalam pemilihan parti kali ini dapat menguji kematangan ahlinya yang sudahpun lebih 20 tahun bersama-sama dalam arus perdana politik negara.
 
Beliau berkata bilangan calon yang bertanding jawatan Naib Presiden dan MT memancarkan iltizam dan kesediaan ramai pemimpin untuk mencurah bakti untuk agama, bangsa dan negara.
 
"Ini memberi peluang kepada ahli peringkat akar-umbi memilih kalangan yang terhebat kerana semua mereka terdiri daripada kalangan terbaik," katanya.

Friday 27 September 2013

Pindaan CPA : Pembangkang Jangan Cepat Melatah











Pindaan CPA : Pembangkang Jangan Cepat Melatah



PUTRAJAYA 27 Sept - Pembangkang dinasihati untuk tidak cepat melatah mengenai pindaan Akta Penegahan Jenayah (CPA) 1959 ekoran kerajaan tidak menggunakan pendekatan zalim dalam melaksanakan undang-undang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan akta yang dijadualkan dibentangkan untuk kali kedua pada Isnin ini tidak menjurus pengamal politik walaupun mempunyai fahaman berbeza dengan kerajaan.

"Kerajaan hanya ingin menyasarkan kepada penjenayah. Saya rasa rakyat akan berpuashati apabila kuasa penuh diberikan kepada polis dalam usaha mengurangkan kadar jenayah," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Pindaan CPA mendapat kritikan hebat daripada pemimpin pembangkang apabila Penegerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh melabelkan usaha kerajaan melakukan perubahan pada undang-undang tidak ubah untuk mengamalkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sementara itu, Penasihat DAP mendakwa pindaan CPA bertentangan dengan janji kerajaan untuk mengamalkan sistem yang lebih liberal.

Jelas Ahmad Zahid, pembangkang membuat andaian dan kritikan berdasarkan tafsiran sendiri sebelum beliau sendiri dapat menjelaskan perkara tersebut dengan terperinci.

Namun katanya, suara yang dilontarkan pemimpin Pakatan Rakyat amat dialu-alukan pada pembentangan pindaan tersebut di Parlimen minggu hadapan agar beliau boleh menjelaskan perlembagaan tersebut mengikut perspektif kerajaan.

"Saya harap pembangkang tidak memutarbelit hasrat keraaan seperti yang dilakukan di media sosial dengan pandangan yang begitu negatif (terhadap pindaan CPA)," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menjemput Majlis Peguam, masyarakat awam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menghadiri forum Penjegahan Jenayah yang akan diadakan di auditorium kementirannya pada jam 8 pagi, Sabtu ini.

Thursday 26 September 2013

Rasuah : Parti Politik Digesa Bekerjasama dengan SPRM






Rasuah : Parti Politik Digesa Bekerjasama dengan SPRM

Parti-parti politik yang akan mengadakan pemilihan tidak lama lagi perlu bersikap terbuka dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani secara serius sebarang kes politik wang yang dilaporkan.

Wednesday 25 September 2013

Tian Chua Gagal Batalkan Pertuduhan Lahad Datu






Tian Chua Gagal Batalkan Pertuduhan Lahad Datu


KUALA LUMPUR 26 Sept- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, gagal membatalkan pertuduhan yang dihadapinya berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu pada 1 Mac lalu. 
 
Tian Chua yang juga ahli Parlimen Batu, menghadapi pertuduhan  di bawah Akta Hasutan 1948 menyebut perkataan menghasut dengan membuat empat kenyataan berhubung isu Lahad Datu.
 
Empat kenyataan itu ialah:
 
* Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;
 
* Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno;
 
* Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan
 
* Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
 
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, Off Jalan Yew, Kuala Lumpur.
 
Sebelum  ini, Tian Chua berhadapan dengan tuduhan kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Khairy Kekal Bersaing Empat Pencabar













Khairy Kekal Bersaing Empat Pencabar


KUALA LUMPUR, 26 Sept - Cabaran merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti Oktober ini diteruskan lima calonnya termasuk penyandang Khairy Jamaluddin Abu Bakar setelah tiada individu yang menarik diri selepas tamat "tempoh bertenang" semalam.

Selain Khairy, empat calon lain yang akan bertanding merebut jawatan itu ialah Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan Syed Rosli Syed Harman Jamallulail, Ketua Pemuda Cawangan Bendang Baru, Langkawi Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok Abd Karim Ali serta Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar.

Pengumuman mengenai calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno 2013 dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, petang semalam.

Jawatan Naib Ketua Pemuda juga kekal, yang setakat ini menyaksikan empat pemimpin dalam kalangan exco sayap iaitu Lokman Noor Adam, Khairul Azwan Harun, Jamawi Jaafar dan Mohamad Iruan Zulkefli berentap sesama sendiri setelah masing-masing layak bertanding dalam pemilihan parti kali ini.

Seramai 94 individu menawar diri untuk bertanding kesemua 24 jawatan yang dipertandingkan terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 20 Exco dalam pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Jawatan Pengerusi Tetap Pemuda setakat ini menyaksikan persaingan tiga individu termasuk penyandangnya Datuk Abdul Fattah Abdullah dengan jawatan Timbalan Pengerusi Tetap ditandingi lima calon termasuk penyandangnya Muhammad Yadzan Mohammad dan Exco (77).

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan bagi jawatan Exco pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Okt.

Senarai Rasmi Calon Pergerakan Wanita Umno










Senarai Rasmi Calon Pergerakan Wanita Umno



KUALA LUMPUR, 26 Sept - Berikut senarai calon Pergerakan Wanita Umno pusat untuk pemilihan Umno bulan depan bagi penggal 2013-2016 yang dikeluarkan pada sesi Sidang Media petang semalam.
 
Pengerusi Tetap

1. Tan Sri Napsiah Omar (menang tanpa bertanding)
 
Timbalan Pengerusi Tetap

1. Datuk Saripah Aminahbi Syed Mohd (penyandang)

2. Datuk Mastika Junaidah Husin
 
Ketua Wanita

1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (penyandang)

2. Raihan Suleiman Palestin

3. Datuk Maznah Mazlan
 
Naib Ketua

1. Datuk Suraya Yaacob

2. Datuk Azizah Mohd Dun
 
Ahli Jawatankuasa Wanita (Exco)

1. Datuk Noraini Ahmad

2. Datuk Melati Ali

3. Datuk Norhayati Onn (penyandang)

4. Datuk Armani Mahiruddin (penyandang)

5. Datuk Jainab Ahmad

6. Roslin Abdul Rahman (penyandang)

7. Datuk Norhayati Omar (penyandang)

8. Noraslina Zainal Abidin

9. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

10. Mariany Mohammad Yit

11. Datuk Rusnah Kassim (penyandang)

12. Datuk Jamelah A Bakar (penyandang)

13. Datuk Arbaisah Othman

14. Halimaton Saadiah Bohan

15. Datuk Hasnah Salam (penyandang)

16. Norliza Abdul Rahim (penyandang)

17. Dr Azizah Johor

18. Roslinah Mohamed

19. Datuk Dr Mashitah Ibrahim

20. Shahanim Mohamad Yusoff

21. Datuk Marlia Abdul Latiff (penyandang)

22. Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (penyandang)

23. Asmaiza Ahmad

24. Zauyah Zainuddin

25. Datuk Maznah Abd Hamid (penyandang)

26. Toh Puan Zaitun Mat Amin

27. Zarina Md Eusope

28. Nik Noriza Nik Salleh

29. Datuk Noriah Mahat (penyandang)

30. Norashekin Yusof

31. Datuk Rahmah Jan Sulaiman Khan

32. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (penyandang)

33. Ros Suryati Alang (penyandang)

34. Dayang Saniah Awang Hamid

35. Datuk Habibah Mohd Yusof

36. Datuk Rosni Zahari (penyandang)

37. Noor Aieni Mohd Ali

38. Azizah Harun

39. Azihani Ali (penyandang)

40. Datuk Rabiyah Ali

41. Nuainun @ Shuhanie Deraman

42. Marzita Mansor

43. Zainey Zainudin

44. Nonee Ashirin Mohd Radzi

Senarai Rasmi Calon Pergerakan Puteri Umno






Senarai Rasmi Calon Pergerakan Puteri Umno



KUALA LUMPUR, 26 Sept - Berikut senarai calon Pergerakan Puteri Umno pusat untuk pemilihan Umno bulan depan bagi penggal 2013-2016 yang dikeluarkan Umno, petang semalam.


Pengerusi Tetap

1. Azlieza Azizan (penyandang/menang tanpa bertanding)


Timbalan Pengerusi Tetap

1. Salbiah Saari

2. Nurul Huda Nordin Ahmad
 
Ketua Puteri

1. Mas Ermieyati Samsudin

2. Jamilah Hanim Othman
 
Naib Ketua

1. Norsabrina Mohd Noor

2. Zahida Zarik Khan

3. Nazliah Ali
 
Ahli Jawatankuasa Puteri (Exco)

1. Azura Mohd Afandi

2. Norasimah Md Nowar

3. Norrulhuda Marsidin

4. Noormadiana Kamaruddin

5. Nasibah Ismail

6. June Artisha Mohamad Nazari

7. Asfalinda Anuar

8. Norwahida Patuan

9. Masmira Mohd Salleh

10. Noor Aeiza Hassan

11. Mimie Harianie Alias

12. Nurhuda Ab Karim

13. Nor Hazreena Mohamad Hashim

14. Suzanna Shahrom

15. Nurhidayah Mohamad Shahaimi

16. Isfarina Mohd Bali (Penyandang)

17. Mariana Ayob

18. Norhayati Ramli

19. Wan Izwany Abdul Malek

20. Junaida Mat Ishak

21. Nor Farhana Alham

22. Azlina Azma Mohd Azmi

23. Julie Sabran

24. Nor Azryna Mohd Jainuri

25. Syakima Nur Sabri

26. Normalah Rasik

27. Noley Harun

28. Razmalina Razali

29. Haziqah Nasirah Zol Bahari

30. Sry Noraerni Khairudin

Tan Aik Mong Letak Jawatan Dari BAM











Tan Aik Mong Letak Jawatan Dari BAM



KUALA LUMPUR 26 Sept- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima peletakan jawatan daripada Tan Aik Mong. 
 
Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG), Tan Aik Mong dilaporkan mengumumkan peletakan jawatannya semalam ekoran tidak bersetuju dengan rombakan struktur kejurulatihan yang dibuat 5 September lalu.
 
Sebelum ini, jurulatih badminton perseorangan negara, Rashid Sidek turut meletak jawatan dari BAM.
 
Rashid dilaporkan sukar bekerja dibawah pucuk pimpinan baru BAM, Tan Aik Mong dan juga Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.
 
Berita mengenai peletakan jawatan Aik Mong tersebar kurang 24 jam selepas pengumuman pembaharuan sistem kejurulatihan serta Projek Menang-Menang yang diumumkan Tengku Mahaleel.

Kapasiti Pelajar Ke IKBN Akan Ditambah










Kapasiti Pelajar Ke IKBN Akan Ditambah





KUALA LUMPUR 26 Sept- Kapasiti kekosongan kemasukan pelajar ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) akan ditambah bagi membantu pelajar sekolah yang gagal melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
 
Menterinya Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini hanya 20 IKBN di seluruh negara yang mampu menampung 10000 tempat dan pihaknya telah melaksanakan pelan pembangunan untuk menambah 5000 lagi kekosongan.
 
"Kita telah keluarkan memo supaya setiap IKBN bergerak dalam kapasati penuh dan melaksanakan sistem dua 'syif' dalam sistem pengajaran dan pembelajaran dan pelaksanaan ini diyakini dapat membantu menambah tempat bagi menampung pelajar yang keluar dari sekolah.
 
"Dengan pelaksanaan sistem ini kita tidak perlu membina sebuah lagi IKBN dan ini semestinya akan menjimatkan kos," katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
 
Khairy menjelaskan, KBS juga telah mengaturkan kerjasama antara IKBN dan beberapa syarikat industri tertentu sebagai langkah mempertingkatkan korikulum pembelajaran di istitut itu.
 
"Salah satu IKBN telah membuat kerjasama dengan petronas untuk pastikan apa yang diajar di IKBN itu terus relevan dengan keperluan industri tempatan itu.
 
"Kita tidak mahu setiap kursus yang diajar hanya digubal oleh pegawai-pegawai pelajaran sahaja dan kita mahu kursus-kursus teknikal dan vokasional ini dibuat oleh industri sendiri supaya ianya seiring dengan keperluan tenaga pakar pada ketika ini," ujarnya.

Ustaz Azizan (Bekas MB Kedah) Kembali Kerahmahtullah










Ustaz Azizan (Bekas MB Kedah) Kembali Kerahmahtullah





Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, jam 11.15 pagi tadi.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Muhkriz Mahathir.

Al Fatihah diucapkan..Semoga Rohnya dicucuri rahmat olehNya

Program Permata Negara Jadi Sasaran Serangan Bukan Melayu








Program Permata Negara Jadi Sasaran Serangan Bukan Melayu





PERMATA yang digilap pastinya akan bersinar dan akan menjadi mahal harganya. Kita bicara bukan soal intan permata ataupun belian yang dijual tetapi kita bercakap soal PERMATA negara. Apa Permata Negara? Siapa?

Permata Negara pada pemahaman saya adalah anak anak. Anak kecil merupakan Permata kepada Negara yang jika digilap maka akan bercahayalah permata itu serta akan memberikan pulangan yang mengguntungkan buat Negara. Itu pemahaman saya bila saya kata tentang Permata Negara.

Semalam sewaktu di Parlimen ada usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen PKR Kapar G. Manivannan agar program PERMATA dihentikan. Dihentikan atas alasan program tersebut merupakan satu pembaziran kepada negara apabila ianya melibatkan wang jutaan ringgit. Apakah benar satu pembaziran?

Saya bukan nak bercakap dari segi perkauman tetapi menjadi tanggungjawap saya untuk mempertahankan program Permata ini dari terus diserang oleh mereka yang asal usulnya Pendatang. 

Program Permata merupakan cetusan dan ilham daripada isteri YAB Perdana Menteri iaitu Datin Sri Rosmah Mansor. Program Permata ini merupakan satu program pendidikan yang dibuat dan dilaksanakan di seluruh Malaysia yang merangkumi anak anak kecil terutamanya orang Melayu dan Bumiputera. Sepanjang pengetahuan saya program Permata ini telah memberikan banyak impak kebaikkan dan manfaat kepada anak anak terutamanya orang Melayu itu sendiri. Malah tiada yuran dikenakan bagi menghantar anak anak ke program Permata ini.

Kupasan lanjut mengenai Permata boleh dibaca di blog APA Klik Disini.

Kita tahu apa sahaja program yang mendatangkan manfaat dan kebaikkan buat orang Melayu dan Bumiputera pastinya akan menjadi bahan serangan mereka yang susur galurnya adalah pendatang. Anti Melayu yang ada pada diri mereka ini akan memastikan apa sahaja bentuk dan gerak kerja dari pihak kerajaan buat Melayu dan Bumiputera akan ditentang dengan pelbagai cara.

Program Permata cetusan ilham Datin Sri Rosmah ini sebenarnya bukan baru mendapat kecaman pihak pihak bukan Melayu parti politik. Malah sudah bertahun pihak pihak ini memperlekehkan program Permata dengan menanam fitnah jahat menyatakan program Permata adalah satu pembaziran Wang Rakyat. Semua yang diusahakan oleh Permata akan digagalkan pihak bukan Melayu ini kerana mereka tahu dengan Permata ini yang mendapat untung adalah anak anak Melayu dan Bumiputera. Adalah menjadi tugas mereka yang bukan Melayu ini untuk menyerang apa sahaja yang boleh menyebabkan Permata gagal.

Sifat perkauman yang dipamerkan mereka ini cukup halus yang mana cuba menanam sifat kebencian orang Melayu dan Bumiputera sendiri kepada program Permata. Ada juga Melayu yang mempertikai program ini dan yang bertepuk tangan adalah bangsa pendatang bila melihat Melayu sesama Melayu mahu menggagalkan program yang baik untuk anak anak Melayu.

Datin Sri Rosmah Mansor memberikan cetusan program Permata ini adalah kerana mahu anak anak Melayu dan Bumiputera mendapat pendidikan yang lebih baik dari peringkat bawah lagi. Kesinambungan dari program Permata ini akan memastikan semakin ramai anak anak Melayu dan Bumiputera yang cerdik pandai dan seterusnya memberikan saingan kepada bangsa Pendatang dalam kematangan pendidikan. Ini satu pekara yang baik untuk Melayu namun menjadi ancaman kepada bangsa pendatang.

Pembaziran wang rakyat cuba ditanam oleh mereka ini bangsa Pendatang adalah kerana tidak mahu anak Melayu dan Bumiputera berjaya. Niat mereka bukan satu pekara baru kerana kita sendiri mengetahui bahawa mereka golongan pendatang ini tidak akan pernah cukup untuk nafsu serakah mereka mahu menjarah Malaysia.

Pesan saya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang ada, sebelum mahu mengkritik program Permata ini adalah elok jika buat penilaian terlebih dahulu. Usah membabi buta mengikut apa sahaja kata mereka yang menyerang program Permata ini kerana kelak akhirnya yang rugi adalah anak Melayu itu sendiri.

Agenda mereka golongan bangsa pendatang ini tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi dan mahu lagi dan lagi serta lagi agar bangsa mereka menjadi yang teragong manakala bangsa lain menjadi pengemis.




Program PERMATA NEGARA mesti kita pertahankan demi anak anak kita bangsa Melayu dan Bumiputera mendapat pendidikan yang baik untuk harapan Negara yang akan datang. 

Buat puak puak Pendatang Chauvenist, Jika mahu terusan mendesak Program Permata dihentikan adalah lebih baik jika Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil ditutup terlebih dahulu kerana ianya sudah tidak relevan untuk diperaktikan di Malaysia.

Tuesday 24 September 2013

Jangan benarkan abu mayat chin peng dibawa pulang ke malaysia

Najib Razak Tidak Akan Benarkan Mayat Ataupun Abu Chin Peng Dibawa Pulang Ke Malaysia



KOTA KINABALU 16 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak akan terlibat dalam sebarang urusan pengkebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang meninggal dunia pagi ini di Bangkok, Thailand.
Selain itu, katanya, kerajaan juga sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat pengganas yang banyak melakukan kekejaman terhadap rakyat dan negara itu dibawa pulang ke negara ini walaupun diminta oleh ahli keluarga mendiang itu. - UTUSAN
Tahniah Dato Sri Najib Razak yang faham apa yang kami mahukan. Sesungguhnya Chin Peng tidak layak untuk diberikan apa apa penghormatan mahupun abu nya dibawa pulang ke Malaysia.

PAS Lebih Percaya Chauvenist DAP Berbanding UMNO.



Jika benar sudah ada keikhlasan dari parti PAS untuk bekerjasama dengan UMNO demi Islam dan Melayu mengapa perlu PAS memberi syarat? Laporan berita yang dikeluarkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang menyebut:

"Pas sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa."
   
" Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas. "

"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," 
   
Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas. 

- Bernama

Sebagai seorang Islam dan juga berbangsa Melayu saya cukup kecewa dengan kenyataan Presiden PAS yang meletakkan syarat untuk bekerjasama dengan UMNO. Saya kecewa kerana dalam isu ini adalah menjadi kewajipan kita umat Islam untuk bersatu dan ianya tidak perlu untuk diletakkan walau apa pun syaratnya. UMNO juga Melayu Islam, PAS juga Melayu Islam tidak ada bezanya kerana satu bangsa yang sama dan juga Allah SWT tuhan yang satu.

Adakah sebelum ini sewaktu PAS mahu menjalankan kerjasama dengan parti PKR dan DAP meletakkan syarat berlandaskan Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qiyas? Jika dengan bukan Islam PAS boleh bekerjasama tanpa sebarang syarat mengapa pula dengan seagama dan sebangsa perlu diletakkan syarat?

Jika benar Ikhlas buatlah demi Agama Bangsa dan Negara.


- Malay Rights